No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 6 Julai 2012

Zinnia ‘Persian Carpet’ (Zinnia haegeana mexicana)

zinnia persian carpet

Zinnia Persian Carpet ini mempunyai daun yang lebih tirus dan kecil, serta pokoknya lagi compact dan bushy berbanding dengan jenis zinnia lain yang biasa didapati. Bunganya adalah double petal (kelopak) dan dual colour (dwi-warna) contoh seperti gambar di atas.  Sesuai ditanam sebagai companion planting kerana ianya menarik perhatian sang lebah dan juga si rama-rama serta kadang-kadang burung pun menyukai bunganya. Boleh ditanam dalam pasu atau menjadi border di taman saudara-saudari.Tumbuh dalam ketinggian 40-60cm dan sebaiknya jarakkan antara pokok 30cm. Pokok Zinnia jenis ini sangat sukakan matahari dan ianya drought-tolerant (tahan panas dan kering) setelah matang.

~Benih Bunga Organik Zinnia ‘Persian Carpet’~
RM3.00 satu pek (~anggaran 25biji satu pek).
Stok Ada.

14 ulasan:

Nudabuffy berkata...

Reservekn saya satu pek.TQ :p

Mama Pongkey berkata...

Saya nak satu please! Yeay! :-)

mat jon berkata...

yang ni nak satu pek pleasee..emm.. bunga nasturtium tu takde benih lagi ke?

shafirul suffian berkata...

nak satu..

TukangKebun berkata...

Nudabuffy, Mama Pongkey, Mat Jon, Shafirul Suffian~ Ok reserved.

Mat Jon~ Bunga nasturtium ada stok pre-order dah. Cuma tunggu giliran posting je hehehe....Sekarang ni kebanyakkan post yang keluar bulan ni dah scheduled setiap hari pukul 8 pagi waktu Malaysia.Sebenarnya bukan tiap-tiap hari tukang kebun post semua automatic je :).

mat jon berkata...

boleh email tak list stok yang boleh pre order, sebab dalam minggu ni ada kursus so tak leh nak surf tenet. ni email ntanle08@yahoo.co.uk tq ;)

TukangKebun berkata...

Mat Jon~Seeds packing August pre-order baru siap hari ni. List stok pre-order punya file tak sempat buat lagi. Kalau ada kelapangan nak organise dan siap file pre-order baru dapat email.

zamzurina zulkafli berkata...

diana..yg ni blh preorder kah. jika ya saya nk satu pack

TukangKebun berkata...

Zamzurina~ Yang ni takde stok lagi. Tapi bila ada nanti saya email.

Creating Wonders berkata...

saya ada tanam zinnia yg di beli dr KBB...
satu saya letak bawah bumbung(hanya terima cahaya pagi), satu lgi dpt full sun...
yg dpt full sun berbunga awal berbanding yg dibawah bumbung...
tapi daun pokok yg full sun kecik berbanding yg dibawah bumbung...
perlukah saya potong bunga yg baru tumbuh tersebut?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Creating Wonders,

Dah berapa umur dia ya sejak bercambah?
Musim kemarau tempoh lalu boleh mengakibatkan banyak pokok jenis bunga annual berbunga cepat sebelum matang penuh. Pokok yang belum matang sepenuhnya biasanya daunnya akan menjadi lebih kecil semasa ianya hendak mula menghasilkan bunga. Kalau pokoknya masih kecil bolehlah potong bunga yang baru tumbuh untuk ianya bercabang.

Creating Wonders berkata...

usia pokok baru sebulan...

TukangKebun berkata...

Masih muda lagi. Mungkin boleh potong bud bunganya untuk kasi pokoknya membesar lagi Creating Wonders.

Creating Wonders berkata...

ok.. tq Diana