No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 20 Januari 2013

Biji Benih Asin Asin

 Comel pula tengok biji buah asin-asin atau dikenali dengan cekur manis ni terbelah keluar dari buahnya. Sayur cekur manis kegemaran mama tukang kebun. Setiap kali balik ke negeri asalnya mesti selalu beli sayur ni. Mula-mula tukang kebun masa kecil bila dah mula kena menolong di dapur hairan juga tengok sayur ni sebab dekat Semenanjung mama tak pernah pula beli sayur ini. Sampai sekarang juga tidak pernah kami beli sayur ini di tanah Semenanjung. Mama tukang kebun kebiasaannya masak simple sahaja dengan sayur ini goreng dengan telur je pun dah menjilat jari.
 Pokok-pokok asin asin di rumah dah tinggi-tinggi lebih 2 meter pun ada. Nak ambil yang pucuk mudanya pun tukang kebun terpaksa memanjat atas para kayu.
 Buah asin asin rupanya versi mini buah manggis berkulit warna putih. Buah yang dah nak tua biji benih didalamnya boleh dilihat kesan lekuk pada badan buah asin asin.
 Pokok asin asin boleh ditanam melalui keratan batang. Tapi tukang kebun perhatikan pokok asin asin ni mudah dijangkiti serangan leaf miner. Kalau ditanam dengan keratan sakit leaf miner itu mudah dibawa sekali. Pokok baru dari keratan pun pokoknya cepat berbuah jika tidak dituai selalu.  Sudah lama nak cuba tumbuh pokok baru melalui biji benih asin asin sebab dah tak nak pakai klon ibunya lagi untuk suka-suka. Dah berapa kali biji benihnya disimpan dalam poket setiap kali nampak tapi tak tertanam. Jadi minggu ini tukang kebun berkesempatan tanam biji benihnya cuma jangan ku lupa nak siram sahaja. Segan pula nampak tapak tangan kasar sendiri. 

10 ulasan:

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Cantik pulak buah manggis putih ni ya! Mak Aji panggil pokok ni pucuk manis dan biasanya dimasak rebus bersama-sama keledek, letak isi ikan dan lada hitam, ditemankan dengan ikan goreng, sambal belacan!

nadia rashid berkata...

lamada tak tgk pokok cekur ni...buah dia seakan manggis.tp size cute!..daun dulu nenek sy suka taruk dalam sayur masak lemak

cikmanggis berkata...

Makcik suka masak cekur manis ni.masak lemak dgn keledek....baru semai melaui keratan.harap harap tumbuh dgn bergayanya.Insyallah akhir thn dpn bila pakcik pencen akan dibawa bersama sama ke rimah kami fi Nilai.

Hehe tapak tgn yng sungguh berjasa ni ;)

Sean L berkata...

Wah comel betul buah cekur manis, first time tengok. Kalau makan pan mee, mesti kena ada pucuk/sayur manis nih.

ejaMaria berkata...

kita biasanya buat masak air letak keledek je...
yg ada kat rumah ni... benih dia dah jatuh bersepah-sepah... tumbuh sendiri... penuh dah tepi rumah dgn pokok pucuk manis ni...

sm forestgarden berkata...

Assalam diana,
pokok ini jenis lasak ,mudah biak dengan bijibenih,sedap masak lemak putih.

eithusa berkata...

salam diana :)
firts time tgk isi buah ni, dulu mase kecik selalu petik buat main masak2 hehe..
sayur pucuk manis ni menu kesukaan family sy :) biasa masak lemak putih+keledek dan letak rencah isi ikan cencaru bakar pastu gandingkan dgn sambal tumis ikan bilis, kompon 2x sy mkn tambah nasi hehe...

TukangKebun berkata...

Ummu Madihah~ Mak Aji selalu pakai isi ikan apa untuk rebus bersama keledek?

Nadia~Ya buahnya seakan manggis tapi isi dalam nya lain.

CikManggis~Keledek tak besar lagi. Kalau dah besar nanti InsyaAllah akan dibuat masak lemak dengan keledek. Mudah tumbuh dari keratan. Bulan lepas yang saya tanam dari keratan pun dah mula naik.

Sean~Oh pan mee pun pakai pucuk manis ya.

EjaMaria~Itulah saya rasa dekat rumah ni pun banyak tumbuh sendiri sebab nampak ada yang jauh dari pagar.

SM Forestgarden~Dekat rumah ni jarang masak lemak putih atau bersantan sebenarnya sebab mama tukang kebun control pemakanan papa...hehehe...

Eithusa~Ah betul syok buahnya buat main masak-masak.Oh kalau style makan gitu mesti bertambah-tambah.

Sean L berkata...

Yup, if want to have a nice sweet taste to the soup, ikan bilis kena cukup and pucuk manis kena ada, baru best!

TukangKebun berkata...

Sean~ Bunyi heaven combination ikan bilis dan pucuk manis :).