No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 29 Disember 2012

Penantian buah Alpine Strawberi

 Minggu ini banyak sudah bunga Alpine Strawberi kembang dan ada yang telah membentuk buah strawberi. Bila belek-belek ada juga ulat bulu yang berkenan melekat kat buah yang masih hijau tu. Cepat-cepat dijentik jatuh ke tanah untuk selematkan buah strawberi itu. Bakul gantung ni pun sudah selamat digantungkan ke dahan pokok untuk elakkan binatang perlihara dari makan dulu buahnya.
 Gugur sudah kelopak bunga Alpine strawberi dan kelihatan buahnya terbentuk. Ada tak nasib si tukang kebun kecil Ilhan dan Rayyan untuk merasa strawberi tak lama lagi ini. Tukang kebun Rayyan hari ni beriya-iya tolong mamanya kemaskan biji benih watermelon radish dari seed podnya, kuat juga tangan si kecil ni. Nanti ada rezeki mama upah tukang kebun Rayyan strawberi ya.

15 ulasan:

nadia rashid berkata...

salam diana,
strawberry alpine ni tahan panas ke?

Umm AA berkata...

Teringin nak merasa dan alpine strawberyy nie...mesti sedap kan

suka suka berkata...

Salam..apa cara terbaik memyemai benih ni?

Nitesky berkata...

besar juge pokok dia

Unknown berkata...

Pokok subur dan cantik......tak sabar menunggu benih Alpine strawberry.

TukangKebun berkata...

Nadia~ Alpine strawberry ini tahan panas masa saya duduk Adelaide dulu masa heat wave jenis ini paling bertahan.

UmmuAidan~ Kalaulah buah strawberry ni tahan lama boleh ku kirim kepada mu.

Kak Mar~ Mmmmm...saya tabur saja tumpang pasu lain benihnya tapi mungkin Kak Mar boleh cuba tanpa pre-chilling benihnya dan yang sudah simpan dalam peti ais. Kalau gali masuk tanah takut terdalam sangat. Benihnya perlu cahaya untuk bercambah.

Nitesky~Standard pokok strawberry sahaja.

SM Forestgarden~ Moga minggu depan sampailah benihnya.

nadia rashid berkata...

kalau tahan panas..sy nak try tanam jugak lah..ada benih simpankan yer

Zieta green berkata...

saya tengah tungu benih alpine strawberi ni bercambah semai hari jumaat minggu lalu..tak tau lah jangan2 dah diangkat semut juga benih tue....main tabur ja tanpa ada buat pre-chilling benih...mudah-mudahan tumbuh juga tu dapat lah merasa strawberi tanam sndiri...

TukangKebun berkata...

Nadia~ InsyaAllah kalau ada benihnya nanti.

Ivy~ Saya tak perlu buat pre-chilling dan bercambah.

Zieta green berkata...

ya bagus lah kn rasanya dah serasi sangat lah dgn cuaca malaysia alpain strawberi ni...saya ada periksa bekas semaian pagi buta tadi masih belum nampak kalibat c warna hijau keluar...:(...sang semut pls bagi balik benih yg kamu p angkut tuuu...

TukangKebun berkata...

Ivy~ Anak pokoknya halus bila baru bercambah saya pun kadang-kadang ndak perasan. Si Semut rajin betul angkat benih, kawasan kami pun sama.

Habibah Mohamed berkata...

diana,

kalau guna strawberry yang dah busuk masa kita beli di pasaraya tu, boleh guna ke biji benihnya?

Habibah Mohamed

TukangKebun berkata...

Habibah~ Kebiasaanya strawberry besar yang jual di pasarraya tu diorang tanam melalui runners bukan dari biji benih.

halimah ali berkata...

mana nk dapat anak pokok painberi ni saya brminat nk beli

TukangKebun berkata...

Halimah ~ Boleh membuat pesanan biji benih alpine strawberry di (kebunkmg@gmail.com)