No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 27 Jun 2012

Benih Fresh Organik Sengkuang (Sungai Buloh Production)

yam bean (3)

Dalam bulan ini ada tukang kebun tulis dalam posting bahawa di kebun kami di Sungai Buloh sedang menuai benih sengkuang. Tukang-tukang kebun di Sungai Buloh dah testing percambahan benih-benih sengkuang yang baru dituai ini dan peratusan percambahannya sangat baik. Pokok sengkuang adalah jenis pokok yang separa memanjat tetapi pada awal pertumbuhannya perlu ajar batang lembutnya untuk memanjat. Bagi mendapatkan ubi sengkuang yang cepat dan besar, bunga-bunga di pokok sengkuang disyorkan potong supaya pokok ini akan menumpukan banyak energy pertumbuhannya di ubinya. Kacang-kacang sengkuang mempunyai kandungan racun dan tidak boleh dimakan. Pokok sengkuang berasal dari Mexico dan ianya gemarkan cuaca yang kelembapan (humidity) tinggi dan tidak beberapa gemar cuaca yang kering.  Pastikan pokok sengkuang disiram semasa cuaca kemarau. Tukang kebun biasanya menggunakan kaedah direct-sow bila menyemai benih-benih sengkuang.
Kacang sengkuang
Pokok sengkuang boleh tumbuh di dalam bekas. Pokok sengkuang boleh juga ditanam bersama-sama sayur kailan ataupun pokok bendi di dalam bekas yang sama dari pengalaman tukang kebun. Kalau nak tanam bersama-sama pokok jagung boleh juga dalam andaian saya. Ubi sengkuang perlu sekurang-kurangnya dinantikan selama 6 bulan sebelum dituai. Akar ubi sengkuang dapat menjalar jauh ke dalam tanah. Nak kena gali dalam juga kekadang nak dapatkan ubinya.
Yam bean (4)

~Benih Segar Organik Sengkuang~
Stok Ada.
RM3.00 satu pek (15 biji benih).
Biji benih sengkuang dituai pada June2012 di kebun kami (Sungai Buloh).
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15 pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui bank deposit pada Bank RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya  (kebunkmg@gmail.com).

20 ulasan:

Mama Pongkey berkata...

Reserve 1 pack untuk saya ye :-)

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~ Okies.

GO GREEN berkata...

Tq, tq! just got my seeds today.. kinda suprised with additional flower tu..any tip how to grow that hollyhock?

TukangKebun berkata...

Lynn~ I suggest that you try pre-chilling several seeds in your fridge crisper (not freezer ya)for a few weeks dan baru tanam. Hollyhock like the sun very much so they don't flower well in partial shade either. Once established, hollyhock are very hardy and drought-tolerant plant. Ours thrive during heat-wave with neglect. It just that hollyhock can sometime take a very very very long time to flower. I had to wait setahun setengah baru bunga.

GO GREEN berkata...

tq, tq.. nasib baik baca reply u this morning, mlm tadi mcm dah excited nak tanam, tapi x jadi sbb my class instead of 2 hrs jadi 3 hrs gara2 student nak buat revision last min. Mak aih..tungguh setahun 1/2 nak berbunga? Sabar, sabar...

TukangKebun berkata...

Depending on the climate as well kut how long it takes to flower.Memang perlu banyak bersabar. My cousin dulu ugut bnyk kali nak cabut pokok I tu....hehehe...sama macam canterbury bell and foxglove-biennal plants, flower in their second year. But the seeds do need pre-chilling to trigger germination.

Unknown berkata...

order 2 pack sengkuang

TukangKebun berkata...

Sopiemohd~ Pesanan sudah diterima :).

Zieta green berkata...

benih sengkuang ni masih ada cik puan?

TukangKebun berkata...

Benih Sengkuang masih ada Ivy baru tuai bulan lepas.

Zieta green berkata...

ok mahu 1 pek yer

TukangKebun berkata...

Ivy~Ok dah masuk dalam nota.

Tanpa Nama berkata...

bgmana cr sy nak dptkn benih sengkuang ni?sy berminat nak oder 10 peket

TukangKebun berkata...

Masih ada biji benih sengkuang dalam stok. Ada jika nak order 10 peket (email: kebunkmg@gmail.com)

Unknown berkata...

Abam nak beli benih sengkuang.. blh watsapp detail kat abam... 016 313 9667... abam nak secepat yg mungkin..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Abg Sam.

Fresh stock biji benih sengkuang ada.
Boleh buat pesanan dengan menghantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

Zamani berkata...

Salam, Nak tanya benih sengkuang ada lagi tak ?

srimenora77@gmail.com (Zamani)

Unknown berkata...

Benih sengkuang masih ada ke

Unknown berkata...

Boleh tak masak biji sengkuang

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia benih sengkuang tiada stok sekarang.