No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 14 Julai 2012

Musim fresh Oriental and Asiatic Lilies Bulb (Pre-Order Limited Stock)

Supplier Photo

Geram betul setiap kali lalu florist tengok bunga lilium ni, harganya boleh tahan juga. Bau bunganya pun semerbak. Bunga ini sebenarnya mudah untuk tumbuh dan sudah pun kami cuba di kebun Sungai Buloh (previous posting link). Pada musim panas elok tanam bunga ini di kawasan yamg menerima separa matahari atau di lokasi yang menerima pancaran cahaya matahari sebelah pagi sahaja untuk kualiti bunga kembang yang molek.

Supplier Photo

Satu pokok dapat memberikan beberapa kuntuman  bunga untuk dipotong menghiasi dalaman rumah.   Semasa  pokok membesar pastikan tanah tidak kering tapi jangan pula air bertakung. Biarkan tanah itu ada rasa moist sahaja. Beberapa minggu sebelum menanam benihnya bolehlah sediakan tanah dengan baja yang balance nutrient sesuai untuk pertumbuhan bunga. Sesiapa yang dah order bolehlah sediakan tempatnya sekarang nanti bulan puasa kurang tenaga.Lebih kurang sebulan sampailah agaknya kami pos nanti.
Supplier Garden Photo
Pokok lilium lebih kurang macam ini. Ketinggian average 50-80cm. Jarak antara pokok 30cm.
Supplier Garden Photo

Bulb lilium elok ditanam sedalam 15cm. Kalau tanah keras elok sedalam 10cm. Suka tanah yang moist dan cukup baja. Seeloknya bila benih sampai terus tanam. Elakkan benih kering, kalau tiada masa simpan dalam crisper sekejap. Kalau pucuknya dah mula tanda keluar sikit, cepat-cepat tanam. Berlainan dengan bulb gladiolus yang tahan lama simpan dalam tempat kering, nyaman dan gelap, Lilium bulb tak elok kalau jadi kering sangat, perlukan sedikit moisture. Sekarang di tempat saya sedang musim lilium bulb baru digali dan mula dijual (best season). Jadi ada possibility bulan Ogos tahun ini sahaja saya dapat offer kepada sesiapa yang juga berminat hendak cuba tanam bunga ini di kebun mereka. Tukang kebun balik nak cuci mata nanti jadi harap bunga yang akan ditanam ni menunggu dan sambut ketibaan kami. Sekarang dah mula angan-angan dalam kepala.
Bulb bunga Lilium lagi besar dari gladiolus. Salah satu kenapa harganya lagi mahal dari gladiolus. Selalunya lagi besar bulb bunga, lagi mahal harganya. Lagipun pokok yang menghasilkan bulb besar jumlah bulb satu pokok yang dapat digali sangat kurang dari pokok yang menghasil bulb yang kecil.
Disebabkan kali ni bukan saya yang packing sendiri, tukang kebun nak mudahkan adik-adik tersayang dekat Sungai Buloh jadi kali ini kira lucky diplah ya. Warna ada macam-macam tapi mix ( contoh macam photo). Lillium pun 3 jenis : Asiatic, Oriental dan L.A. lilium bulb mix. Kira randomlah ya. Bagi order yang lebih dari 1 bulb saya akan pesan adik-adik campur dengan Lilium jenis berlainan.

Ini adalah seasonal and limited offer.

1 Bulb Lilium -RM15 (postage cost RM9, kami guna pos laju).
No stock.
Penghantaran dan pembayaran pada bulan Ogos 2012.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

22 ulasan:

Sean L berkata...

Asiatic lily biasanya tak harum kan?

hijaudaun berkata...

salam diana. nak book 1 ye.

TukangKebun berkata...

Sean L~Jenis Asiatic biasanya tak harum tapi does better in container compare with Oriental or L.A. Hybrid yang harum.

Hijaudaun~ Ok booking.

Mama Pongkey berkata...

Tambah 1 lagi lah, hari tu saya reserve 2 kan? Nak merasa setiap jenis lilum ni. :-)

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~ Ok. Total 3 bulbs?

Mama Pongkey berkata...

Yes 3 bulbs, one of each type please as far as possible. :-)

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~Insya-Allah :).

Sean L berkata...

Excited for the arrival of these lilies.

TukangKebun berkata...

Sean L~ Bulb tengah belayar kut sekarang...do you know whether toad lily does well in tropical climate? Teringin pula nak cuba tanam.

Sean L berkata...

Tak pernah dengar ada orang cuba Toad lilies kat sini. And I have never seen it at Cameron Highlands (atau sumber-sumber dari CH). Diana boleh jadi pioneer kut.

TukangKebun berkata...

Sean L~ Mengikut sumber Toad Lilies suka kawasan shade dan temperate climate. Itu sebab teragak-agak nak cuba.

lynnhelite berkata...

mcm x menjadi jer.. Gladious tumbuh dlm masa 2 hari, tapi yg ni mcm dah reput..sob, sob..

TukangKebun berkata...

Lynn~ Too much water? Maybe stop watering for a while if the soil is not dry. I don't water mine now and it seems not a problem just depending on the occasional rain. Just curious, do you plant the lilium and gladiolus in pot or ground soil?

lynnhelite berkata...

i planted in black polybag separately. Gladious in small pot. Mungkin reput kot, sbb hari yg lynn tanam tu mlmnya ribut.

TukangKebun berkata...

Lynn~Thanks for sharing your experience. Maybe lilium bulb tu sebab tak dry macam gladiolus probably don't need much water. Sebab Diana punya tak kena siram sangat hidup ok. Probably just occasional water je. Then Diana ada biarkan bulb tu in toilet sampai tumbuh tunas tinggi about 20cm before I planted them and growing well lepas plant dalam tanah.

mohd nizam ijam berkata...

Ade facebook x..bmnat la dgn asiatic lily ni..nursery yg kat sg buloh tu nm pe ye..

mohd nizam ijam berkata...

Nk mama nursery yg kat sg buloh tu boleh..kat ctu ade tanam asiatic lily x?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mohd Nizam Ijam.

Kami tiada facebook buat ketika ini.
Kami bukan nursery cuma kawasan private residential area.
Kami ada tanam asiatic lily tapi buat masa ini tiada extra for sharing.

siti syida berkata...

ada lagi x?

TukangKebun berkata...

Sis Siti Syida ~ Sorry no extra stock at the moment.

mohd nizam ijam berkata...

Ade stok lagi x buat masa ni? Saya mengidam sangat nak tanam lily jenis ni :-(

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mohd Nizam Ijam.

Tiada stok lilium untuk beberapa bulan ini.