No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 28 November 2012

Relakah BerSukarela

 Ini adalah reality rupa veggie patch Kebun Bahagia Bersama setelah terbengkalai semenjak bulan September lalu sebab tiada tukang-tukang kebun dewasa yang menetap di Kebun Sungai Buloh kecuali Tukang Kebun Dany yang sibuk dengan studynya di UITM, Shah Alam. Ramai yang ingin melawat tetapi tukang kebun tak naklah mengecewakan expectation gardener yang berminat dalam tanaman sayur-sayuran. Tukang kebun pun yang ada lumayan sayur cuma kacang panjang dan petola yang menjalar-jalar tumbuh sendiri tidak terkawal. Ada jugalah sayur-sayuran yang tukang kebun jumpa celah semak samun ni tapi rasa tiada masa lagi mood nak masak selagi tak bersihkan kawasan untuk tanaman sayur-sayuran. Sayur yang renek-renek habis tenggelam dengan rumput macam halia, kunyit dan lain-lain. Yang banyak sekarang pula ialah buah-buahan yang mewah boleh dikongsikan bersama. Adui baru kena tinggal sekejap dah naik macam ini. Dulu kebun Adelaide lagi kecil dari kawasan yang ditunjukkan dalam 1st photo senang nak maintain...aiyo ini baru satu korner veggie patch belum lagi kawasan korner lain dekat Kebun Sungai Buloh.
 Zoom in sekejap satu korner, Tukang kebun biarkan bendi kampung tua sahaja nak kumpul benih. Ini bendi kampung dah banyak generasi tanam selalu di kawasan ini. Dalam semak ni tukang kebun intai ada macam pokok halia dan kunyit. Sudut kanan ada satu pokok tomatillo tukang kebun perasan baru berbuah dengan lebat.
 Pokok labu pun boleh tenggelam dalam semak ini. Tepi pagar ini pula pokok sayur manis kegemaran mama tukang kebun macam nak kena propagate baru atau trim je...nanti bos besar balik bising...huhuhu...
Wah ini sudah jadi hutan pokok keledek yang dah tak terkawal. Rasa nak tinggal satu kawasan untuk Abby bila dah mula makan puree keledek lagi sebulan yang akan datang ni. Hmmm...tapi musykil ada isi ke tak keledek ni takut ayam and the geng dah habis gali je ubinya makan. Harap ada bahagian rezeki Abby.
 Pagar ni pula dah bercampur macam-macam berebut nak menjalar seperti bunga telang, keledek dan peria yang dapat tukang kebun identify setakat ini. Banyaklah daun nak disapu bersihkan masuk dalam tong kompos atau boleh dicampakkan ke dalam bekas tangki air yang nak dijadikan untuk projek raise garden bed.
 Pokok limau lemon lebat buahnya terjatuh-jatuh tak terambil. Bagus kumpul buat cuci ikankan.
OK kembali pada asal tajuk posting ini 'RELAKAH BERSUKARELA'. Memandangkan tukang kebun sebenarnya tak cukup tangan sekarang nak kemas Kebun Bahagia Bersama, tukang kebun nak ajak gardener yang sukarela rasa nak tolong tukang kebun bersihkan 'Kebun Bahagia Bersama' samaada pada hari sabtu atau ahad ini dari pukul 9 pagi sampai 12 tengahari (3jam). Bolehlah juga kita berkenalan sementara gardening dan agih-agihkan kerja gotong-royong kutip buah kelapa, sapu daun-daun atau ranting masuk dalam tong kompos/raised bed dan weeding (cabut rumput). Kebarangkalian tukang kebun akan invite 3~5 orang sahaja untuk kali ini. Gardener yang dapat bersama-sama membersihkan Kebun Bahagia Bersama dengan tukang-tukang kebun, InsyaAllah tak pulang dengan tangan kosong. Kalau rajin bolehlah harvest apa yang teringin nak makan, bolehlah pilih rambutan, ciku, limau/ lemon, cili yang dah ranum, petai, kelapa dan lain-lain yang dapat kami kongsikan minggu ini bergantung dengan rezeki apa yang ada di kebun kami. Oh ya kena mentally prepared, kebun ni sekarang banyak nyamuk dan kena berani harungi semak yang telah ditunjukkan (baik datang pakai but tinggi kut). Invitation kali ini kalau ada gardener yang mempunyai skill memanjat sangat dialu-alukan sebab pokok petai berbuah tapi tinggi dan bolehlah kita minum air kelapa muda jika dapat capai buahnya. Sebenarnya tukang kebun yang teringin nak minum air kelapa muda tetapi tinggi sangat buahnya. Sesiapa yang berminat bolehlah tinggalkan komen atau email (kebunkmg@gmail.com). Tukang kebun akan confirm pada hari Jumaat yang rajin bertandang ke Kebun Bahagia Bersama untuk bergotong-royong.

17 ulasan:

suka suka berkata...

wah seronoknya kalau dapat join..jadual padat dgn jemputan kahwin dan nak kena tengok semaian di Seremban.. next week tak balik.. ada cuti2 malaysia kat penang.. may be one fine day.. area ni yg otw ke Fraser Hill ke?

ummuaidan berkata...

Nak lah join jgk..tlg2 cabut rumput tuh..(rumput kebun sendiri tak tercabut..hehehe)..mesti seronok kak..dpt beramah mesra dan berkenalan dgn tukang2 kebun semua...apakan daya jauh beribu batu..good luck yer with the weekend gardening activities...jgn lupa update nanti..:)

nadia rashid berkata...

besar sungguh kawasan..kalau dekat2 dah relakan diri ni join sama menghabiskan masa yang ada ni..

Ibu Qistina berkata...

Wish to :( ,ttp saya setiap hujung minggu terpaksa berulang ke terengganu ambil MIL nak bawa ke hospital. Best ni kalau dapat cabut2 rumput,bercangkul.

Sean L berkata...

This saturday ada meeting, so biasanya lepas tu ada je benda yg kena siap by monday. So can't promise this weekend. Next weekend?

Roslan berkata...

ermm..saya mcm berminat, tgk jadual mungkin ahad sahaja nanti saya confirm semula esok..Insya Allah

sm forestgarden berkata...

saya ini tinggal kat kuantan....sedih tak dapat nak tolong.

Indah Eyah Abu Samah berkata...

Salam kak diana...klu xjauh...confrm saya dtg..seronok buat keja ramai2..xterasa pnt tmbh smgt lg ada..selamat membersihkan kebun sayuran..

TukangKebun berkata...

Kak Mar~ Cuti sekolah ni banyak aktivitikan. Tukang kebun tak sabar nak tunggu hero-hero kecil balik nak ambil cuti dari kebun cuti2 Malaysia juga ni. OTW pergi Kuala Selangor atau tengok kelip-kelip tu.

UmmuAidan~Tujuannya nak beramah mesra dengan Tukang-tukang kebun lain dan bolehlah bertukar ilmu berkebun juga. Setakat baca dan tengok mata sendiri lain juga kan. Nak juga pergi tengok kebun di Fiji Island sana.

Nadia~takpe next time kalau tukang kebun open day kebun lagi, kebetulan ada dekat bolehlah join sekali.

Ibu Qistina~Oh takpe lain kali InsyaAllah tukang kebun open day lagipun kita ni sebenarnya dekat je kalau ikut lebuhraya Guthrie 10~15minit sahaja. Drive carefully k penat tu ulang alik Terengganu.

Sean L~Next weekend takut my boys dah balik dan not sure apa kerenah dibuat lama tak jumpa parentsnya...hehehe...tak pe kami pun dah tak ke mana pun bila-bila hujung minggu adalah open kebun lagi.

Roslan~ OK nanti confirm ya, tukang kebun bagi address. Rambutan, ciku banyak sekarang ni bolehlah bawa baldi atau bakul senang nak bawa balik :). Anak pokok papaya pun kalau ada boleh dikaut dari tanah jika berkenan.

SM Forestgarden~ Niat ada pun sudah tukang kebun cukup berterima kasih :).

Indah~Thank you dear ada geng lagi semangat ni. Kalau tak lalu semak tu buat tak nampak je hehehe...

AZLINA berkata...

Tentu meriah aktiviti berkebun tu nanti bila dah ramai yg join ni. seronoknya..kot2 dpt buah ciku sebakul,geram tengok buahnya tu..semoga semuanya berjln lancar nanti ya :))

Roslan berkata...

maaf sangat x dapat membantu...byk tul halangan untuk saya pergi sukarelawan..mungkin next time maaf sekali lagi

TukangKebun berkata...

Azlina~ Nampaknya semua busy weekend lepas, jadi terpaksa dibatalkan.

Roslan~ Oh takpe bulan Disember ni memang musim yang sibuk tambahan cuti sekolah yang lama. InsyaAllah ada next timenya ;-).

lynnhelite berkata...

Next time ya.. teringin nak pegi, tak jauh mana dr Subang.

TukangKebun berkata...

Lynn~Subang dan Sungai Buloh memang tak jauh hehehe...

Nudabuffy berkata...

Kalaulah sungai buloh tu dekat johor, tentu saya berlari pergi bersukarela. Seronok tu..

Mama Pongkey berkata...

Alahai baru nampak posting ni. Tapi masa tu ku sungguh jet lag. Pergi ke rumah mak ayah pun tidur berjam-jam. Lepas tu kena drive balik ke pantai timur pulak. Insha Allah di lain masa teringin nak join.

TukangKebun berkata...

Nudabuffy~ Best kalau bergotong-royong ramai-ramai.

Mama Pongkey~On the 23rd will you be around Klang Valley?