No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 24 September 2012

Biji Benih Organik Herba Dill


 Seluruh pokok dill adalah beraroma. Biji dan daun dill digunakan dalam pelbagai masakan serta pokok yang mempunyai medicinal value. Dill dikatakan membantu proses penghadaman. Apabila saya blog walking di negara barat, saya selalu perasan bila mereka buat jeruk sayur kadang kala memasukkan dill sekali di dalam air jeruk tersebut untuk menambahkan rasa. Daun dill boleh dikeringkan atau frozen fresh untuk digunakan dalam masakan kemudian. Tetapi tentulah petik masa segar paling best.
 Untuk beginner gardener tanam benihnya secara direct-sowing lebih digalakkan sebab akarnya fussy sikit nak dipindahkan. Sukakan kawasan menerima banayak matahari tapi masa musim kemarau tempat yang teduh sikit mungkin baik. Semai bijinya sedalam 1cm. Pokok dill bila berbunga boleh mencapai ketinggian 80cm. Bunga dill banyak menarik peminat serangga yang baik seperti ladybug. Ladybug bila banyak membantu makan aphid serangga perosak (hop ke link ini untuk ladybird versus aphid). Saya perhati serangga baik hilang atau tak suka makan aphid atau duduk di tanaman yang telah disembur dengan cili atau bawang putih. Oleh itu, tahun ni kebun kami tidak pun pakai semburan organik apa-apa. Kami recruit sahaja bantuan ladybug, burung-burung dan kawan-kawan serangga baik lain.
 Batch benih organik dill kali ini, sepupu kami Lenay yang tuai dan dia sudah testing percambahan benih di kebun Sungai Buloh. Percambahan sangat baik.

~Biji Benih Organik Herba Dill~

Stok ada .
RM3.00-satu pek (50biji benih).

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.

Pembayaran melalui bank RHB atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

19 ulasan:

Mama Pongkey berkata...

Yes!!!! 2 untuk saya ye :-)

Zieta collection berkata...

ba mau test yg ni...1 pek ya puan...tq

sm forestgarden berkata...

saya tempah 1 pek.

lynnhelite berkata...

pastinya lynn nak cuba! will email u list of seed later ya! Nak start semai benih2 baru bulan depan (dgn harapan green hse blh ready..)

suka suka berkata...

K mar 1 pek..

TukangKebun berkata...

Moga beranak-pinak ladybug dekat garden semua :).

wani sc berkata...

saya suka ladybugs. baru semalam perhati dia makan aphids kat pokok terung, tapi cuma 2 ekor je. mesti dah kenyang sangat nak habiskan semua.
saya nak ni 1 pek ye. thanks ;)

TukangKebun berkata...

Wani SC~ Lagi banyak ladybug, lagu cepat habis aphid tu lenyap kena makankan. Saya perhatikan ladybug gemar dengan bunga-bunga pokok herba. OK saya simpankan.

nadia rashid berkata...

dill ni utk dimkan rupanya...sy dpt seed dill dr awk tu..pk bunga heheh...kne google lagi apa resipi boleh guna dgn dill ni

Tanpa Nama berkata...

Kebun d sg buloh d mana?boleh beli benih d sana ke

TukangKebun berkata...

Nadia ~ Dill ini banyak digandingkan dengan seafood.

Kami cuma ambil pesanan biji benih secara online dan pos.

Habib Bushra berkata...

Salaam. Ada lagi tak benih ni?

TukangKebun berkata...

Habib ~
Salam Bahagia.
Masih ada biji benih dill, boleh hantar pesanan di email (kebunkmg@gmail.com) .

Anak_melor berkata...

Reservekan utk saya 1 pek juga ya.
Hizriesauti@gmail.com

noor yan berkata...

Ade jual lg x?

noor yan berkata...

Sy nk order

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Benih dill tiada fresh stock sekarang.

Sabarina Sidek berkata...

Assalam..ada jual lg x benih dil ni?tq

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sabarina Sidek.

Benih dill tiada ready stock.