No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 24 Julai 2012

Heirloom Guernsey Parsnip

Parsnip adalah sayur yang berlainan species dengan lobak putih (radish) atau lobak merah (carrot). Rasa parsnip juga amat berbeza dengan lobak merah. Parsnip mempunyai rasa yang 'nutty' flavour. Selalunya bila kami tiada stok ubi kentang, kami suka masak parsnip dengan lauk kurma. Parsnip adalah sayur yang sangat digemari oleh orang Peranchis. Pernah dicuba tanam parsnip di kebun Sungai Buloh, ianya tumbuh dengan baik tapi malangnya bila tuan milik tanah balik ke kampung sebulan, si itik-itik bersuka ria gali makan akar parsnip. Parsnip perlukan masa yang sangat lama untuk menghasilkan akar. Perlu banyak kesabaran, tunggu sekurang-kurangnya 6~7 bulan untuk tuai akarnya. Setelah tuai akarnya, simpan sekurangnya semalaman di dalam crisper peti sejuk untuk rasa parsnip yang lebih manis. 
Biji benih parsnip seeloknya disemai selain dari cuaca panas dan kering. Keperluan percambahan dan pertumbuhan parsnip sama dengan carrot, perlukan  tanah yang moist dan tidak suka baja/kompos yang fresh. Bagi pertumbuhan akar yang baik tidak perlu baja yang bernitrogen tinggi kerana baja yang bernitrogen tinggi akan menghasilkan daun yang banyak sahaja. Oleh kerana pertumbuhan parsnip mengambil masa yang lama digalakkan tanam parsnip dengan sayur radish yang jenis kecil dan cepat tumbuh untuk produktivity di ruang kebun anda (kaedah inter-planting dengan fast crop). Elok tanam parsnip di kawasan yang menerima cahaya matahari sebelah siang. Sekiranya tanah anda keras, boleh semai benihnya di dalam pasu yang dalamnya sekurang-kurang 30cm.  
Percambahan biji benih parsnip mengambil masa agak lama di antara 3minggu ke sebulan lebih. Elok semai benihnya secara kaedah 'direct-sowing'. Seperti carrot, anak pokok parsnip tidak gemar dipindahkan (transplanting). Setelah biji benih bercambah dan umurnya sudah lebih 2 bulan ianya sudah tahan dengan cuaca panas . Cuma nak kena siram apabila tanah sudah ke arah kekeringan, elok tanah maintain ada moisture.
Parsnip boleh ditanam bersama-sama dengan sayur dalam kumpulan bawang (allium) sebagai companion planting. Tuai parsnip sebelum ianya berbunga, sebab apabila ianya berbunga akarnya akan bertukar menjadi keras macam kayu. Bunga parsnip digemari oleh serangga yang berguna di kebun.


~Pre-Order Benih Guernsey Parsnip Heirloom~
Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Stok offer tinggal 1pek.
RM3.00-satu pek (30biji benih)
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

3 ulasan:

Mama Pongkey berkata...

Hmm, yang saya dapatkan dari Diana hari tu parsnip yang sama ke? Comel anak pokoknya sekarang tengah nak naik. Rasa nak semai lagi dalam polystyrene box pulak.
Kalau ni jenis parsnip yang lain, saya nak 1 pek ye :-)

mat jon berkata...

ooh rasa macam kekacang yer.. menarik nih..nak satu jugak..boleh kan ;)

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~ Rasanya hari tu parsnip lain. Good to hear the seedlings doing well at your place. OK reserved satu.

Mat Jon~ Saya tak tahu macam mana nak describe 'nutty' flavour dalam bahasa hehehe....berlemak jugalah bila masak ala-ala gulai. Ok dah tulis dalam note.