No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 1 Mac 2013

Musim Lebat Lemon ~ Pasar

Lemon Tree

Syukur Alhamdulillah rezeki melimpah dengan buah dari pokok-pokok lemon rumah yang umurnya pun dah belasan tahun mama tukang-tukang kebun tanam dengan tangannya sendiri. Dulu tiada selebat sekarang hingga pelbagai cara Tuan Kebun Bahagia Bersama nak kasi lumayan buah pokok lemonnya. Sejak bulan November tidak putus-putus bekalan buah lemon hingga sekarang. Entah tak tahu kenapa, minggu ni tengok lemon rasa pening pula sebab selang sehari dah nak kena pergi ambil sebelum banyak berlonggok bawah tanah. Waktu yang mengambilnya pun terhad sebab lepas tengahari selalu dah mula hujan. Kepala jadi panas agaknya sebab duduk lama menghadap pokok-pokok lemon. Sampai chef di rumah pun bising disuruh ambil pucuk keledak nak masak tapi tukang kutipnya tak balik-balik sebab kena distract tengok buah-buah lemon yang perlu dipetik. Lemon di atas jenis panjang lonjong buahnya selalu setangkai ada satu sahaja atau boleh sampai 2, 3biji satu tangkai.
Lemon Round Pointy Tip

Yang ini pula buah lemonnya bentuk bulat dan pointy di hujung buahnya. Satu tangkai/rumpunnya average ada 5 biji buah. Kadang-kadang sebab banyak sangat buah satu tangkai, rebah tangkainya ke bawah tanah seperti dalam gambar atas.

Sebelum itu, tukang kebun amat terkejut kerana menerima banyak email bertanyakan mengenai anak pokok lemon dalam minggu ini. Tahun ini tukang kebun tiada plan nak usik pokok-pokok lemon di rumah sebab mereka semua in a good mood…happy-happy jadi no touching the branch but just pick the fruits.

Untuk bulan March ini, tukang kebun fikir nak buat pasar online boleh tak?
Terima kasih kepada idea-idea dan sokongan yang berikan.

Memandangkan minggu ini buah lemon lumayan, tukang kebun nak ambil pesanan buah organik lemon. Bahan-bahan edibles di Kebun Bahagia Bersama tidak pernah disembur sebarang racun ataupun semburan racun organik. Yang pernah cium tanaman di rumah cuma air hujan atau kekadang serangga. Tukang kebun tak pernah siram dan baja pokok-pokok lemon semenjak mengambil alih tugas sebagai tukang kebun ‘Kebun Bahagia Bersama’.
Box

Tukang kebun akan membuat penghantaran menggunakan Pos Laju Malaysia Prepaid Box S yang boleh diisi sehingga 2 kg. Di dalamnya tukang kebun akan isi hasil-hasil tuaian pelbagai dari Kebun Bahagia Bersama sehingga hampir 2kg. Penghantaran adalah hanya pada hari Isnin sahaja dan di dalam Semenanjung Malaysia. Pengesahan pesanan perlu diterima sebelum pukul 9 malam Ahad. Jumlah bayaran keseluruhan untuk penghantaran pada 4hb Mac 2013 sudah termasuk kos penghantaran adalah RM20.
  Oleh kerana mengikut musim apa yang ada untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama jadi setiap tuaian pasarnya pada minggu akan datang adalah berlainan.

Minggu ini kebarangkalian akan packing dalam kotak tuaian seperti berikut:
Terung Pipit
Terung Pipit

Ubi Kayu
Ubi Kayu

Tidak dilupakan buah-buah lemon, buah cili burung dan daun assam gelugor.

Ini adalah ramalan mengikut keadaan cuaca sekiranya hujan mungkin ada perubahan tapi buah lemon minggu ini confirm.

Disebabkan minggu pertama bermulanya pasar online, tukang kebun cuma ambil 3 pesanan sahaja dulu. Siapa cepat dia dapat. Tukang-tukang masak yang berminat boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) dengan subjek : Pasar Online 4hbMarch.

15 ulasan:

YuS berkata...

Alhamdulillah murah rezeki....suburnye pokok lemon tu...mmg tk rugikn berbudi pada tanah

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Tahniah atas pembukaan pasar online ni! Very bountiful harvest!! Baru nak tanya pasal anak benih lemon!!

Bib Mohamed berkata...

diana, nanti cek email ye

ummuaidan berkata...

Untungnya murah rezeki...kenduri lemon sungguh2 lah jwnya..:)

TukangKebun berkata...

Yus~ Memang tak rugi berbudi pada tanah.

Ummu Madihah~ Terima kasih Mak Aji. Tuan pokok-pokok lemon lagi seminggu lebih nak balik.

Bib Mohamed~ Checked :).

UmmuAidan~ Tiap hari mata terang nampak warna kuning terkumpul dekat dapur.

NurHafiza Fadzil berkata...

ada jual benih lemon??

dan bagaimana cara menanam dan penjagaannya ya?

TukangKebun berkata...

Salam NurHafiza. Kami tiada jual biji benoh lemon setakat ini.

Tanpa Nama berkata...

salam...bole saya nk mntak nombor tel admin tak...and mohon mntak tolong sapa sapa ada kebun limau yg ad terjumpa limau 5 biji satu tangkai seperti gambar dlm blog ni...saya amat memerlukan buah limau 5 biji satu tangkai utk dibuat ubat utk perubatan tradisional segera...mntak tolng cntact saya 0199225200 urgent..saya perlukan buah seperti ini segera..

Tanpa Nama berkata...

salam kak diana ye pemilik admin ni...bole tolong cntact saya tak kak..saya dh lama mncari limau 5 biji dlm satu tangkai mcm pic yg akak post ni utk dibuat ubat perubatan tradisonal,,,mnta tel sy kak atau bole sy mntak nom akak kalau kalau limau ni masih ad lagi mcm dlm pic akak ni..sy perlukan segera..ni nom sy 0199225200 @ jaiwolfgangskool@yahoo.com.my....mnta tolong segera kak...tqsm

Rizz berkata...

salam admin...bole sy tau kat mana lokasi pic yg admin post ni..limau yg setangkai 5 biji..sy dh lama cr utk perubatan..bole cntact sy tak sesiapa yg ada di 0199225200 segera..tq

Aisyah Aminuddin berkata...

tempat penanaman lemon nie dekat mane erk ? sbb sy tgh mencari lemon hijau utk buat projek fizik sy . harap dapat bantu :)

Aisyah Aminuddin berkata...

boleh sy tahu kat mane tempat nie ? sy tgh mncari lemon hijau utk projek fizik sy . harap dapat bantu :)

TukangKebun berkata...

Dear Aisyah,
Lemon hijau yang belum masak ke sebelum bertukar ke kuning?

Masanita Hashim berkata...

saya nak beli anak pokok lemon meyer yang ditanam dgn cara tut... ada sapa yg jual tak...atau tahu d mana ada dijual

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Masania,

Kami belum bekalkam lemon meyers untuk masa sekarang.
Kalau jenis limau lain ada ready stok.