No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 1 November 2012

Elephant Ear

 Masih-masih teramat cetek lagi pengetahuan tukang kebun mengenai tanaman. Tukang kebun ingat pokok jenis Elephant Ear cuma bagi daun yang melebar sahaja tetapi ada bunga juga rupanya bila ternampak di kebun Sungai Buloh. Exotic juga nampak bunganya itu, bentuknya seperti keluarga arum lily. Tidak disangka juga betapa besar dan tingginya pokok jenis Elephant Ear yang ditanam oleh mama Tukang-tukang Kebun, agaknya berapa lama usia pokok Elephant Ear itu. Pokok daun keladi besar ni pun asal dari Malaysia-Indonesia. Perlu berhati-hati dengan getahnya dan kendali dengan baik tidak terkena kulit badan.

Tukang kebun suka baca laman ini untuk info pokok gergasi daun keladi ini (klik sini).

 Pokok anak jati Malaysia 'Elephant Ear' sukakan sangat moisture dan humidity tinggi. Mudah sungguh hidup di Malaysia tetapi tidak mudah untuk hidup di kebun Adelaide yang kering dan tak banyak hujan ni. Kalau di Adelaide nak tumbuh pokok 'Elephant Ear' elok ditanam di kawasan shade sahaja. Pernah sekali pokok ni lenyap tiba-tiba daunnya dah tiada walaupun disiram tiap hari dan duduk dibawah lindungan atap. Ingatkan dah tamat riwayat tetapi bila cuaca tak kurang panas kembali dah menurun seperti di Malaysia, naik balik anak-anak daun baru dari ubinya. Bolehlah bayangkan betapa panas dan kering cuaca di Adelaide bila musim panas. Nasib ubinya selamat, mungkin sebab kena tempias siraman air dari pokok sebelahnya. Di Adelaide, tukang kebun ada 2 pokok Elephant Ear untuk mengubat rindu duduk di perantauan ini. Satu di tanam dalam pot dan satu lagi tumbuh dekat tanah.  Sebenarnya, kalau bukan minggu ni tukang kebun mula buat plant sale dekat kebun Adelaide sebab nak kosongkan kawasan laman rumah sampai sekarang pun tak tahu nama pokok dalam pot gambar di atas ni dalam Bahasa Inggeris dipanggil Elephant Ear. Tukang kebun let go murah saja AUD$5, kira sangat murah kalau beli dekat nursery anak pokok berapa cm pun dah labih $10 kut sebab ini kira pokok exotic kalau di muka bumi sini. Syukur alhamdulillah orang yang sanggup ambil pokok ni pun tersangat gembira sebab dia suka sangat pokok ni dan dekat laman rumah dia tanam dah terhabis riwayat mungkin dia kata sebab dia bahagi-bahagikan anak-anak pokok jenis ini di rumahnya tidak betul. Tukang kebun offer sekali yang lebih besar gali keluar tumbuh dalam tanah bagi percuma sahaja sebab tukang kebun yakin dia akan jaga baik pokok-pokok ni bila tengok kesungguhan dia mengenai pokok elephant ear. Orang tu seronok sangat agaknya dia suruh ambil juga AUD$10 untuk dua-dua pokok tu walaupun tukang kebun beriya-iya nak bagi percuma sebab tukang kebun kata cuma nak cari rumah baru untuk pokok-pokok ini yang akan berinya kasih sayang terjaga bila tukang kebun pindah rumah. Peminat pokok elephant ear tu kata harga dah sangat bargain tak mungkin dapat dah besar macam tukang kebun punya. Syukur alhamdulillah rezeki bolehlah tukang kebun shopping tambah koleksi water iris.

Di Malaysia pokok Elephant Ear mesti murah harganya jual di nursery. Berapa agaknya?

5 ulasan:

mat jon berkata...

saya pun tak pasti berapa harganya di sini, tapi kebiasaannya kalau pergi nursery yang 'DIY' memang boleh dapat murah dan tauke nursery pun peramah.

Mama Pongkey berkata...

Rezeki sama-sama tu :-) Saya sendiri belum pernah menanam pokok keladi ni.

Tanpa Nama berkata...

Diana, keladi ni mmg sgt cantik letak kat laman ala2 Bali. Daunnye boleh selebar dulang yg paling besar tu..Kat umah Eila dah setinggi atap umah sbb sayang nak dibuang. Anak2 nye plak naik berebut2. Tak berani nak pindah2 anak2nye tu,sbb tengok keadaannye mmg boleh jd conquerer :) org lain punye gladioli sumer da bunge,Eila punye baru dua pokok keluar sulur bunganye..alhamdulillah, x sabar nak tengok kale ape yg keluar..

Adry@Daun berkata...

Kat tmpt saya tinggal skrg byk keladi yg hampir sama dgn foto tumbuh meliar. Tinggi pokok boleh mencapai 3 meter jika di tmpt yg subur.

TukangKebun berkata...

Mat Jon~Itulah rasanya kat Malaysia murah. Dekat sini 15cm pun dah AUD10 agaknya. Tapi ramai yang berminat sebab boleh bagi dekat kawasan kolam mereka macam tropical feeling sikit.

Mama Pongkey~Dulu saya takut nak pegang batang daun keladi sebab orang kata gatal. Dekat sini ubi keladi popular dipanggil taro.

Eila~ Betul cantik untuk laman ala-ala Bali. Dekat kebun Sungai Buloh ni pun banyak decoration luaran laman rumah ala-ala Bali sebab mama minat concept tu.Oh tingginya nanti tunjuklah gambar. Gladioli pun khabarkan warnanya ya :).

Adry@Daun~Teringat ketika zaman kanak-kanak yang pokok jenis keladi subur tumbuh di kawasan yang banyak air. Tinggi betul boleh buat payung :).