No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 25 April 2012

Rainbow Chard Berbatang Pink

Sebelah pagi mengemas di luar rumah. Salah satu aktiviti mencacak batang kayu sebelah pokok capsicum dan ikat supaya pokok-pokok capsicum asyik tak rebah cium tanah sebab beberapa hari angin kuat kat sini.  Sayang pula dekat pokok capsicum tu sebab masing-masing sedang berbuah tunggu nak masak sahaja. Ternampaklah pula pokok sayur rainbow chard tersorok dekat belakang pokok terung. Tak sangkalah pula masih hidup lagi sebab tempat pokok tu tumbuh masa musim panas tanahnya macam kat gurun apa pun tak hidup. Kawasan dia tumbuh tu cuma si terung, bunga portulaca dan herba rosemary je yang gagah berani kena sinaran terik matahari lebih 40 degree Celsius. Kagum pula rasa tengok sayur rainbow chard tu. Umurnya pun bulan ni dah genap setahun. Saya sengaja tanam di situ dulu sebab dia adalah lebihan anak pokok dan tempat lain dah penuh. Sekarang dah mula nak membesar dan tumbuh elok balik bila cuaca dah tak terik masa musim panas dulu. Bila tengok gambar baru teringat nak potong sikit daun yang lama tu supaya pokok ni teruja nak bagi batang sayur baru.

2 ulasan:

��BrokenSoul�� berkata...

Boleh ke tanam rainbow chard kat malaysia?

TukangKebun berkata...

InsyaAllah boleh. They are other gardeners in Malaysia currently growing this plant.