No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 6 Disember 2012

Promosi Petola Hujung Tahun untuk Novice Gardener

 Pokok sayur petola memang terror betul memanjat, pokok ketinggian 5 meter pun boleh ditumpang panjat sampai ke puncaknya. Pertumbuhan pokoknya pun pantas selepas disemai benihnya hingga nak musim tuai buahnya berbanding dengan sayur lain, bolehlah dikategorikan sayur yang tumbuh macam speed ala-ala bullet train di kawasan beriklim tropika. Apa yang menariknya pokok petola menghasilkan banyak buah, dan untungnya bila muda boleh makan kebiasaannya dicampurkan lauk yang bersup dan bila tak terkejar nak tuai buahnya boleh dibiarkan tua. Ini disebabkan dengan mengeringkan buah petola yang telah tua betul-betul boleh dikoyakkan kulit buah petola keras itu untuk mendapatkan isinya yang telah kering menjadi serabut pakai span. Tak perlulah beli organik span yang mahal-mahal di bodyshop lagi. 
 Tak perlu tunggu buah petola besar sangat untuk tuai makan, saiz macam dalam gambar atas ini pun boleh sudah dituai untuk digunakan dalam masakan. Kalau dibiarkan lama sangat nanti makin berserat isinya.

Tukang-tukang kebun bahagia bersama bagi penutup tahun 2012 ini, ingin membuat promosi benih kampung yang sesuai dan mudah untuk gardener yang baru hendak berjinak di alam perkebunan. Kami Kebun Bahagia Bersama team members ingin menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bercucuk tanam menghasilkan makanan di taman sendiri tidak kisahlah berapa besar saja kawasan yang kita ada kerana 'Malaysia Boleh' dan membantu menghijaukan alam serta mengurangkan perjalanan makanan atau 'cut food-mile'. Benih-benih kampung sayur-sayuran yang ditawarkan telah bergenerasi tanam di Kebun Bahagia Bersama dan amatlah sesuai tanam di kawasan kita yang beriklim tropika ini.


Biji benih yang ditawarkan adalah fresh tukang kebun sedang tuai bulan ini.
$3.00 satu pek  dengan anggaran 15 biji benih petola kampung.

17 ulasan:

suka suka berkata...

k mar 1 pek

Umm AA berkata...

buahnya besar dan sehat betul kan... sedap nie buat sayur lemak..

Awin berkata...

saya nk satu pack

GO GREEN berkata...

Count me in pls...

Tanpa Nama berkata...

Salam Diana, wahaha pepagi da jenguk page ni, tak leh lelama, pg ni nak sudahkan kerja kompos yg tertunggak semalam.. Simpankan 1 pek petola tinggi menjulang tu yerk, puasla Diana mengait buah petola sambil2 mengait rambutan..hehehe-Eila

makcikmanggis berkata...

masa dulu dulu arwah ayah Cm selalu tanam petola jenis ni..buahnya sungguh lebat sehingga tak termakan.Pucuk nya dikisar dijadikan pewarna hujau asli untuk kuih muih seperti kuih lompat tikam dan cendol.

Memang betul.Pokok petola jenis ini memnajat sungguh tinggi hingga terpaksa guna galah untuk dapatkan buahnya.

Tanpa Nama berkata...

Salam bahagia Diana,

Saya nak reserve satu pek ya.
red_888_soul@yahoo.com. Thanks.

Nudabuffy berkata...

pokok ni tersangat la mudah nak hidup walaupun tak berniat nak tanam dia... kami guna buat span basuh pinggan.. Best!

akira berkata...

salam diana....reserve kan saya binih ni sepeket.....simpan dulu nk pilih benih lain juga...

Tanpa Nama berkata...

salam diana...simpan kan satu pek untuk saya...

TukangKebun berkata...

Simpan untuk : Kak Mar, Zamzurina, Lynn, Eila, Samiah, Akira,Tanpa Nama?

Total 7 packs.

UmmuAidan~ Tengah fikir masak lemak petola campur labu sedap ke tidak hehehe...terliur pula rasa nak makan.

Baguslah Eila ada buat kompos sendiri...Diana sekarang asyik sibuk cabut rumput sebelum nak mula menanam balik. Semua rumput ku campak dalam raised garden bed buat sementara waktu. Pokok petola yang ada di rumah Diana tak tahu mana dasar pokoknya lagi tak nampak bayang menjalar dah begitu jauh.

Makcikmanggis~ Baru pertama kali Diana dengar pucuknya boleh dikisar menjadi perwarna macam daun pandal. Galah kami dah tak sampai nak petik buahnya takut jatuh penyet jadi terbiar kering buat sponge.

Nudabuffy~ Memang mudah sekali. Kami buat gosok buah yang berbulu nak kasi matang.

Tanpa Nama berkata...

Salam, saya nak 1 pek, aslina272@gmail.com.Tq.

Tanpa Nama berkata...

saya nak 1 pek kak

Tanpa Nama berkata...

salam saya nak 1 pek iswatul.ismail@moe.gov.my

TukangKebun berkata...

Simpankan untuk Kertinah dan iswatul.

Total 9pack.

dyana nadia berkata...

Salam,awk ad bekalkn buah petola ni x?sy nk beli dalam kuantiti yg bnyk utk projek thun akhir sy..cm mane sy blh cntact awk?

TukangKebun berkata...

Dyana Nadia~ You mean buah petola kan? Yang muda atau yang dah kering? Hantar email ke (kebunkmg@gmail.com)