No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 28 Julai 2012

Kacang Buncis Heirloom~ Royal Burgundy

royal burgundy

  Kacang Buncis Heirloom 'Royal Burgundy' adalah sayur yang menarik dan menyoronokkan untuk  projek gardening kanak-kanak atau mendidik mereka menanam sayur. Si kecil biasa lihat kacang buncis berwarna hijau tetapi buah kacang buncis 'Royal Burgundy' berwarna ungu kulitnya, isi bahagian dalam kulitnya berwarna hijau dan saiznya lebih kurang 12-15cm. Apabila masak kacang buncis ini warnanya bertukar dari ungu ke hijau, bolehlah ibu jadi silap mata sekejap. Kacang buncis jenis ini adalah pokok renek mudah untuk si kecil menuai hasilnya dan mudah cari buah kacang ini sebab berwarna ungu bukannya yang biasa berwarna hijau. Saya pun yang kacang buncis hijau ada yang terbabas tak nampak nak kena tuai. Kacang buncis ini cepat tumbuh dalam 2 bulan menghasilkan buah. Kacang buncis heirloom 'Royal Burgundy' elok disemai biji benihnya selain dari musim panas dan kering. Biji benihnya lebih baik tidak direndam dalam air sebelum menanamnya. Jangan basahkan sangat tanah yang telah disemai dengan biji benih kacang buncis ini kerana mudah reput. Tak payah siram tiap hari sehingga benih bercambah, selang satu hari pun ok.

~Stok Ada (RM3.00-anggaran 10 seeds satu pek)~

27 ulasan:

mat jon berkata...

betul-betul mengancam jiwa saya benih dari tukang kebun nih..sigh.. nak dua pek tukang kebun...

wani sc berkata...

menariknya! masuk dalam cart saya 1 pek ye. thanks ;)

Mama Pongkey berkata...

2 for me please :-) Bush bean, bestnya. Kacang yang dulu daya silap pergi letak banyak air. You are right, less water is better.

TukangKebun berkata...

Mat Jon~ Dugaan bulan puasa kut. Nampak sodap je kacang tu. OK catit.

Wani SC~ Ok dalam cart.

Mama Pongkey~ Bean actually tak perlu banyak ongkos nak jaga sebab tak perlu dibajakan sangat dan tak perlu siram selalu.Plus we get free green manure and nitrogen supplement. Cuma nak keep on eye dengan belalang kut.

suka suka berkata...

k mar juga...1 ..

TukangKebun berkata...

Kak Mar~ OK.

Zieta collection berkata...

Diana mahu yang ini 1 (kalau masih available)

TukangKebun berkata...

Ivy Sorry sudah habis, tak sempat update.

lynnhelite berkata...

alamak. lynn terrrlambat. ingat nak satu, maybe next tm ya. lately x ada masa nak update blog. sibuk dgn urusan kerja dan berulang alik ke hospital

Zieta collection berkata...

wadu telambat la pula...tak apa bukan rezeki :)....

TukangKebun berkata...

Lynn~Biasalah tu baru balik bercuti banyak menunggu bila balik. Takpe nanti ada cuti raya boleh rilek sikit dengan cuti merdeka.Tapi eloklah juga Lynn take care diri juga make sure regular appoinment in hospital. Jangan jadi macam Diana tak jaga diri tahun ni collapse, crash and burn.Diana pun nanti this weekend adik lelaki datang ambik Rayyan bawa balik msia. Dah scheduled appointment dia kat Hospital Kerajaan kat Serdang. Sebab yang paeditrician cardiac specialist diorang tukar kat sana dulu Hospital KL. Jauh benor nak pergi dari Sungai Buloh. Hopefully this time diorang bagi referral letter untuk tukar check up ke IJN.

Ivy~Maybe bulan September dapat stok up lagi.

lynnhelite berkata...

Rayyan ok ker berpisah cam tu? My kids susah, 2 hari admitted jer, mlm2 mula la menangis,walaupun dah anak dara. Chemo ni memang membunuh semangat, rumah pun dah mcm kapal karam, Rizal pulak x byk membantu, asyik diam jer lately (I guess lelaki ni kawal emosi, nak share bab sedih2 ni egonya tinggi sikit)

TukangKebun berkata...

Lynn~ Tak surelah tapi budak kecik kalau buat dia busy lama-lama ok. Lagipun abang Rayyan, Si Ilhan pun ada bersama-sama dengan dia. Zaman sekarang pun mudah sikit dah ada skype jadi diorang selalu request nak call mama macam si Ilhan yang duduk with my siblings kat Malaysia. I think your girls feel insecure and scared cause you are the only real parents they have. Chemo ni memang sengsara ya, lepas tu rasa loya and dizzy for several days. I hope scientist will find a better way to treat cancerous cell soon. Sebab chemo ni pun ada possibility kill good cell as well. Rumah I pun macam kapal karam tak larat nak buat physical work sekarang, harapkan hubby je dahlah si Rayyan ni messy boy tak macam Ilhan yang tak boleh kalau rumah bersepah atau floor tak bersih, he gets really agigated. Rizal tak biasa lagi kut, wants to comfort you tapi tak tau macam mana. Samalah juga macam my hubby dia tak tau nak cakap apa kut, bila medical officers cakap your wife suffers serious mental depression.

Cik CT berkata...

Salam, ada tak benih kacang ni lg?

TukangKebun berkata...

Cik CT kacang jenis ini dah out of stock. Kacang yang ada stok sekarang butter bean cherokee wax dan blue lake.

Cik CT berkata...

Oh bolehla..nak yg blue lake..camne nk order?

TukangKebun berkata...

Cik CT boleh hantar email pesanan kepada saya (kebunkmg@gmail.com). Saya dapat beri list biji benih stok terkini.

Sola Hadi berkata...

saya nak jgk...1 cukup lah...

saya ada baca yang buah durian belanda tu sangat bagus utk rawatan kanser..die terus cari ke punca utama tanpa bolak-balik..kalau search kat internet mmg ada ckp khasiat die..boleh try kot..

cuma cadangan

TukangKebun berkata...

Sola Hadi~ Yang ini stoknya sudah habis. Tak pasti bila masuk balik. Tukang kebun nak kena kumpul balik biji benihnya.

TukangKebun berkata...

Banyak buah-buahan tempatan kita bagus untuk rawatan cancer. Moga pelbagai kajian dapat dilakukan lagi.

zamzurina zulkafli berkata...

jika ada biji benih ni daya nnk ye

TukangKebun berkata...

Bila ada stoknya kembali nanti simpan untuk daya.

Ibu Qistina berkata...

Salam,

diana kalau ada lagi stok untuk kacang ni reserve untuk saya ya.

Tq :)

Carlz Jafran berkata...

Salam saudari, nak order semua variaty kacang buncis jika masih ada. satu jenis 2 pek. Proses pengiriman wang dan penghantaran bagaimana? saya tinggal kat sabah. terima kasih

TukangKebun berkata...

Penghantaran biji benih ke Sabah boleh Carlz Jafran. Ada beberapa jenis kacang buncis dalam stok terkini. Boleh hantar email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk penerangan lanjut.

Yumna Keyan berkata...

Ada lg tak kcg buncis purple renek nih? Ada fb tak?

TukangKebun berkata...

Yumna Keyan yang ini tiada stock.