No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 26 Mei 2013

Lidah Jin Berbunga

Bunga Lidah Jin

Awal bulan Mei lepas, tukang kebun mendapat kejutan apabila nampak lidah jin keluarkan bunga di tempat yang agak terlindung mendapat cahaya matahari sebab jarang membelek ke tempat tersebut. Kagum melihat bunga putihnya yang menawan hati. Bunga lidah jin juga banyak mengeluarkan sesungut atau misai seperti rama-rama.
Pokok Lidah Jin berbunga

Di lokasi yang berlainan di kawasan kebun, pokok-pokok lidah jin mempunyai musim bunga hampir serentak. Oleh itu, pokok lidah jin mempunyai musim bunga pada waktu yang tertentu atau seasonal disebabkan faktor cuaca musim hujan dan musim kering atau perubahan cuaca.
lidah jin bunga 1

5 ulasan:

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Pokok lidah jin ni pernah berbunga sekali tetapi sekali itu saja, sekarang senyap je, x peduli dia musim ke x musim ke!! Belum ada rezeki lagi untuk dia berbunga lagi agaknya. A very pleasant surprise, kan. Dulu Mak Aji x tahu pun yg pokok ni ada bunga.

Kadazan Sis.TRG berkata...

Salam, mula-mula ternampak pokok lidah jin jiran berbunga, terkejut besar...sebab pokok yang sy tanam tak pernah berbunga wpun ia tumbuh subur setinggi sy.semenjak dua menjak ni tiba2 pokok sy juga berbunga...tapi jenis yang daunnya keputihan tu payah skit nak berbunga....

TukangKebun berkata...

Ummu Madihah ~

Salam Mak Aji,
Pokok lidah jin ni mama saya bawa pindah bersama kami dari Shah Alam dulu lagi. Katanya rajin berbunga sebab itu mama kami suka tanam pokok ini. Ada kenalan orang India mama katanya pokok ini boleh buat ubat telinga. Memang a very pleasant surprise from a shade place jadi penyeri sangat.

Kadazan Sis. TRG~ Seronokkan tengok ianya berbunga. Saya selalu tersalah kata pokok ini lidah buaya.

Julie M berkata...

cantiknya, rasa nak tanam pokok ni la...

TukangKebun berkata...

Hi Julie.
Tanamlah pokok ni senang hidup tak perlu banyak jaga.