No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 28 Februari 2013

Port Cambahan French Parsley

Chervil Seedlings New Tap

  Jika ada air pair yang ada leaking sikit semasa dipakai bolehlah letak bekas semaian di sebelahnya untuk mencambahkan biji benih yang perlukan banyak moisture seperti keluarga Apiaceae. Keluarga apiaceae yang terdiri dari carrot, parsley, celery, coriander mengambil masa purata bercambah 2 ke 3 minggu dan success cambahan banyak bergantung kepada moisture tanah. Tukang kebun letak pasu yang mengandungi biji-biji benih French Parsley atau dikenali juga sebagai chervil bersebelahan dengan paip air ini. Jadi bila sesiapa cuci tangan, siram kereta atau pakai paip ini untuk kegunaan lain, air yang mengalir dari celah-celah paip akan masuk ke dalam pasu. Jadi kalau lupa nak siram pun, tersiram juga kan. Syukur alhamdulillah nak dekat 2 minggu bercambah juga biji benih French parsley sampai tukang kebun pun lupa ada pasu semaian yang perlu disiram sampai nampak ada biji-biji benih yang telah bercambah.

Rabu, 27 Februari 2013

Golden Nugget Cape Gooseberry mula berbunga

Golden Nugget Cape Gooseberry Bloom

  Ramai yang teragak-teragak sama ada cape gooseberry boleh hidup dengan cuaca tanahair kita ini atau tidak. Jadi tukang kebun tak perlu nak type apa-apa dan jadikanlah gambar sebagai penjelasan. Bulan Disember setelah terjumpa buah cape gooseberry yang tukang kebun selit dalam kotak dibawa dari Adelaide, yang lebihan macam tak berapa elok sebab buahnya dah kecut hitam tukang kebun campak biji benihnya dalam pasu yang mengandungi pokok-pokok strawberry. Tukang kebun sebenarnya tak sedar yang ada sepokok cape gooseberry sihat tumbuh di celah-celah pokok-pokok strawberry di depan dapur. Sekarang bila teringat mesti ada yang tukang kebun cabut ingat weed opppsss…sebab lupa ada campak biji benihnya di situ.  Bila dah sedar rupanya dah tinggi pokoknya.
Cape gooseberry strawberry

Projek nak pindahkannya asyik tergendala sahaja. Sekali terkejut tengok dah berbunga pokok cape gooseberry golden nugget tersebut. Hajat nak pindahkan terpaksa dibatalkan dan biar sahajalah di situ memandangkan pokok-pokok strawberry pun macam selesa sahaja bersamanya mungkin dapat menolong memberi teduhan bila masuk musim panas kemarau nanti.
Golden Nugget Cape Gooseberry and Strawberry

Sebenarnya tukang kebun tidak sangka dalam masa 2 bulan lebih sudah mula berbunga pokok cape gooseberry yang ditanam di Sungai Buloh ini. Di kebun lama Adelaide tukang kebun tunggu setengah tahun lebih baru nak berbunga. Semoga selamat buahnya dan tak sabar nak tengok gelagat tukang-tukang kebun kecil nak tunggu buahnya ranum. Pokok cape gooseberry ni mungkin selamat sikit dari si ayam mutiara sebab menghadap dapur.

Selasa, 26 Februari 2013

Manisnya Alpine

Alpine Strawberry

  Minggu lepas boleh dikatakan setiap minggu hujan dan cuaca tak beberapa panas boleh dikatakan nyaman membuat kerja luar. Pokok alpine strawberry pun teruja untuk berbunga kembali. Ada jugalah buahnya tapi boleh dikira dengan jari sekali sebab pokok-pokoknya belum banyak lagi tak semewah di kebun lama. Dapatlah juga tukang kebun Rayyan dan Ilhan lepaskan rasa rindunya makan alpine strawberry sekejap. Pokok alpine strawberry ni kena rajin buang daun yang dah tua untuk pokoknya rajin berbunga. Bila dibuangnya selalu daun yang dah tua , anak daun-daun yang baru akan tumbuh seperti di dalam gambar dan InsyaAllah bagi bunga untuk berbuah lagi.
Alpine strawberry bunga

 Tukang kebun tidak tawarkan biji benih alpine strawberry lagi dalam tahun 2013 ini sebab buahnya untuk anak-anak seperti yang telah tukang kebun jelaskan semasa mengambil pesanan alpine strawberry untuk posting tawaran pertama alpine strawberry dahulu. Bila kami kembali ke tanah air, kami nak cuba tanam banyak pokok alpine strawberry untuk tukang-tukang kebun kecil kami sebab kami cuba amalkan makan apa yang dalam musim kebun kami.  Kalau ada tiba-tiba dalam senarai biji benih pun sebab mungkin dengan tidak sengajanya tukang kebun atau anak-anak ada terlepas pandang jadi adalah benihnya untuk dikumpul.  Tukang kebun tiada ambil reservation untuk alpine strawberry siapa ternampak dahulu dalam senarai, rezeki gardener itulah kalau berminat.

 Kalau keratan batang mulberry InsyaAllah bulan March atau April akan datang ini akan tukang kebun dapat tawarkan. Sekiranya ada yang berminat atau nak cop dulu keratan mulberry bolehlah tinggalkan komen di kotak bawah. Tukang kebun baru minggu lepas propagate keratan batang-batang mulberry sikit je bulan ni dalam bekas sebagai permulaan.

 Gardener-gardener yang telah lama berkenalan dan mengikuti blog kami dari Kebun Malay-Kadazan Girls dan hinggalah permulaan Kebun Bahagia Bersama, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan understanding yang diberikan untuk kami sehinggalah sekarang. Mungkin ramai gardener yang baru berkenalan tidak tahu yang banyak biji benih dikumpul adalah dari kebun kami sendiri seperti biji benih alpine strawberry, jadi stoknya ikut mood tukang-tukang kebun dan rezeki dari kebun. Disebabkan begitu jua dengan biji-biji benih yang lain kadangkala tiada tukang kebun masukkan stoknya kembali atau banyak jenis-jenis baru yang masuk sebab tukang kebun suka mencuba pelbagai jenis benda yang baru. Mengumpul biji benih adalah satu hobi tukang kebun. Sambil tengok anime duduk berehat dengan kemas biji-biji benih. Kalau biji benih yang bersaiz besar kadang kala tukang-tukang kebun kecil yang tolong kemaskan atau tolong packing. Rasa seronok memerhatikan mereka faham apakah makna “seeds” itu dan bagaimana “seeds” itu akan berubah menjadi sumber makanan kita. Lega hati ini anak-anak tahu yang kacang pea bukan keluar dapat dari dalam freezer atau sayur-sayur bukan tumbuh dari atas rak supermarket.

Isnin, 25 Februari 2013

Kelapa Tua untuk Santan (wholesale)


Coconut Old

  Setiap minggu rasanya banyak kali trip nak dibuat dengan wheel barrow  untuk mengutip kelapa-kelapa tua jatuh di keliling rumah yang kalau tak dikutip jadi nampak serabut pula jika tidak dikumpulkan pada satu tempat. Tukang-tukang kebun pula jenis jarang memasak masakan yang memakai santan paling banyak pun satu atau dua kali seminggu. Oleh itu, kalau ada sesiapa yang nak buat kenduri kendara atau ada perniagaan catering atau restoran bolehlah dapatkan kelapa tua untuk dibuat santan dengan tukang kebun di Kebun Bahagia Bersama ya.
Coconut chicken food

Kelapa tua yang banyak kadang kala dibelah untuk diberikan kepada binatang perliharaan untuk makan. Isi kelapanya pun tebal. Bila dimesin isinya satu kelapa boleh dapat banyak parutan isinya. Jualan kelapa tua akan dimasukkan ke tabung bekalan makanan binatang perliharaan. Tukang kebun ingat nak beli ayam ataupun itik telur lagi.
Duckies

50 sen satu kelapa tua.
Sekiranya yang dah siap parut sebiji kelapa tambah upah 50sen (setelah pesanan diterima in advance dan setelah upah diterima).

Penghantaran boleh dibuat kurang 5 km dari Kebun Bahagia Bersama dengan caj penghantaran RM5 flat delivery cost untuk jumlah belian di Kebun Bahagia Bersama lebih RM25.

Untuk maklumat selanjutnya email (kebunkmg@gmail.com).

Ahad, 24 Februari 2013

Tiny Tiny Tiny Moulin Rouge

Sunflower Moulin Rouge

Tukang kebun kalau tiada pokok bunga matahari tumbuh dalam kebun sendiri macam rasa ada serba kekurangan. Semenjak terjebak dalam dunia gardening ini sepanjang tahun mesti ada pokok-pokok bunga matahari di kebun sedang membesar walaupun bukan berbunga setiap bulan. Sejak pulang ke tanah air baru kesempatan nak cuba menanam bunga matahari yang bunganya berwarna coklat yang namanya ialah ‘Moulin Rouge’. Dah lama simpan benihnya baru terjumpa kembali di dalam simpanan persendirian tukang kebun. Pokok bunga matahari ‘Moulin Rouge’ berbanding dengan pokok bunga matahari yang pernah tukang kebun cuba tanam adalah jenis yang sederhana kecil dan tidaklah seberapa tinggi. Tetapi disebabkan tergopoh-gapah dan tak sabar nak menanam tanpa menilai lokasi yang dipilih dahulu, kali ni terpaksa diabaikan lokasi yang telah mula-mula kami tanam biji benih Moulin Rouge. Jadi terbiar sahaja pokok-pokok bunga matahari Moulin Rouge di lokasi terabai tersebut semasa musim monsoon kerap rebah mencium tanah akibat hujan lebat serta banyak yang patah rantingnya.
Sunflower moulin rouge blooming up

Akhirnya tanpa disedari ada satu pokok bunga matahari ‘Moulin Rouge’ yang tingginya pun cuma anggaran 2 kaki menunjukkan tanda-tanda nak kembang di celah semak. Nampak pun macam tak menjadi sahaja kembangnya pada awalnya.
Sunflower opening bloom

Lokasi yang telah diabaikan sebab masalah tanah yang tidak subur dan serangan semut-semut. Kesilapan tukang kebun tidak gemburkan tanah dan letak kompos/baja sebelum menanam.
Blue Jade Corn

Perbezaan ketara walaupun jarak tidak jauh antara lokasi yang terabai dan raised bed. Kawasan terabai pokok-pokoknya lenyap dimakan oleh semut dan serangga agaknya serta pokok-pokok di situ pertumbuhan terbantut. Walaupun projek lokasi itu diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja, syukur alhamdulillah ada juga rezeki ‘Sneak Preview’ bagaimana rupa Si Moulin Rouge ni dicelah semak. Wah sangat teruja moga yang sedang tumbuh di lokasi lain akan tumbuh dengan sihat walfiat dan memberikan bunga.
Nasib baik kembang sepenuhnya dapat cuci mata.
Sunflower tiny moulin rouge

Syukur alhamdulillah rezeki lagi apabila yang lebih kecil dari bunga atas kembang juga dan warnanya lebih coklat gelap. Cuba perhati bukan saya sahaja peminat bunga matahari ini tapi Pak Belalang (dekat dengan watermark) pun tumpang dalam sesi photo shoot ini.
Helianthus Moulin Rouge
Sentiasa berhati-hati bagi mendapatkan baka open-pollinated/heirloom bunga matahari yang tulen pastikan hanya satu jenis bunga matahari sahaja yang tumbuh atau kembang pada satu ketika. Ini untuk mengelakkan dari ‘cross pollination’.

Sabtu, 23 Februari 2013

Shipment untuk FEB ready

Rose Geranium

  Pesanan biji-biji benih/anak pokok untuk bulan February sudah ready untuk shipment. Gardener-gardener yang ada membuat pesanan dan belum menerima email dari tukang kebun, bolehlah hantar email kepada tukang kebun mengenai pesanan biji benih yang telah dibuat. Bagi penghantaran dan transaksi yang complete di antara 23hb February 2013 hingga 28hb February 2013 dengan pesanan melebihi RM15 secara automatik menerima biji benih bunga geranium seperti gambar di atas. Sekiranya ada pesanan biji benih yang masih dalam simpanan tukang kebun sudah reserve sebulan lebih dari bulan January/December, tukang kebun akan kembalikan stoknya kepada umum bila masuk bulan Mac untuk beri peluang kepada gardener-gardener lain.

Jumaat, 22 Februari 2013

Asian Carrot ~ ‘Kuroda’ Carrot


 Carrot Kuroda lebih dikenali sebagai Asian carrot mungkin sebab kesesuaian carrot ini tumbuh di kawasan Asia yang berkelembapan tinggi dan cuaca panas. Carrot ini sesuai ditanam dengan cuaca di negara kita. Tukang kebun pernah cuba semai biji benih carrot Kuroda di pertengahan musim panas dan kering di Adelaide kiranya musim paling peak panaslah. Syukur alhamdulillah berbanding dengan carrot jenis lain carrot kuroda peratusan percambahannya paling baik walaupun mengambil masa 3 minggu untuk menunggu dengan siraman 2 kali sehari di waktu pagi dan lewat petang pada musim panas dan kering. Selalunya bila semai biji carrot dengan cara biasa direct sowing dan timbus dengan tanah di mana-mana bulan tidak kira panas atau sejuk di kebun lama Adelaide, purata menunggu biji benih carrot bercambah adalah 2~3minggu. Tidak semestinya cuaca sejuk senang carrot nak tumbuh, bagi pengalaman tukang kebun hasil carrot musim panas dan musim sejuk sama sahaja ikut jenis-jenis carrot yang ditanam. Yang penting cukup air dan tanah tidak kering serta nak kena hati-hati dengan nisbah nutrient baja.
 Tukang kebun terkejut sejak balik ni pula, dari bulan December dan February bila semai biji benih carrot new kuroda rasa luar biasa pula tengok percambahannya dalam anggaran seminggu dah bercambah  speeding percambahan carrot Kuroda di sini. Tambahan pula tukang kebun tidak siram pun cuma harapkan hujan, kalau hari tiada hujan pun ku biarkan sahaja sampai hujan turun. Bila tukang kebun fikirkan sebab negara kita kelembapan tinggi jadi moisture tanah tidak cepat kering dan tanah cukup basah untuk biji benih carrot tersebut bercambah ketika masih ada musim hujan di lembah Klang ini. Dekat tanahair kita ni bila hujan lebat turun satu baldi pun cepat sahaja penuh. Dekat Adelaide kalau hujan turun dapat 5mm dalam tanah basah pun dah kira untung.
Ini percambahan biji benih sama batch yang ditawarkan kali ini secara kaedah direct sowing di atas raised bed yang dikelilingi jaring besi. Ini baru pertama kali tukang kebun tengok ada berapa yang bercambah sebab ‘weed’ pun dah tinggi sampai melindungi anak-anak pokok carrot yang berjaya tumbuh sendiri hingga hari ambil gambar ni baru siap weeding raised bed ini cepat-cepat sementara Baby Abby in good mood lagi.
New Kuroda carrot seedlings

Sebenarnya atas raise bed yang carrot Kuroda sedang tumbuh ini, tukang kebun ada semai long scarlet radish juga. Kalau baca buku gardening banyak yang syorkan tanam radish jenis kecil antara carrot untuk menjimatkan ruang memandangkan radish jenis-jenis ini pertumbuhannya cepat untuk dituai. Tapi ada satu sebab kenapa tukang kebun tanam radish pada raise bed ini juga setelah kerap menerima banyak pertanyaan:  Kenapa radish ataupun carrot yang ditanam lama tapi tidak berisi?
Raise bed ini baru mula ditanam atau dipindahkan anak-anak pokok dalam masa 3 minggu. Minggu ini tukang kebun dah nampak beberapa long scarlet radish akarnya mula berisi dan telah tukang kebun cabut 2 akar radish keluar dan bersyukur ada sudah pertumbuhan akarnya setengah saiz dari besar average walaupun muda lagi. Ini dapat melegakan diri sedikit dan meyakinkan kandungan nisbah nutrient tanah adalah bersesuaian untuk jenis tanaman yang dituai akarnya seperti radish dan carrot. Tanaman jenis ini juga memerlukan pancaran matahari yang cukup. Sekiranya nisbah nitrogen terlampau banyak, tanaman radish dan carrot akan nampaklah subur sebab daunnya banyak tapi proses pertumbuhan akarnya akan terbantut sebab pokoknya banyak fokus bagi daun sahaja. Atas raise bed tersebut digemburkan dengan tahi kambing dan baja kompos organik.
Carrot Watermelom

Tukang kebun dulu pernah juga tanam carrot kuroda dan pokok tembikai seperti di atas bila belek-belek gambar archives lama.
~ Biji benih New Kuroda Carrot ~
RM3.00 satu pek dengan anggaran 100 biji benih.
STOK ADA.

Khamis, 21 Februari 2013

Basil Sweet Genovese


Sweet Basil

Biji Benih Sweet Basil yang baru bercambah.
Antara jenis daun sweet basil, jenis Sweet Basil Genovese yang menjadi pilihan popular untuk membuat pesto yang kadang kala digunakan sebagai sos yang sihat untuk dinikmati masak bersama  pasta. Setiap hari bila tengok pokok-pokok sweet basil berangan-angan bilalah cukup daun nak ambik buat pesto Winking smile.

~ Biji benih Sweet Basil Genovese ~
Stok Ada.
RM3.00 satu pek dengan anggaran 50 biji benih.

Rabu, 20 Februari 2013

Anak Pokok Katak Puru

Nam Nam fruit

Pokok katak puru atau juga dikenali dengan Nam Nam adalah pokok nadir tanahair kita. Buahnya bila ranum bertukar ke arah warna hijau kekuningan dan boleh dipicit-picit lembut sedikit berbanding dengan yang masih muda lagi. Buahnya bila masak rasa masam-masam manis. Teringat ketika baru sahaja berkahwin menghadiri kenduri kahwin kawan tukang kebun di Seremban akan hidangan lauk masak lemak daging salai dan mangga pada 5 tahun yang lalu, tukang kebun mendapat ilham untuk masak buah katak puru yang sudah ranum atau separuh masak dengan masak lemak cili api. Teramatlah sesuai memang tambah nasi. Kenalan yang meninggalkan komen dalam posting buah katak puru di Kebun Malay-Kadazan Girls blog yang sedap juga dibuat jeruk. Tukang kebun rasa mesti banyak masakan kampung kita yang sesuai untuk digandingkan dengan buah katak puru ini mengikut citarasa kita. Masak buah katak puru style assam pedas atau kari belum lagi tukang kebun cuba. Walaupun kebiasaannya buah katak puru ini dimakan begitu sahaja atau cicah dengan colek atau kuah rojak.
Nam Nam fruiting

Beginilah rupa bagaimana pokok katak puru berbuah. Untung pokok nadir katak puru berbuah sepanjang tahun. Tukang kebun perhatikan buah katak puru yang masak kadang kala kalau terlupa nak ambil dah nampak buahnya sudah digigit oleh si tupai. Sehinggakan bersepah-sepah anak pokok katak puru berdekatan dengan pokok asalnya. Minggu ni tukang kebun pun terkejut apabila terjumpa pokok nam nam tumbuh sendiri nak dekat setengah meter tumbuh di kawasan teduh pergola dalam pasu yang tidak beberapa menerima cahaya matahari.
Nam Nam Tree

Pokok katak puru adalah jenis pokok yang rendang dan tingginya cuma 2~3 meter sahaja. Tetapi rasanya jika rajin trimming pokok katak puru seakan bonsai atau compact tidak memakan kawasan yang banyak. Sekiranya ada kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari bolehlah cuba untuk menanam pokok katak puru di situ. Jika duduk di kawasan perumahan rumah teres boleh tanam pokok katak puru di luar depan pagar rumah yang kadang kala ada ruang tanah sedikit untuk privacy. Akar pokok katak puru adalah jenis akar tunjang yang panjang dan kuat kurang serabutnya setelah banyak kali tukang kebun cuba alihkan anak-anak pokok katak puru yang salah ambil port. Berpeluh jugalah nak keluarkan sambil crouching tiger terduduk dibuatnya nak keluarkan anak-anak pokok disebabkan akarnya yang sangat dalam. Padahal anak-anak pokok katak puru yang dah agak besar tiada akar bercabang pun cuma satu akar yang sangat panjang dan sedikit akar rerambut yang halus sahaja. Untuk contoh yang mudah, tukang kebun tunjukkan anak pokok baby katak puru yang baru sahaja mengeluarkan pucuknya dalam seminggu, lihatlah betapa panjang sudah akar biji yang baru sahaja bercambah ini. Pindahkan anak pokok durian yang berumur sebulan lebih lagi senang.
Nam Nam sprouted seedling

  Tawaran anak-anak pokok katak puru dari tukang-tukang kebun adalah yang tumbuh dari biji buah dan bukan grafting atau keratan. Oleh itu, dasar pokok ini lebih kuat dan tidak mudah tumbang. Anak-anak pokok dihantar dalam bekas yang di recycle. Hati-hati dengan akar pokok katak puru yang panjang semasa melakukan pemindahan. Pemindahan pokok katak puru elok dilalukan pada waktu petang dan bukan pada hari yang panas. Semasa sampai anak pokok katak puru ke destinasinya, keluarkan anak pokok katak puru letak di tempat teduh dan siram. 
NamNam seedlings

1 anak pokok katak puru (RM10) + kos penghantaran (RM10) = RM20

Anak-anak pokok akan dihantar melalui Pos Laju dan pada hari Isnin/Selasa sahaja.

Pembayaran boleh dilakukan melalui Bank CIMB, RHB atau Maybank.

Selasa, 19 Februari 2013

Curly Parsley

Parsley herb

Potongan setangkai curly parsley digemari oleh chef yang menyajikan masakan jenis pasta bersama-sama pasta. Kekadang sayang ada yang tidak gemar memakannya dan hanya makan pasta sahaja. Mungkin ingat sebagai hiasan sahaja . Tetapi sebenarnya parsley membantu sistem penghadaman manusia. Hirisan parsley dalam telur dadar mewangikan masakan telur dadar yang simple walaupun hanya telur dadar yang kosong bersama campuran hirisan parsley sahaja dapat membangkitkan selera.
Parsley Curly

Perbezaan daun curly parsley yang muda dan sudah tua ialah daun curly parsley yang tua warnanya hijau tua dan daunnya sudah tidak nampak begitu ropol seperti yang muda.
Parsley Afro

Ketika tidak banyak menggunakan daun pokok parsley elok selalu digunting daunnya supaya ianya rajin memberikan daun yang muda dan tidak cepat pokoknya jadi tua dengan menghasilkan tangkai yang akan mengeluarkan bunga.
Percambahan biji benih parsley mengambil masa anggaran 2~4minggu.
Stok biji benih Curly Parsley Ada.
RM3.00 satu pek dengan anggaran 50 biji benih.

Isnin, 18 Februari 2013

Forono Beet Root

Cylindrical beets
Beet root forono isinya berwarna merah tetapi berbentuk cylinder bukan bulat seperti yang biasa diperolehi di pasaraya. Ianya juga seperti berdarah semasa memotong akarnya. Beet root forono adalah yang di mana tukang kebun ada tunjuk dengan anak panah berwarna pink. Keluarga beet root mempunyai pelbagai jenis bentuk dan warna, satu keseronokkan menanam pelbagai jenis apabila dapat menuai hasilnya dengan serentak.
Cylindrical beets growing

Gambar ini menunjukkan beet root yang ditanam di atas jenis clay yang keras boleh nampak rekahan tanah yang terjadi apabila akar beet root makin membesar. Bila tanah keras akar beet root pun akan terkeluar dari permukaan tanah juga. Jangan risau beet root boleh hidup seperti tanah begini asalkan cukup keperluan airnya.
Forono seedlings
Biji benih Beet Root Forono yang sama batch dengan biji benih yang ditawarkan baru sahaja bercambah.
~Biji benih Beet Root Forono~
STOK HABIS
RM3.00 satu pek dengan anggaran 30 biji benih (Limited 1 pek for 1 gardener).

Rabu, 13 Februari 2013

Siaran tergendala

 Sejak cuti tahun baru Cina bermula tiada Internet line di rumah. Setelah buat report katanya maintainence sedang diadakan mungkin sampai sabtu.  Terpaksa menyepi seketika.

Selasa, 12 Februari 2013

Golden Beet

 Ubi golden beetroot adalah berlainan warna isinya dengan yang biasa kita nampak ubi beetroot di supermarket. Isinya berwarna emas kekuningan apabila dibelah dan tidak berdarah macam beetroot yang berisi warna merah. Jadi tak perlu risau kena tinggal kesan-kesan berwarna merah dan nak kena berhati-hati semasa menyediakannya. Salah satu perkara yang menyeronokkan tanam sayur sendiri ialah kita dapat merasa atau tanam sayur-sayur yang bukan komersil atau stereotype yang dijual di pasar.



Stok Terhad.
RM3.00 satu pek (Approximate 30seeds).
Limited 1 pek untuk 1 gardener.

Tinggalkan komen untuk pesanan bulan Februari 2013.
Kos penghantaran bagi pesanan di bawah RM15 pada bulan ini adalah RM2 dan pesanan lebih RM15 adalah RM5 (bagi pesanan biji benih sahaja).
Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.
Penghantaran adalah pada hari Isnin dan Khamis sahaja.

Isnin, 11 Februari 2013

Alyssum 'Pastel Carpet' Mixed

 Pokok bunga alyssum di kebun lama dulu hidup sepanjang tahun. Bila cuaca yang extreme ianya nampak macam nyawa-nyawa ikan nak mati tapi apabila cuaca yang normal kembali dan dipangkas ,pulih semangat pokok bunga alyssum. Tukang kebun dulu semai biji benihnya sekali sahaja dan semenjak itu tak perlu lagi semai biji benihnya lagi. Tumbuh dengan mudah dari biji-biji benih yang berguguran sendiri. Pokok bunga alyssum ini average tingginya lebih kurang 12~20cm. Cantik dalam rock garden ataupun dijadikan sebagai 'border'. Di dalam hanging basket dan digandingkan dengan tanaman kecil yang lain juga nampak menarik.  Biji benih alyssum sangat halus jadi kalau taburkan sahaja benihnya di tapak semaian pun boleh. Cuma berhati-hati tak hanyut biji benihnya dibawa air. Pokoknya sukakan si Matahari. Selalu dibuang bunga yang sudah layu supaya pokoknya rajin berbunga.



RM3.00 satu pek (Approximate 50 seeds).

Tinggalkan komen untuk pesanan bulan Februari 2013.
Kos penghantaran bagi pesanan di bawah RM15 pada bulan ini adalah RM2 dan pesanan lebih RM15 adalah RM5 (bagi pesanan biji benih sahaja).
Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.
Penghantaran adalah pada hari Isnin dan Khamis sahaja.

Ahad, 10 Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina (Tahun Ular)

Kelun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada gardeners yang menyambut perayaan ini. Semoga tahun ini kebun anda subur dan memberi pulangan yang banyak serta pemakanan yang baik begitu jua senaman dengan menggerakkan badan untuk bertanam menjamin kesihatan kita semua.
Akhirnya, minggu ni setelah lama menunggu bunga lotus ini berbunga dapatlah menceriakan seakan menyambut kedatangan Tahun Baru Cina. Sejak balik walaupun ianya memberi setangkai putik bunga setiap bulan ada sahaja halangan untuk melihat putiknya kembang. Baru-baru sahaja kembali dalam kesibukan tak dapat nak nikmati mekar bunganya bila perasan dah keguguran. Bila nampak kucup yang baru tungu-tunggunya mekar disebabkan hujan lebat patah pula tangkainya yang tinggi sebelum kembang bunganya. Tetapi akhirnya dapat juga tengok kembangan indah bunga lotus minggu Iini

 Tiada azam baru untuk tahun ular ni cuma tukang kebun harap urusan untuk dapatkan  segulung kertas tercapai sekiranya selesai urusan penulisan thesis. Tahun naga adalah tahun paling hitam bagi tukang kebun sampai tergolek dibuatnya dengan tamparan satu dugaan ke satu dugaan dari mulanya perjalanan untuk dapatkan segulung ijazah rasa kepala dan bahu ini makin berat memikul pelbagai perkara. Dalam 3 tahun lebih ni terasa kehidupan banyak dihabiskan di sekolah, hospital, rumah dan kebun sahaja. Semoga dapat pulih dari trauma perlahan-lahan seperti eepisode nak tengok bunga lotus sesangat.

Sabtu, 9 Februari 2013

Pink Stock 'Astral' CNY Sale


 Biji benih yang fresh untuk bunga berwarna pink 'Astral Stock' kembali lagi. Minggu ni bila ada masa terluang sambil melayan Abby girl tukang kebun sorting biji benih bunga berwarna pink 'Astral Stock' yang masih dalam kantung kacangnya yang telah kering. Antara sebab komen reply agak mengambil masa beberapa hari ini sebab tukang kebun sibuk tuai dan kemas biji-biji benih. Don't worry akan reply cuma lambat sikit. Sempena sambutan Tahun Baru Cina (untuk pesanan bulan February sahaja), dalam satu pek akan diisi lebih 100 biji benih yang sebelumnya cuma 50 biji benih sahaja. 

Nota penting untuk tanaman 'Astral Stock' ialah tanaman ini bahagia menerima banyak sunlight apabila well-established (dewasa). Di kawasan yang menerima separa matahari, bunganya tidak kembang meriah sangat berbanding pada lokasi menerima banyak cahaya matahari. Jangan lupa pangkas bunga yang dah layu supaya pokoknya rajin berbunga.


Drive Safe!

Stok Ada (Tukang kebun masih dalam proses kemas biji benihnya).
RM3.00 satu pek (Approximate 100 seeds).

Tinggalkan komen untuk pesanan bulan Februari 2013.
Kos penghantaran bagi pesanan di bawah RM15 pada bulan ini adalah RM2 dan pesanan lebih RM15 adalah RM5 (bagi pesanan biji benih sahaja).
Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.
Penghantaran adalah pada hari Isnin dan Khamis sahaja.

Jumaat, 8 Februari 2013

Yang sukakan keluarga Timun

 Hai sabar jelah menengok anak-anak dari keluarga Cucurbita diserang oleh serangga perosak ni. Daun anak-anak pokok timun, watermelon, labu dan zucchini yang muda menjadi mangsanya membuat pelbagai design sampai botak kadang kala. Kalau seekor tak pe lagi ni atas satu daun pun ada 2 ekor meratah dengan asyiknya.
 Mula-mula dikurungkan anak pokok Romanesco zucchini dalam pagar supaya ayam tak cakar-cakar tanah yang selalu menyebabkan anak pokok terputus dari akarnya. Bila selamat dari kemalangan ayam selalu buat, serangga perosak ini pula yang bersuka ria. Dah botak pun satu pokok Ramanesco Zucchini cuma yang 2 daun muda baru keluar sahaja belum disentuh. Cuma malas sahaja nak ambil gambarnya. Inilah dugaan berkebun. Tapi memandangkan tukang kebun memang tak praktik spray apa-apa racun mahupun spray organik, buat tak tahu sajalah tengok ada rezeki tukang-tukang kebun ke tidak nanti. Serangga ni pun dah bosan kejap lagi cari pokok yang lain. Think positive - Tak mengapalah pokoknya pun sedang membesar nanti tumbuhlah daun-daun yang baru sebagai pengganti.

Khamis, 7 Februari 2013

Lebanese Zucchini

 Lebanese zucchini atau juga dikenali dengan panggilan arabnya 'Koosa' berwarna hijau muda dan bentuknya bujur panjang. Zucchini berbuah dengan cepat berbanding dengan labu. Pokok zucchini jenis yang merumpun (bushy) dan bukan menjalar. Ianya berbuah di pusat pokoknya. Seperti labu mempunyai bunga jantan dan bunga betina. Bantuan si lebah perlu untuk pollination, ataupun sekiranya tiada banyak lebah di taman perlu menolong pollination manually. Pokoknya boleh memenuhi ruang satu meter persegi, jadi pastikan ada jarak di antara pokok 60~80cm. Seelok-eloknya tuai buahnya bila sebesar 15cm dan jangan biarkan terlampau besar yang muda lagi enak. Bunganya juga boleh makan dengan goreng tepung atau sumbat dengan cheese atau lain-lain. 



RM3.00 satu pek (Approximate 7 biji benih).

Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.
Boleh membuat pesanan dengan menghantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

Rabu, 6 Februari 2013

Purple Belle Sweet Capsicum

 Purple Belle Sweet Capsicum bersaiz sederhana dan berwarna ungu gelap. Sangat cantik dicampurkan dengan capsicum lain untuk salad atau masakan lain. 
Buahnya yang muda berwarna hijau dan akan bertukar ke warna ungu apabila ranum. 


RM3.00 satu pek (anggaran 15 biji benih).

Pesanan di (kebunkmg@gmail.com).
Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.

Selasa, 5 Februari 2013

Tigerella Tomato


Tomato jenis "Tigerella" berbelang kuning apabila buah merahnya ranum. Tomato jenis ini bersaiz sederhana berbanding dengan 2 jenis lagi tomato di gambar atas iaitu bersama sweet red cherry tomato dan tomato challengar. Oleh kerana belang di buahnya, tomato tigerella senang dibezakan dengan jenis tomato yang lain. Tomato tigerella juga menghasilkan buah tomato yang cepat berbanding dengan tomato lain. Tomato " Tigerella" adalah antara koleksi tomato "heirloom" dan bukan tomato hybrid. Benih bakanya boleh disimpan.


Boleh tumbuh dalam pasu.
Pokok-pokok tomato perlu ditanam dengan jarak di antara satu sama lain yang memberi kitaran pengudaran yang baik untuk mengurangkan risiko penyakit.

Tomato Tigerella yang muda berwarna hijau (masih boleh dikesan belangnya) dan bertukar ke warna merah apabila ranum.


Stok Ada.
RM3.00 satu pek (15 biji benih).


Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.
Penghantaran adalah pada hari Isnin sahaja.

Isnin, 4 Februari 2013

Roma Tomato

 Buah tomato jenis Roma kebiasaannya orang Italy suka buat tomato puree/paste untuk kuah Spagetthi atau pasta. Ada lebih boleh pakai untuk pizza juga. Tomato ini juga sesuai untuk buat home-made sos tomato bagi kegunaan di rumah.  Tomato Roma tidak mempunyai banyak biji dalam buahnya. Buah tomato Roma bentuknya lonjong macam telur. Kulitnya tebal jadi lebih tahan dengan panas.



Stok Ada.
RM3.00 satu pek (30 biji benih).

Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.

Ahad, 3 Februari 2013

Promosi Cherry Belle Radish

 Radish Cherry Belle ini cepat tumbuh akarnya. Sekadar peringatan elakkan guna baja yang bernitrogen tinggi seperti baja ayam. Nanti daunnya sahaja yang meriah tumbuh cepat. Daunnya juga boleh dimakan kalau suka. Elok direct-sowing terus di tapak tanam sebab pertumbuhannya cepat dan supaya tidak menggangu pertumbuhan akarnya. Tidak perlu bekas yang dalam sekadar 15 cm pun dah ok sebab akarnya tidak besar 2~3 cm elok sudah dituai. Sedap dihiris akar radish cherry belle untuk makan mentah di dalam campuran salad. 


Pesanan biji benih email (kebunkmg@gmail.com)