No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 7 April 2013

Musim Buah Naga Berbunga Di Daerah Sini

Dragonfruit flower

  Hujung minggu ini, tukang kebun balik kampung yang cuacanya sangat nyaman berbanding di bandar apatah lagi sekarang setiap hari di kampung hujan turun dengan lebatnya. Tukang kebun perasan sekarang musim buah naga berbunga di daerah kampung ini. Seronok melihat kebun buah naga gardeners lain yang pokoknya telah matang dan banyak bunganya.
kampung Malangang Dragon Fruit

Sebagai contoh, di kebun yang tukang kebun lalu (limpas) kelihatan bagaimana pagar pemilik kebun itu dimanfaatkan dengan menanam pokok-pokok naga. Tukang kebun intai  di antara pokok-pokok naga tersebut kelihatan anak-anak pokok markisa baru sahaja belajar melilit pagar tersebut. Rasanya kali terakhir tukang kebun lalu jalan ini bertahun dahulu, pokok-pokok naga masih lagi kecil. Berkat kesabaran dan kerajinan pemilik kebun ini akhirnya dapatlah merasa hasilnya. Jangan ingat tiada penjaga, sambil tukang kebun berjalan di tepi kebun ini, ada seekor anjing mengekor rapat sahaja seolah tukang kebun pula tuan si anjing.
Dragonfruit Tuaran

Sambil menunggu mama kami membeli barang di kedai hardware dalam kereta, tukang kebun terpegun di seberang jalan dalam kawasan tanah rumah sebuah banglo dipenuhi dengan pokok-pokok naga yang juga sedang berbunga. Sepanjang perjalanan, tukang kebun perhatikan ramai yang manfaatkan kawasan pagar di depan rumah untuk menanam pokok-pokok naga. Tukang kebun rasa ini juga satu cara untuk menyusahkan pencuri masuk kawasan rumah melalui pagar.
Abbiyana Tuaran

Pertama kali, Abby balik ke kampung dengan tukang kebun hujung minggu ini. Abby bermanja dengan Auntynya sambil tunggu nenek beli cat dan jaring. Rasa-rasanya pada ketika ini tukang kebun dan Abby sedang bercuti di mana?
Lunch hari ini terima kasih kepada Uncle Freddy Abby dapatlah makan sup ikan kelah fresh yang ditangkap di sungai malam tadi.
Topik pokok naga hanya mengingatkan Tuan Kebun Bahagia Bersama dengan pokok naganya di Sungai Buloh yang masih belum tukang-tukang kebun perbetulkan setelah roboh pancangnya sejak akhir tahun lepas…opppsss….moga tukang-tukang kebun tidak dibawa bersama pulang ke kampung yang ada di Sungai Buloh tolong betulkanlah ya. Wahai suami tercinta, tolong perbetulkan pokok naga yang roboh tersebut sebelum mama papa pulang minggu depan ya. Hampir setiap hari dengar komen pasal pokok-pokok naga yang roboh belum diperbetulkan setelah sekian lama. Upah gambar Abby untuk papa Abby bagi mengubat rindu…kehkehkeh….

11 ulasan:

suka suka berkata...

sweetnya Abby..dah pandai posing ya.. cuti di Sabah ya?

smRose berkata...

comelnya Abby, kim slm kt Abby yer

ummuaidan berkata...

Dah besar yr si Abby lama tak tengok..makin comel lak tuh...terliur jgk nak tanam pokok naga nie..:)

@na berkata...

1st time tgk bunga pokok naga...mmg nmpk mirip2 naga hehe...comei abby, balik kampung nenek ye....

Nudabuffy berkata...

Subhanallah..comelnya Abby.. Sekejap je dah besar.

nadia rashid berkata...

comel betul abby..:D lama ke abby bercuti kat kampung? erm terliur pulak aunty nad baca abby dpt mkn ikan kelah...susah tu nak dpt!

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Dah besar dah anak dara ni! Comelnya!! Hari tu x sempat tengok. Insya-Allah lain kali.

olive berkata...

Cantik baby Abby!

TukangKebun berkata...

Kak Mar~ Ya tukang kebun berada di Sabah berdua dengan Abby.

SMRose~ Abby ni tak mau berenggang dengan mama dia. Tido pun dok raba-raba mama dia ada kat sebelah atau tak.

UmmuAidan~ Pokok naga ni nak kena tunggu je beberapa tahun matang sebelum nak berbuah lebat.

@na~ Ya balik kampung nenek, lama tak balik. Macam naga kan, macam ada alun-alun sisik naga.

Nudabuffy~ Sekejap je besar, dah banyak character perangai...hehehehe...

Nadia~ Lama juga Abby cuti kat kampung dekat 3 minggu. Dekat daerah kampung sini memang lubuk kelah, tiap tahun ada pesta tangkap kelah. Tapi ada musim-musim je dibenarkan tangkap kelah tak boleh sebarangan.

Mak Aji Ummu Madihah~ InsyaAllah nanti kami visit Mak Aji, bulan ni kami seberang laut jadi tak dapat nak jumpa lagi sekali.

Olive~ Tapi kurus je Abby ni untuk age dia.

Mama Pongkey berkata...

Kisses to Abby.
Rasa mencucur air liur mengingatkan ikan kelah tu... Teringat masa ke Taman Negara Pahang, ada ikan kelah sanctuary.

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~ Ada sanctuary dekat area Ranau, ikan kelah dia datang main-main kumpul dekat kaki.