No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 11 Jun 2012

Red Romaine Lettuce

Sebelum saya merantau ke negara orang, ilmu saya mengenai sayur-sayuran teramatlah cetek. Saya tak tahu yang sebenarnya sayur lettuce banyak jenisnya. Bila saya tengok katalog benih sayur syarikat di Australia pening juga nak memilih jenis lettuce kekadang ada lebih dari 20 jenis pilihan. Benih Red Romaine lettuce asalnya saya terima hadiah surprise dari kawan gardening blogger yang duduk di North America setahun lalu dan telah 2 kali dengan mudah saya berjaya kumpul benihnya pada musim bunga dan luruh yang lalu .Red Romaine lettuce juga dikenali sebagai Red Cos lettuce.
Pada musim panas, tanam lettuce di tempat yang mendapat separa cahaya matahari atau menerima pancaran cahaya matahari di sebelah pagi sahaja. Lettuce tidak beberapa gemar dengan sinaran matahari yang terik dan rasanya juga mudah berubah menjadi pahit. Tidak beberapa digalakkan tanam masa musim kemarau, kalau tidak disiram selalu. Gambar di atas, anak pokok Red Romaine lettuce yang tumbuh terlalu rapat kerana saya tabur banyak dalam sebaris. Nanti nak tuai beberapa anak pokok sebagai 'baby lettuce' sambil meratah bagi jarak kepada yang lain untuk membesar. Sayur daun berwarna hijau yang dalam gambar itu adalah dari benih kailan yang kami kumpul akhir tahun lepas. Banyak pula rumpai yang tumbuh nak kena cabut dalam bekas tu.
Bekas sebelah kanan adalah Red Romaine lettuce yang sedang membesar. Kalau tak tahan nak rasa bolehlah gunting 2~3 daun paling tua yang sebelah luar itu sikit.
Pokok-pokok Red Romaine lettuce yang sedang nak berbunga. Tukang kebun tak sempat ambil gambar masa dia dah matang (bolehlah google red romaine lettuce image). Sebenarnya tak cadang pun nak bagi dia berbunga tapi masa tu banyak sangat rezeki sayur-sayuran di kebun nak tuai jadi tak sempat nak tuai semua satu pokok sayur lettuce ni. Jadi kami biarlah dia berbunga jadi tuai benih pula.

Stok ada.
RM3.00 satu pek (50 biji benih).
Benih segar organik open-pollinated dari kebun kami.


Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih dengan jumlah bilangan kurang 15 pek (kecuali bulb) adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15 pek untuk apa sahaja jenis benih (kecuali bulb) adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui RHB atau CIMB bank.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.
Email: kebunkmg@gmail.com


13 ulasan:

Mama Pongkey berkata...

Ohh, tak tahu pulak cos dengan romaine leaf tu sama. Bestnya bestnya bestnya sebab memang saya selalu beli romaine organik pun. Lepas ni nak tanam sendiri, dah la eksotik warna merah pulak tu. :-) Tak sabar rasanya menanti benih sampai...

Btw, tadi dengan penuh tebal muka saya mintak kotak polystyrene dekat akak kerja supermarket. Berjayalah dapat satu biji percuma, yeay! Bolehlah tanam sayur daun-daun kat dalam ni.

ejaMaria berkata...

wow... gemuk sungguh salad-salad tu semua... hebat!

shafirul suffian berkata...

tukangkebun tanam apa pun menjadi..

mat jon berkata...

banyak betul sayur kat laman tukang kebun nih..jeles betul saya..nanti saya tanamm banyak-banyak hehe..

ish..ish..ish..selamba betul Mama Pongkey mintak polisterine tu..

kali ni saya nak projek mula malam sabtu je nak jalan-jalan cari barang recycle......

lynnhelite berkata...

cant wait for my lettuce.. i just move it to polisterine box this morning. btw, brapa lama nak jadi besar mcm tu?

Sean L berkata...

Wah cantik warna daunnya. Bukan sekadar boleh makan, jadi pokok hiasan pun boleh.

hernyhafiz ^_^ berkata...

Macamana cara nak semai benih2 halia ni ya? Di Tempat saya dah mula music kemarau ni. Panas betul sekarang.

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~Saya pun dulu tak tahu nak bezakan jenis lettuce, sekarang pun kekadang confius. Yang saya tahu cos lettuce ni shape bentuk kon macam kubis cina. Bolehlah mula kumpul sikit demi sikit polystyrene tu.

ejaMaria~Dalam gambar je nampak gemuk salad tu...hehehe...

Shafirul suffian~Ada yang tak menjadi. Tapi kisahnya jarang ditulis sebab bila gagal tak de mood nak menulis :). Cuba banyak kali sampai berjaya...saya ni degil.

Mat Jon~Elok projek cari barang untuk recycle bantu alam sekitar. Masa kami pergi picnic ke kawasan country selalu belakang kereta penuh dengan ranting kayu untuk buat home-made sokongan/trellis on the way balik.

Lynnhelite~Depends on the growing conditions/environment about 2~3months. Lettuce ni pembesaran dia sama cepat dengan Asian greens.

TukangKebun berkata...

Sean~Bolehlah buat bowl salad tu warna-warni dan menarik sikit campur pelbagai jenis daun salad.Boleh buat cos lettuce patch selang seli green and red. Ada juga tanam sekarang green cos lettuce.

Hernyhafiz~ Halia? Ni mesti baru tanam halia...hehehe...Kalau musim kemarau tempat yang teduh kut tapi masih ada cahaya walaupun tak direct.

mat jon berkata...

soalan..
saya nak amalkan tanaman organik.semua tanaman saya hanya gunakan baja tinja ayam dan baja kompos sahaja. cukup ke nutrien dengan baja ini atau perlu campur baja organik yang lain?

TukangKebun berkata...

Mat Jon~ Nak campur dengan baja organik lain pun boleh. Sebab setiap sayur tu keperluan nutrientnya berbeza. Kalau sayur daun memerlukan banyak nitrogen. Sayur kekacang pula tak perlu banyak nitrogen sebab dia boleh buat sendiri. Kandungan peratusan nitrogen dan nutrient jenis lain dari tahi-tahi binatang seperti ayam, lembu, kuda dan kambing pun berlainan. Sebagai contoh kandungan nitrogen di tahi ayam adalah tinggi manakala tahi biri-biri adalah nitrogen rendah. Tahi biri-biri mengandungi kandungan phosphorous dan potassium yang tinggi.

sopiemohd orchid species gallery berkata...

saya order 1 pack red romaine lettuce

TukangKebun berkata...

Sopiemohd~ OK for you.