No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 15 April 2012

Benih Bunga Nasturtium Jewel Mixed

~Benih Bunga Nasturtium Jewel Mixed~

Daun dan kuntuman bunga dari pokok nasturtium boleh dimakan ala-ala salad/ulam. Biji bunganya pula bolah dibuat jeruk. Memberi pelbagai khasiat.Warna kuntuman bunga nasturtium sangat terang dan menarik serta saiz kelopaknya sangat besar. Nasturtium sesuai ditanam di tempat yang mendapat separa cahaya matahari.  Pokok ini mempunyai sifat separa memanjat. Tidak remeh penjagaan pokok ini kerana ianya boleh hidup dengan pelbagai jenis tanah. Boleh hidup  di tanah yang kurang zat atau baja. Jarakkan antara satu pokok 70cm sekiranya pokok ini dibiarkan menjalar di atas tanah. 


Di kebun sayur, pokok nasturtium ini kebiasaannya digandingkan dengan pokok sayur seperti kubis dan sayur daun untuk mengurangkan serangan serangga 'aphids'. Untuk pokok nasturtium sentiasa bunga hendaklah rajin trim bunga yang telah layu.

Biji benih nasturtium adalah besar dan mudah untuk kanak-kanak menanam benih ini. Tanam biji benih nasturtium di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari tetapi bukan kawasan gelap (masih mendapat cahaya matahari walaupun sekejap) atau kawasan yang mendapat separa cahaya matahari. Tanam biji benih dalam setengah inci ke dalam tanah.

Stok Habis (TukangKebun kena tuai benih lagi).
RM3.00 satu pek (12 biji benih).



Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15 pek (kecuali benih jenis bulb) adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih (kecuali benih jenis bulb) adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui Bank deposit ke RHB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.


15 ulasan:

shafirul suffian berkata...

salam diana..saya booking yg ni satu.. nanti nak tgk2 lagi benih lain..

hijaudaun berkata...

hai diana
saya ada send emel order benih.
just want to make sure that u've received it. waiting 4 ur reply.thank you.

TukangKebun berkata...

Saya dah balas semua email. Kalau saya takde reply, boleh email lagi sekali? kebunkmg@gmail.com

mat jon berkata...

ada lagi tak stok benih ni. kalau ada saya nak. saya nak jalan-jalan lagi tengok benih, kalau ada yang berkenan saya akan emailkan order saya. tq

GO GREEN berkata...

semai pada hari Jumaat malam 25 May..dah ckp 1 week, this morning hanya nampak satu yg tumbuh..

TukangKebun berkata...

Mat Jon~Benih nasturtium tak de lagi lah. Saya nak kena tunggu bunga dia kembang dulu nak tuai benih baru. Tak confirm lagi bila siap tuai benih tu.

Lynnhelite~Oh wow sebab saya dengar bunga nasturtium ni tak senang nak bercambah kat lowland Malaysia. Kira 1 week is very fast. Did you sow the seeds under shade/partial shade/full sun? Ours grow all year round. Tapi musim panas yang extreme dia suka duduk dalam shade.

GO GREEN berkata...

Hi Diana..kesemua 5 biji benih i tanam sumer dah tumbuh..tks to u! Yup i letak kat back yard, Rizal dah buat satu rumah khas utk semaian..only morning sun & shady kat situ..yg penting bhg belakang ni sejuk..

TukangKebun berkata...

Lynnhelite~ I did nothing ;P. You did all the hard work. Good news:). Saya rasa itu lokasi yang baik. Kalau musim kemarau selalunya elok pokok terima morning sun je senang pokok nak thrive tak seksa.

GO GREEN berkata...

Diana.. pokok nih dah tinggi dlm 20cm dan mula mengeluarkan daun, cabang sana sini.. dah nak kena letak kayu utk melilit ker?

TukangKebun berkata...

Lynn~Kalau rajin bolehlah letak kayu untuk melilit kalau you tak nak pokok ni menjalar kat tanah. Tapi you have to train the pokok untuk panjat sebab dia tak ada tendril macam cucumber nak panjat.

Tanpa Nama berkata...

Nak beli benih nasturtium..3pkt

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia,

Nasturtium kami tiada stock sekarang.

raj raman berkata...

Do you still have stock? Please email me at rajraman01@gmail.com
Thanks.

Unknown berkata...

Saya prlukan biji benih nasturtium. Mohon bantuan tuan utk email sy nadirahroslan1010@gmail.com

TukangKebun berkata...

Biji benih nasturtium kembali dalam stok untuk bulan ini.
Telah hantar email notification.