No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 10 Januari 2013

Mekar Merah Oriental Lilium

 Gembiranya hati tukang kebun minggu ini setelah melihat akhirnya bulb Oriental lilium yang ditanam pertengahan bulan November yang lalu kembang mekar di dalam taman. Walaupun beberapa hari ni kurang sihat badan tapi gagahkan diri juga keluar sekejap-kejap nak melihatnya bagaikan orang mabuk bercinta...hehehehe...sebab tidaklah letak harapan tinggi dan banyak accident berlaku dalam pertumbuhannya dan tiada dapat dijaga dengan baik sebab banyak kerja lain perlu diuruskan. Jadilah terbiarlah pokoknya sehingga bunga pertamanya pun tukang kebun tak perasan kalau bukan hubby yang beritahu.
 Terlampau lama tukang kebun simpan dalam tandas bulb Oriental lilium ini di Adelaide untuk elakkannya dari kering sebelum dapat di bawa pulang sehingga begitu sukar untuk dileraikan satu persatu bulb tersebut sebab berselirat masing-masing sudah bercambah. Lihatlah betapa banyak sudah pertumbuhannya sehingga bulb tersebut dah lebih besar dari penumbuk tukang kebun (sebab tukang kebun tidak dapat berkongsi bersama). 2 bulb yang berwarna putih di dalam kertas coklat itu ialah asal bulb LA Hybrid Lilium Indian Diamond yang ada tukang kebun tanam lalu, alhamdulillah tumbuh juga.
 Setelah tukang kebun tanam bulb dan timbus sehingga pangkal daun yang pertama, hari demi hari bertukar ke warna hijau selepas mendapat cahaya matahari. 
 Kecil sahaja pada permulaan saiz putik bunga Oriental lilium ini. Ambil beberapa minggu juga menunggu putik-putik ini besar sehingga ke saiz gambar bawah.
 Ketika ini tidak menunjukkan tanda warna apa bunganya...tetapi apabila putik ini bersedia untuk berkembang bileh teka sudah apa warnanya.
 Bunga pertama Oriental Lilium yang mekar semasa sedang hujan...uhuks kesian tengok. Tukang kebun pun redah hujan nak ambil gambar.
 Kesian yang ini pun kena mandi hujan lebat.
 Kelopak bunga saiznya boleh tahan besar juga.
 Disebabkannya tumbuh tinggi bagi support dengan pelepah sekejap nanti tersembam ke bumi. Belakang gambar yang ada bentuk "heart" pun ada lagi pokok bunga Oriental Lilium sedang mekar.

 Komen minggu ini lambat sedikit reply ya sebab nak selesaikan projek tanam bulb-bulb baru yang sampai.

17 ulasan:

Ummu Madihah berkata...

Salam,

Masyaallah cantik sungguh bunga ni!

nadia rashid berkata...

cantik nya...nak tanya pokok2 jenis bulb ni semua tahan panas kan..mcm nak tanam sepanjang pagar tepi rumah je

aida_aminshah berkata...

Memang cantik sangat Diana...mustahil tak jatuh cinta kalau tgk bunga mcm ni =)) btw barang dah sampai..tq Diana!

hijaudaun berkata...

wah cantiknya.

TukangKebun berkata...

Salam Ummu Madihah, hijaudaun ~ Hati berbunga-bunga melihat kecantikan bunga ini, baunya pun harum walaupun hidung agak tersumbat kerana selsema.

Nadia~ Nak kena well-drained soil, kalau tanah terlampau basah nanti bulbnya mudah reput. Alhamdulillah setakat ini ok je bunga ni dengan cuaca sekarang.

Aida~Syukur alhamdulillah barangnya dah sampai.

Tanpa Nama berkata...

cantik sekali warnanye..mesti semerbak baunye....-k.haslinda..

Zieta green berkata...

wow! cantiknya bunga dia ni...:)
lilium yg saya tanam dah saya pindahkan ke bawah pokok sejuk sikit. hari tu d tengah taman panas sangat kali tu lah pertumbuhan terbantut...daripada 3 bulb termasuk 1 bulb saja yang sempurna..yang dua lagi tu dah kojol! sakit hati tingu o....

TukangKebun berkata...

Kak Haslinda~ Tukang tanamnya hidung tersumbat pula tapi ada juga baunya masuk hehehe....

Ivy~Kenapa kojol? Ada binatang makan ke?

gardener berkata...

Cantiknya, saya ada tanam tahun lepas tapi lepas tumbuh 5 cm dah tak nak membesar pulak dia, akhirnya mati tak sempat nak berbunga.
Tahun ni tunggu bulbs yg saya order sampai.

Zieta green berkata...

sang semut lah yg suka betul kacau tanam ni...2 daripada 3 bulb hari tu tumbuh dengan baik tapi yg satu tu tiba2 ja kojol sebab semut berumah dibawah batang lilium tersebut....mudah2an yg tinggal tu tidak diusik oleh sang semut lagi (sudah pindah rumah baru)....
harap2 menjadi lah...

Mabeles eGojez berkata...

As Salaam...
Saya nak beli benih semua jenis lilium yang Puan ada..., boleh? Cantik cantik nya... nak matahari ke teduh?

Mabeles eGojez berkata...

As Salaam.
Saya berminat nak beli benih benih lilium yang ada dan Sundal Malam juga. Ada stok ke? Penjagaan nya bagaimana?Tempat teduh ke?

TukangKebun berkata...

Gardener~ Good Luck, senang tumbuh InsyaAllah.

Ivy~ Semut pun tidak mau mengalah pula kena cari tempat baru kan.

Mabeles eGojez~Bulan ni dan bulan depan saya belum buka lagi untuk jualan lilium. Saya tengah set up dulu kebun saya dan projek propagation anak-anak baru lilium. Lilium nak matahari.

ct aju berkata...

cantiknya bunga lily ni...

TukangKebun berkata...

CT Aju~ Memang mengasyikkan :).

Mabeles eGojez berkata...

Saya nak beli.... Jangan lupa info saya nanti ya.

TukangKebun berkata...

Mabeles eGojez~ InsyaAllah bila ada dan saya akan buat posting bila dah available.