No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 28 Mac 2013

Nasturtium Nakal

 Tukang kebun anak-beranak masih kurang sihat lagi. Jadi tak dapat sangat nak ronda-ronda di kebun kena kuarantin dalam rumah, tapi lewat petang curi-curi juga pusing dekat raise bed dekat sidaian baju bila papa Abby sibuk layan anak-anaknya nak kasi mandi sebelum kena sergah dengan papa Abby. Sudah lupa yang ada pokok nasturtium tumbuh bersebelahan pokok-pokok jagung baby blue jade yang sudah kering menunggu masa untuk dicabut masuk dalam kompos. Tukang kebun sudah berhajat nak mula kemaskan perlahan-lahan raise bed itu cuma tunggu bendi kampung kering untuk buat benih. Nakal pula nasturtium mula nak berbunga mengingatkan tukang kebun yang dia ada juga di situ, takpelah ada benda nak cuci mata.
 Ada bendi kampung yang sudah tumbuh tinggi 2 meter lebih di atas raise bed yang dikongsi dengan bunga nasturtium, tak tercapai sudah tukang kebun nak petik jadi dibiarkan sahaja untuk simpan biji benihnya.
 Percambahan biji benih nasturtium yang tak dijaga agak berbeza-beza, ada yang 2 bulan lebih baru bercambah pun ada. Tukang kebun pun lupa ada semai biji benih nasturtium dan pakai tanah serta polybag hitam tersebut untuk transplant anak-anak pokok durian dari Sabah yang mama tukang kebun kirim bijinya. Sekali ada anak-anak pokok nasturtium berkongsi tempat dengan anak-anak pokok durian pula. Masalah pula nak pindahkannya. Kulit biji benih nasturtium adalah sangat keras, disebabkan itu ada bijinya yang mengambil masa untuk bercambah, jadi jangan pula buang tanah yang mempunyai biji nasturtium sebarangan.
 Setelah 2 hari, bunga nasturtium yang sama warnanya makin pudar sikit. Tukang kebun tak makan, ingat nak kumpul biji-biji benih nasturtium yang tumbuh di kebun Sungai Buloh nak adaptasikan dahulu. Tukang kebun tak pasti bila biji benih nasturtium jewel mix kembali lagi, tukang kebun nak kumpulkan stok biji benih pokok yang ada sekarang untuk anak pokok-pokok yang baru dahulu. Mungkin bila ada cucunya baru tukang kebun offer kembali biji benih nasturtium jewel mix. Di kebun lama, cuma sekali sahaja tukang kebun tanam nasturtium dan biarkan banyak biji-bijinya gugur sendiri. Selepas itu, tukang kebun tak pernah dan tak perlu semai lagi nasturtium, bila dia suka dia tumbuh sendiri. Biar tukang kebun serasikannya dengan cuaca di Sungai Buloh dahulu. InsyaAllah lepas ni mudah-mudahan pokok nasturtium jewel mix adalah satu tanaman yang kita biasa nampak bukan di Tanah Tinggi Cameron sahaja dengan berkat kesabaran.
 Gelagat Abby pagi ini, semasa papa Abby masuk dari jemur baju di luar nampak gelagat mereka berdua, mamanya duduk dalam bilik berselimut panas sejuk. Si Putih rupanya menemankan si Abby patut tak nangis mencari mama papa, bermain-main dengan Si Putih.
Pandai pula Si Putih ni merelakan diri jadi baby sitter. Putih yang penyayang.
Pelik betul Si Putih kalau tikus cencurut dia tengok je tak buat apa-apa, tapi bila biawak 2 kali ganda lebih saiznya masuk kebun, pandai bergusti dengan si biawak pula. 

10 ulasan:

cikmanggis berkata...

hehe baby sitter Abby ya.Bagusnya Si Putih ni:)

zamzurina zulkafli berkata...

comelnya abby dalam bumbo seater main dengan cat. baru sat sat tadi lahai semai nasturtium. tiba2 keluar entry nasturtium....

lynnhelite berkata...

Nastartutium Lynn dah tanam setahun, masih x berbunga

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

kamching betul abby dgn si putih ye.. hehe..

@na berkata...

hebatnyer siputih tu...boleh harap jaga kebun...cute nye abby, pandai lah dia posing dgn siputih tu..

Sean L berkata...

Comelnya bunga Nasturtium yang nakal tu. Wah, Abby ada babysitter special, pandai posing pulak dengan nanny baru tu.

nadia rashid berkata...

comel abby..manja jer dengan siputih..:D

TukangKebun berkata...

CikManggis~ Si Putih ni pun rajin meneman budak-budak tido.

Zamzurina~Telephaty yang bagus hehehehe.....

Lynn~ Sifat bunga nasturtium tak suka banyak baja nanti dia kasi daun je. Lagi banyak berbunga pada tanah yang tidak subur.

Kak MadiHaa~ Mereka berdua memang ngam, Si Putih tak kisah Abby pegang-pegang dia.

@na~Tapi banyak juga bulb bunga yang baru tanam habis si Putih terkorek balik ;).

Sean~ Terkejut juga tengok tiba-tiba berbunga nasturtium tu, ingatkan nak pindah tempat lain.

Nadia~ Si Putih tu dah tua kadang-kadang pandai cari siapa nak bermanja.

Mama Pongkey berkata...

Hope all of you feel better :-)

Baik betul si Putih tu, child friendly. Best dia dah ada kawan baru sekarang.

TukangKebun berkata...

Thank you Mama Pongkey. Recovering much better with more good air at the moment. Si Putih tu memang teringin dimanjakan, he is very old already.