No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 8 Mei 2013

Fritters ala Jepun KakiAge Bunga Telang

 Bunga telang bukan sekadar hiasan atau untuk menjadi pewarna semulajadi dalam makanan tapi bunganya juga boleh dimakan begitu sahaja tanpa masak dalam salad atau dijadikan ulam. Salah satu masakan yang selalu kami buat dengan bunga telang adalah masakan Jepun yang dipanggil 'KakiAge'. Masakan Jepun ini mudah macam nak buat cucur udang cuma tepung pakai tepung tenpura. Cucur udang lembut tapi kakiage bila makan ranggup. Kalau bunga telang campur dengan cucur udang juga boleh. Malam ni menu di rumah Japanese Vegetarian food semuanya disediakan oleh suami tukang kebun (spoil wife malam ni).
 Bunga telang untuk rajin berbunga, kena rajin kutip bunganya selalu. Tiap-tiap hari kutip lagi elok sebab bunga telang hanya kembang dalam satu hari sahaja. Pagi kembang, esok dah tak kembang lagi. Lagi banyak dikutip dan dibuang bunga yang layu, lagi rajin berbunga. Tukang kebun kecil Ilhan yang rajin menolong kutip bunganya setelah dia pulang dari tadika. Itulah rutin kami hampir tiap hari, tukang kebun Ilhan kutip paras yang dia boleh dan nanti tukang kebun kutip bahagian atas. Kalau banyak sangat, bunga telang boleh dikeringkan untuk disimpan dan bolehlah juga buat teh nanti. Ataupun dipetik segar dan terus dibekukan juga boleh.
 Banyak khasiat bunga telang antaranya membantu menjaga kesihatan mata.

11 ulasan:

@na berkata...

salam diana, fritters bunga telang... lambatnye nk blh try resepi ni... telang baru je tanam..

nadia rashid berkata...

kalau buat jejemput vegi campur semua bahan sayur pun boleh kan..makan petang :D

shafirul suffian berkata...

boleh try ni, bunga telang dalam cucur udang

yus razali berkata...

Nyummmy sedapnyeeee....hari2 makan pon taper

ummuaidan berkata...

nampak sedap kakiAge tuh yer..taksangak lembut2 bunga telang boleh gak jd crunchy yer..:)

seedandothersforsale.blogspot.com berkata...

dah cuba buat cekodok udang + telang..mmg best!

aida_aminshah berkata...

Aida pun dah cuba. Sedap diana! Tq for sharing :)

TukangKebun berkata...

@na~ Cepat je pertumbuhan bunga telang. Tak lama lagi boleh mencuba.

Nadia~ Veggie jejemput memang sedap. Tak de rasa guilty sangat nak melantak banyak.

Shafirul~ Nampak menarik sikit ada colour.

Yus~ Cepat slim kut kalau makan style Jepun ni tiap hari.

UmmuAidan~ Oh kalau pakai tepung tempura masak gini crunchy sikit. Cam makan keropok jadinya.

Lynn~ Nice for tea.

Aida ~ Happy to hear you like it.

Annie Akmar John berkata...

hi diana,

saya nak 2 pack benih bunga telang.

annieakmar@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Dear Annie, noted.

Tanpa Nama berkata...

sedapnya ... terasa lapar pulk hujan-hujan ni...
Suzila