No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Chervil kalah dengan Florence Fennel

 Makin ramai gardener mula gemar mengamalkan companion planting untuk mengurangkan serangan serangga-serangga perosak. Tetapi awas bukan semua herba kalau letak di sebelah pokok lain dapat memberikan keuntungan kepada diri atau pun tanaman di sebelahnya. Ada juga gandingan tanam herba yang tak serasi dengan tanaman lain. Sebagai contoh, herba Chervil dan Florence Fennel adalah dari family yang sama 'Apiaceae' tetapi mereka tidak serasi tumbuh bersama-sama. Pokok Chervil ini sukarela pandai-pandai sahaja tumbuh sendiri berdekatan dengan Florence Fennel yang tukang kebun tanam dalam bekas secara kaedah direct-sowing. Tukang kebun pun tutup mata je biar sajalah. Pada mulanya chervil tumbuh subur hijau dan cepat bersama-sama dengan Florence Fennel. Tetapi lama-kelamaan daun herba chervil yang matang lama-kelamaan bertukar ke warna merah keperangan.
Kenapakah ini terjadi?

 Ini disebabkan zat nutrient potassium dan calcium telah mula berkurangan di dalam bekas tanah mengakibatkan kedua-dua jenis tanaman ini berlumba nak dapatkan zat ini. Jadi gambar di atas adalah contoh kekurangan zat potassium dan calcium (potassium/calcium deficiency) yang ketara berlaku pada pokok herba chervil. Pertumbuhan bulb Florence Fennel juga adalah agak kecil berbanding dengan rakan sebelahnya dalam sama bekas seperti dalam gambar terakhir. Cuba lihat carta di bawah yang tukang kebun pinjam dari Wikipedia. Kandungan zat nutrient potassium dan calcium adalah tinggi di dalam bulb Florence Fennel. Ini sudah memberi hint bahawa Florence Fennel kuat menyerap atau memakai banyak zat potassium dan calcium dari tanah yang mengakibatkan pokok herba chervil terseksa di sebelahnya.

 Pokok Florence Fennel dalam gambar pertama sudah penuh dikelilingi oleh daun pokok herba chervil berdekatannya. Florence Fennel yang jauh sedikit dari pokok herba chervil nampak 2 kali ganda lagi gemuk dari Florence Fennel yang dah tenggelam cuma nampak batang daunnya. Dalam bekas ini juga ada 2 pokok lilium tumbuh bersama-sama. 
Pokok herba chervil tak serasi tumbuh bersama Florence Fennel.
Tapi setakat ini chervil dan keluarga kubis nampak boleh ngam.

5 ulasan:

Mama Pongkey berkata...

Tips yang berguna ni, thank you. Saya dah semai small sugarloaf cabbage, dekat dengan pakchoy. Kena tambah chervil lah nampak gayanya,

mat jon berkata...

ooo kalo camtu kalau kebiasaan tanaman bertukar warna kemerahan macam chervil tu kekurangan zat ye.. good info..

GO GREEN berkata...

No wonder Red Spinach Lynn x brapa nak merah, terlebih baja!

olive berkata...

But merah aso nice ho

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~Interplanting cabbage dan Pak choi save space and increase garden productivity good planning and chervil giving company.

Mat Jom~Kalau daunnya bertukar kemerahan tak cukup zat. Macam gambar tu merah lain macam je.

Lynn~ Bayam merah kalau banyak manure or organic matter jadi ke arah hijau. Pernah cuba biarkan dalam pasu yang dah kehausan baja, merah menyala bayam tu.

Olive~Yeah merah like ornamental plant or something. Thats why saya biar je :). Malau pun ada juga saya ni...hehehe...