No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 13 Oktober 2012

KohlRabi and Beetroot Akrab

 Bila tanam kohlrabi saya suka kohlrabi berkawan dengan beetroot. Ini adalah gandingan kesukaan saya kerana kohlrabi dan beetroot adalah sahabat yang akrab (Companion plants). Hasil dari gandingan dua tanaman ini selalu tukang kebun puas hati. Cuma perlu ingat yang batang kohlrabi tidak terlindung dari cahaya matahari untuk menjadikan batang bawahnya membulat. Gandingan tanaman ini adalah lebih kepada kawasan yang menerima banyak pancaran cahaya matahari (full sun) lebih 6 jam expose. 
 Jarak antara tanaman juga penting, jangan terlampau rapat sekiranya ingin dapat hasil yang bersaiz besar. Elok terdapat ruang supaya tiada pokok-pokok yang terlindung dari mendapat cahaya untuk pertumbuhan. Di bawah adalah barisan tanaman Florence Fennel, Kohlrabi dan Beetroot yang tumbuh di atas tanah yang telah dilapik dengan tahi kuda.
Batang kohlrabi yang membulat perlu terima pancaran cahaya matahari terus.
Kohlrabi cepat membesar dan dapat tuai hasilnya lebih cepat berbanding kubis.

5 ulasan:

Nitesky berkata...


kohirabi yang saya tanam daun panjang dan belum membentuk bulat. saya lihat di internet mereka tuai kohirabi bulat

Unknown berkata...

Bagus,dapat refresh balik bersabit dengan companion planting.

Mama Pongkey berkata...

Yeay boleh tiru teknik ni :-)

makcikmanggis berkata...

banyak ilmu bertani bila baca blog Tukang Kebun ni:)terima kasih.Boleh tiru ni.

TukangKebun berkata...

Nitesky~Batang bawahnya yang membulat untuk dimakan. Tapi nak pastikan masa awal pertumbuhan sedang membesar menerima direct light bagi ianya membentuk membulat.

SM forestgarden~Seronok experiment companion planting tengok mana ngan mana tidak.

Mama Pongkey~ Kebetulan masa first time tanam, ngam pula mereka sampai sekarang digandingkan.

Makcikmanggis~Sama-sama kita berkebun. Nota tukang kebun makin pelupa bila bilangan jenis tanaman bertambah.