No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 14 Mac 2013

Turnip Snowball


Snowball Turnip


Pokok snowball turnip boleh dimakan daun dan akarnya tetapi jika hendak akarnya jangan dituai sayurnya dulu supaya pertumbuhan akarnya tidak terbantut. Akarnya boleh dihiris buat jeruk sayur. Orang Jepun kalau sediakan makanan akar turnip yang jenis sup, daunnya juga dihiris dan dicampurkan sekali. Dalam bahasa jepun turnip dipanggil ‘kabu’. Semasa zaman belajar di Jepun 6~7 tahun dahulu untuk jimatkan duit dan kebetulan musim turnip, tukang kebun kadang-kadang beli turnip yang segar dan campurkan dalam tom yam atau sup.
Senang dikelirukan dan selalu teringat radish dan turnip adalah sama, tetapi sebenarnya dalam botany radish dan turnip adalah dalam cabang yang berbeza dalam keluarga brassica (keluarga brassica adalah tergolong dengan broccoli, kailan, pak choi, daikon, turnip, kubis). Keluarga brassica dalam mengumpul biji benih, tukang kebun kelaskannya sebagai level moderate-difficult kerana mereka mudah cross-pollinate di antara satu sama lain (antara sebab tukang kebun liat nak kumpul benih keluarga brassica). Walaupun sudah dipastikan di kebun sendiri tiada pelbagai brassica sedang berbunga tapi kalau ada jiran yang kebunnya ada brassica berbunga pun boleh cross-pollinate dengan pertolongan pollinator bersayap (sudah berapa kali tukang kebun kena cross-pollination sebab jiran sebelah dahulu pelbagai brassicanya meriah berbunga).
Tahun lepas ada satu misteri di kebun Mama Pongkey, apabila hendak tuai snowball turnipnya tiba-tiba hilang tanpa kesan. Ada peminat kaki empat juga yang nak testing khabarnya.
Turnip snowball elok disemai bijinya dengan kaedah direct-sowing. Pastikan tanah adalah moist dan tidak kering semasa pertumbuhannya. Kalau kerap tanahnya dibiarkan kering, akarnya tidak membulat tapi jadi memanjang (perhatikan gambar di atas yang bahagian belakang ada akar yang kurus memanjang). Turnip perlukan kawasan yang menerima cahaya matahari direct untuk pertumbuhan yang baik.

~ Biji benih organik snowball turnip ~
Anggaran 50 seeds satu pek (RM1.00).

Pesanan untuk bulan March boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.
Untuk bulan March 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.











10 ulasan:

zamzurina zulkafli berkata...

Saya nak satu pack

Tanpa Nama berkata...

Salam diana, selamat pagi. Simpankan utk eila 1 pek.tq.

@na berkata...

diana, cantiknye...teruja tgk!turnip ni boleh hidup ke kat cuaca panas ni.. saya nak pesan seeds 2 pek boleh?

bahulu berkata...

Sy nak satu

YuS berkata...

Aaaa laaa rindu nk mkn jeruk daikon tk pon bubuh dlm miso sup....D berapa dlm tanam br dapat hasil? Gemuk2 tu

Mama Pongkey berkata...

Oh namaku diseru :-) Betul misteri sampai ke hari ini.
Saya baru teringat nak tanam semula. Kawan dengan cucumber dan carrot, ok tak?

Avia Mishat berkata...

Avia nak satu diana..thanks

Zieta green berkata...

1 pek pls...tq

TukangKebun berkata...

Tukang kebun ada simpankan untuk Zamzurina, Eila, @na, Bahulu, Avia dan Ivy.

@na~ Nak kena ada cahaya matahari dan tanah yang moist InsyaAllah. Elok matahari sebelah pagi sebab tak seterik yang petang.

Yus~Lebih kurang 3 bulan. Tapi kalau bajanya sesuai lagi cepat hasilnya.

Mama Pongkey~ Carrot ok rasanya. Tapi kalau cucumber jangan bagi turnip tu lemas.

suzie berkata...

Ada lagi ke?
Suzilaadham@yahoo