No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 8 Ogos 2012

Florence Fennel

florence fennel
Florence Fennel adalah adik-beradik dengan herba fennel yang daunnya digunakan untuk masakan. Tetapi berlainan dengan herba fennel, Florence fennel mempunyai  ubi/bawang pada dasar pokoknya. Bahagian yang membesar bentuk bawang itulah yang dituai. Boleh dimakan mentah hiris digunakan sebagai ulam, salad atau pun dalam sup ikan dan macam-macam lagi. Rasanya 'liquarice', saya pun tak pandai nak menterjemahkannya atau nak describe mungkin ada sesiapa yang boleh tinggalkan di ulasan komen. Daunnya juga boleh dipakai dalam masakan. 
DSC01691
Saya syorkan semai biji benihnya pada musim yang ada hujan dan selain dari musim panas dan kering. Percambahan biji benih mengambil masa sekurangnya lebih 2 minggu, dan seperti carrot perlu tanah yang moist untuk peratusan percambahan yang bagus. Tetapi berlainan dengan carrot yang tak perlu banyak baja, elok sediakan tanah yang banyak compos/manure untuk pertumbuhan florence fennel. Benih florence fennel yang baru bercambah nampak macam anak rumput pun ada jadi jangan tersalah cabut pula ya. Florence fennel boleh ditanam secara direct-sowing atau dipindahkan ke tempat lain kemudian.
DSC00049
Keperluan air pada awal pertumbuhan anak pokok florence fennel adalah penting untuk pastikan mendapat bawang yang juicy. Kalau tidak nanti isi lapisan bawangnya rongak-rongak/berlubang. Cukup air, baja dan pancaran matahari bawangnya boleh tumbuh lagi besar dari tapak tangan anda. Kami lapiskan tanah dengan tahi kuda yang dah lebih berusia sebulan seperti yang dilihat dalam gambar.
DSC00033
Tiada masalah sangat dari segi penyakit atau serangan serangga terhadap pokok florence fennel. Cuma masa anak benih baru bercambah dan anak pokok masih kecil lagi, si siput sukalah makan baby-baby tu. Sedap agaknya yang muda-muda ni. Kalau siapa tak sabar selalunya saiz seperti gambar di atas pun dah boleh dituai.
DSC00011 (2)
Elok tanam florence fennel di kawasan yang menerima banyak direct pancaran matahari, kalau tak nanti bawang florence fennel tak membulat tapi jadi bentuk lonjong seperti gambar di atas. Gambar florence fennel di atas tumbuh di kawasan yang menerima separa cahaya matahari sahaja, masa tu terlampau banyak sangat lebihan anak benih florence fennel jadi kami saja-saja cuba tanam di kawasan yang kurang menerima matahari. Tapi bentuknya macam tu boleh juga makan.
Finocchio (1)
Florence fennel juga boleh ditanam di dalam bekas. Bekas di atas adalah lebih kurang dalam tanah yang diisi kedalaman 20cm. Daun florence fennel sangat cantik, very decorative.

~Biji Benih Florence Fennel~

RM3.00-satu pek (anggaran 30biji benih).

20 ulasan:

shafirul suffian berkata...

nak ni satu... buat koleksi benih sementara ada tawaran ni...tanam tu belum tau lagi bila..hehe..beli tempat lain mahal harganya...

Nitesky berkata...

nampak menarik tanam dalam pasu. gemok sungguh. saya nak 1 pek

Sean L berkata...

Wah, very decorative indeed. Tambah yang ni 1 pek dalam buku 555.

wani sc berkata...

saya nak satu! yayy! :D

mat jon berkata...

hmmmmm...nak satu..

Mama Pongkey berkata...

Saya nak satu pek, please! :-) Arigatou gozaimasu.
Yayayayayayayayayyyyy
*melompat keriangan* dah lama kuidamkan.

TukangKebun berkata...

Dah reservekan for Shafirul, Nitesky, Sean, Wani, Mat Jon dan Mama Pongkey.

husni97 berkata...

bila nak ada lagi benih fennel ni?

TukangKebun berkata...

Husni ~ Tak pasti lagi.

Tanpa Nama berkata...

Nk tnya, ada lg x stok benih ni? Dh lma sgt tringin tp nk beli tak jumpa...

TukangKebun berkata...

Ada stoknya boleh pesan di (kebunkmg@gmail.com)

carlz berkata...

Kenapa funnel sy tak bercambah? Ada tips tak?

TukangKebun berkata...

Kalau cuaca panas dan kering biji benih fennel liat nak bangun. Elok ditanam ketika bukan musim kemarau.

carlz berkata...

benih fennel masih ada stok? simpan utk satu pek

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Carlz Jafran.

Florence fennel ada stock.

Joyful Eve berkata...

Macam mahu order biji benih ni?

Joyful Eve berkata...

Macam mana nak order biji benih Florence fennel?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia gupagupi.

boleh email pesanan ke kebunkmg@gmail.com unttuk butiran lanjut.

Eshlina berkata...

Ada ke lagi benih fennel nie... nK beli 1 pkt

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Eshlina,

Tiada stok benih fennel sekarang.