No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 20 Februari 2013

Anak Pokok Katak Puru

Nam Nam fruit

Pokok katak puru atau juga dikenali dengan Nam Nam adalah pokok nadir tanahair kita. Buahnya bila ranum bertukar ke arah warna hijau kekuningan dan boleh dipicit-picit lembut sedikit berbanding dengan yang masih muda lagi. Buahnya bila masak rasa masam-masam manis. Teringat ketika baru sahaja berkahwin menghadiri kenduri kahwin kawan tukang kebun di Seremban akan hidangan lauk masak lemak daging salai dan mangga pada 5 tahun yang lalu, tukang kebun mendapat ilham untuk masak buah katak puru yang sudah ranum atau separuh masak dengan masak lemak cili api. Teramatlah sesuai memang tambah nasi. Kenalan yang meninggalkan komen dalam posting buah katak puru di Kebun Malay-Kadazan Girls blog yang sedap juga dibuat jeruk. Tukang kebun rasa mesti banyak masakan kampung kita yang sesuai untuk digandingkan dengan buah katak puru ini mengikut citarasa kita. Masak buah katak puru style assam pedas atau kari belum lagi tukang kebun cuba. Walaupun kebiasaannya buah katak puru ini dimakan begitu sahaja atau cicah dengan colek atau kuah rojak.
Nam Nam fruiting

Beginilah rupa bagaimana pokok katak puru berbuah. Untung pokok nadir katak puru berbuah sepanjang tahun. Tukang kebun perhatikan buah katak puru yang masak kadang kala kalau terlupa nak ambil dah nampak buahnya sudah digigit oleh si tupai. Sehinggakan bersepah-sepah anak pokok katak puru berdekatan dengan pokok asalnya. Minggu ni tukang kebun pun terkejut apabila terjumpa pokok nam nam tumbuh sendiri nak dekat setengah meter tumbuh di kawasan teduh pergola dalam pasu yang tidak beberapa menerima cahaya matahari.
Nam Nam Tree

Pokok katak puru adalah jenis pokok yang rendang dan tingginya cuma 2~3 meter sahaja. Tetapi rasanya jika rajin trimming pokok katak puru seakan bonsai atau compact tidak memakan kawasan yang banyak. Sekiranya ada kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari bolehlah cuba untuk menanam pokok katak puru di situ. Jika duduk di kawasan perumahan rumah teres boleh tanam pokok katak puru di luar depan pagar rumah yang kadang kala ada ruang tanah sedikit untuk privacy. Akar pokok katak puru adalah jenis akar tunjang yang panjang dan kuat kurang serabutnya setelah banyak kali tukang kebun cuba alihkan anak-anak pokok katak puru yang salah ambil port. Berpeluh jugalah nak keluarkan sambil crouching tiger terduduk dibuatnya nak keluarkan anak-anak pokok disebabkan akarnya yang sangat dalam. Padahal anak-anak pokok katak puru yang dah agak besar tiada akar bercabang pun cuma satu akar yang sangat panjang dan sedikit akar rerambut yang halus sahaja. Untuk contoh yang mudah, tukang kebun tunjukkan anak pokok baby katak puru yang baru sahaja mengeluarkan pucuknya dalam seminggu, lihatlah betapa panjang sudah akar biji yang baru sahaja bercambah ini. Pindahkan anak pokok durian yang berumur sebulan lebih lagi senang.
Nam Nam sprouted seedling

  Tawaran anak-anak pokok katak puru dari tukang-tukang kebun adalah yang tumbuh dari biji buah dan bukan grafting atau keratan. Oleh itu, dasar pokok ini lebih kuat dan tidak mudah tumbang. Anak-anak pokok dihantar dalam bekas yang di recycle. Hati-hati dengan akar pokok katak puru yang panjang semasa melakukan pemindahan. Pemindahan pokok katak puru elok dilalukan pada waktu petang dan bukan pada hari yang panas. Semasa sampai anak pokok katak puru ke destinasinya, keluarkan anak pokok katak puru letak di tempat teduh dan siram. 
NamNam seedlings

1 anak pokok katak puru (RM10) + kos penghantaran (RM10) = RM20

Anak-anak pokok akan dihantar melalui Pos Laju dan pada hari Isnin/Selasa sahaja.

Pembayaran boleh dilakukan melalui Bank CIMB, RHB atau Maybank.

46 ulasan:

GO GREEN berkata...

Hi Diana, email you tu forgot to put the stock list attachment...

Unknown berkata...

Nak kene try buh dlm masakan jgk...dr dulu tau mkn mentah2 buat colek jer

Avia Mishat berkata...

salam diana..avia nak satu pokok yer..thanks.

cikmanggis berkata...

Diana makcik nk dua anak pokok katak puru.Nk tanam dpn rumah baru di nilai.dah ubah fikiran.tk jadi tanam mangga.nnt makcik emel alamat.pls kasi no akaun cimb ya

bonda berkata...

kbb, tbh benih yer, nak pokok nam2 ni jugak 1, bru nk risik2 diana, diana dh offer ok ler 2... linna_linn@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Thank you for the reminder Lynn,Tukang kebun ni masuk 3 anak makin nyanyuk.

Cubalah dalam masakan, asam pedas dan masak lemak cili apa campur namnam boleh tambah nasi 2 pinggan.

Avia~ Boleh.

Cikmanggis~Nanti kami tunggu dapur makcik berasap kembali.

Bonda~Sekarang ni perlahan-lahan tambah anak pokok dalam list. Banyak dalam pusat rawatan buat sementara waktu.

Unknown berkata...

salam, Diana masih ade LG ke anak pokok katak puru ni?

TukangKebun berkata...

RahsiaAnakuCheng~ Masih banyak stok anak pokok katak puru ni.

zaki berkata...

berapa lama pokok ni ambil masa untuk berbuah? Habitat dia mcm mana ? Sy nak beli 4 pokok.

TukangKebun berkata...

Zaki~ Agak-agak 7 ~ 12 tahun mengikut faktor kesuburan tanah, cahaya dan faktor-faktor lain. Kawasan tanah kami bekas sawah yang ditambak. Walaupun di bawah tanah banyak air, masih mampu hidup. Di kawasan separa cahaya matahari juga ia boleh hidup. Kami ada stok 4 pokok.

Unknown berkata...

salam saya nak juga anak pokok nie mcm mn caranya..

TukangKebun berkata...

Syaz Na ~ Boleh email (kebunkmg@gmail.com) untuk pesanan.

Unknown berkata...

Salam..sya nk tnya,ad jual x buah nam-nam nie..sya terputus bekalan,terdesak nak guna untuk buat kajian projek thun akhir..

Tanpa Nama berkata...

salam diana...xde jual ke buah katak ni...saya mengidam sangat nak mkan....

013-2213235

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Bukan musim buahnya sekarang.

ana berkata...

salam saya ana...nak tanye benih pokok nam-nam dengan belimbing besi ada tak?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ana,

Pokok nam nam dan belimbing besi ada stock. Untuk butiran boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

Shidi1973 berkata...

Saya berminat dgn anak pokok namnam ni boleh bg butiran ke asmashitoh@yahoo.com.my

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia shimacraftseni,

Sudah email butiran seperti email yang diberikan.
Ada stock anak pokok nam nam.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia shimacraftseni,

Sudah email butiran seperti email yang diberikan.
Ada stock anak pokok nam nam.

Tanpa Nama berkata...

Salam blh tau tk kt mana ada jual buah ni. Mengidam sgt2. Nk menanam kawasan rumah tk de tanah sbb duduk dalam taman perumahan. Blh tau tk kt mne ade jual atau klau tahan lama blh mohon utk post tk buah nya. Email saya ibuduitempire@gmail.com
terima kasih.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Buahnya baru nak membesar. Tiada yang ranum lagi.

Unknown berkata...

ten q

haz_amon berkata...

Hai...boleh tak nak beli anak pokok nam nam

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Haz_amon.

Anak pokok nam nam ada ready stock.
For further details email to (kebunkmg@gmail.com).

Tanpa Nama berkata...

Salam, buah nam nam ada yg ready stock untuk dijual tak ?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Buah nam nam semua dalam stage muda-muda lagi.
Jika anak pokok ada ready stock.

Tanpa Nama berkata...

boleh email detail pokok buah namnam at azhim19@gmail.com.. nak beli

Tanpa Nama berkata...

salam..pokok namnam ad jual lg? sy nk beli? wasep 0175157593

hatta berkata...

assalammualaikum...saya hatta..stock buah namnam ada tak? teringin sgt ni..kl takde sy nak beli anak pokoknya..boleh contact sy tak? 0123848987..kl tuan/puan boleh bagi no.contact sy boleh hubungi segera..terima kasih.

Unknown berkata...

Nak tnye la tukang kebun..sy ad tanam pkok nam nam ...tumbusaran dia mmg lmbt ek...sy rsau tkut mti je....ni da kt stahun tp tgi pn skit je...ad info lain..utk baja ke ap...

Unknown berkata...

Selain namnam ada buah apa lagi?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Koleksi Lagu dan Hatta,

Anak pokok nam nam ada semula limited stok.
Buahnya tak de bukan musim.

Salam Bahagia Dila Wan.

Pokok nam nam memang kebiasaannya pada permulaan pertumbuhannya nampak lambat sebab pokoknya lebih banyak fokus kepada pertumbuhan akar tunjangnya. Pokok nam nam biasanya akarnya cepat tumbuh dan panjang kalau dari semaian biji benih. Pokok nam nam yang dari semaian biji benih memang pokoknya kuat sebab akar tunjangnya dalam.
Bila akarnya dah banyak tumbuh, ada ketika tiba-tiba pesat pertumbuhan pokok bahagian atas yang kita nampak macam dahan dan daun.

Salam Bahagia Daus Mohd.

Selain nam nam ada pelbagai jenis buah-buahan yang dibekalkan dalam bentuk buah dan anak pokok.

Anak pokok boleh juga lihat dalam senarai page buah-buahan seperti link di bawah.

http://kebunbahagiabersama.blogspot.my/p/buah-buahan.html

Unknown berkata...

Saye nk ank pokok namnam ade lg x.. Pls whtapp 0194612521

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Abg You,

Anak pokok nam nam bulan ini tiada ready stock.

ziadnazri berkata...

salam, kalau ada anak pokok,tlg whatsapp saya, 0189442250

KekandAdinda berkata...

salam saya nak tanya buah namanam ada musim x isteri mengidam nak makan buah namnam...boleh sms atau wassup saya 0176549929

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ziadnazri.

Anak pokok katak puru ada 1 stock tinggal.
Boleh pesan ke (kebunkmg@gmail.com).

Salam Bahagia KekandAdinda.

Buah nam nam sedang bermusim bulan ini.
Boleh pesan ke (kebunkmg@gmail.com).

aishah_mine berkata...

Watapps sy 0194906103 berminat nk beli pokok buah nam nam

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aishah_mine,

untuk pesanan anak pokok buah nam nam boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

Unknown berkata...

Masih ada stok tak?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Anak pokok katak puru ada ready stock.
Boleh pesan ke email (kebunkmg@gmail.com)

AyyAD berkata...

Ada stok tak?

Unknown berkata...

Ada buah nam nam tak skrg ni

Tanpa Nama berkata...

Salam ada jual tak buah namnam utk bln 1 taon dpn..nk buat projek utk yg dah msk dan blm.

Unknown berkata...

Ada jual anak pokok katak puru lagi tak??