No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 28 April 2013

Tuaian Today : Akar Ginseng Jawa

 Hari ni terpaksa menuai banyak akar-akar dari pokok-pokok ginseng jawa yang tumbuh sendiri selepas mengemaskan 2 petak tempat kami menanam. Selepas bercuti, banyak pokok-pokok ginseng jawa tumbuh sendiri bermaharajalela sampai tanaman yang ditanam dahulu sudah lenyap dari pandangan dan hilang. Sebelum bercuti sudah dikemaskan, tapi dalam sebulan cepat sahaja rumput rampai tumbuh kembali. Akar pokok ginseng jawa dikatakan hampir sama dengan khasiat akar ginseng korea/china.
 Pokok ginseng jawa sangat mudah tumbuh dengan cuaca di Malaysia. Tumbuh bahagia dengan apa jenis cuaca di Malaysia dan pelbagai jenis tanah.  Ini gambar petak tanaman yang diambil 2 bulan lepas sekarang pokoknya dah 5 kali ganda, inipun 1/3 bahagian saiz kawasan yang dibersihkan pokok-pokok ginseng jawa.
 Sekiranya ingin menuai hasil akar dari pokok ginseng jawa, seelok-eloknya tanam dari biji benih dan bukan dari keratan batang. Ini adalah anak-anak pokok ginseng jawa yang tukang kebun tarik berusia 4-6 minggu. Sudah nampak mula pertumbuhan akarnya.
 Makin membesar. Teringat pada lobak merah. Kalau lobak merah kan best kalau tarik banyak-banyak macam hari ini. Nak tunggu tanam tongkat ali lama, pertumbuhan ginseng jawa akarnya sangat cepat.
 Akar ginseng jawa dari pokok dewasa kelihatan mirip seperti ginseng Korea/China. Minggu depan stok banyak jadi tiap hari tukang kebun buat rebusan air akar ginseng jawa, tukang-tukang kebun lain nak kena kerja kuat denda kebun jadi hutan semasa ketiadaan tukang kebun.
Biji benih tanaman ginseng jawa yang ditawarkan adalah fresh di mana bila masuk pesanan sahaja tukang kebun akan kumpulkan.

~ Biji benih fresh Ginseng Jawa~
Approximate 250 seeds (RM3.00)



20 ulasan:

@na berkata...

salam diana, daun dia nmpk fresh, boleh dimakan ke?

smRose berkata...

berminat btul dgn ginseng jawa ni

nadia rashid berkata...

macam ni rupanya pokok ginseng..selalu tgk yg dah kering2 kat kedai chinese

Unknown berkata...

Macam mana nk order? Benih ginseng jawa

TukangKebun berkata...

@na ~ Daun dan bunganya pun boleh makan. Pokoknya bermacam-macam khasiat untuk seisi keluarga.

SMROSE~ Pokoknya tak perlu dijaga sangat mudah hidup.

Nadia~ Yang ni ginseng jawa. Dekat kedai sensei tak pasti tapi kemungkinan besar Korean/Chinese ginseng.

Faizah Yunus ~ Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) untuk detail selanjutnya.

Unknown berkata...

Ok...tq.

Sumaiyyah berkata...

Assalamualaikum Diana, saya nak satu pek ye .

sumymalik@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Boleh Sumaiyyah.

keen berkata...

terima kasih atas info. Tak tahu pulak pokok ni byk kegunaan n boleh dimakan. Ianya tumbuh melata dirumah saya dan saya cabut buang...hehe...lepas ni kena sediakan petak khas utk dia la sbb senang sangat tumbuh..

TukangKebun berkata...

Keen- Sama-sama berkongsi pengalaman. Memang senang sangat tumbuh.

mrs maryam berkata...

Asslmkm

Sy nak 1 pack. Ad lg k?

maryam_suria@yahoo.com

Unknown berkata...

Hai nk tnya dkt klang mana boleh dpt pokok ginseng jawa ni ye...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia,
Kami boleh bekalkan pokok ginseng jawa secara penghantaran Pos Laju.

Faris Acap berkata...

Salam.. benih pokok ginseng jawa ni still ada lg ka.?? sy nk beli 1 pack

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Faris Acap.

Anak pokok ginseng jawa ataupun biji benihnya ada ready stock. Boleh hubungi kami (kebunkmg@gmail.com).

tokjie berkata...

Assalamualaikum

Sy berminat utk beli biji pokok gingseng jawa ini, boleh whatsapp saya

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Bulan Purnama,

Anak pokok ginseng jawa ada ready stock.
Pesanan boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

Unknown berkata...

Saya nak benih 10 pack wsapp saya 0175903594 wann

Unknown berkata...

Saya nak benih 10 pack wasap saya 0136103477

Unknown berkata...

Saya ingin benihnya pon saya 0169612708