No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 11 Mei 2013

Tangkapan Tiang

  Dari tamatnya hari mengundi sampai sekarang, mata asyik meliar memerhatikan tiang-tiang berderet di tepi jalan yang dipakai untuk berkempen dahulu. Tidak kiralah bendera di atasnya warna apa pun, tapi semua tiang tersebut bolehlah diambil dan dipakai semula untuk membuat pancang. Tiang-tiang bendera ni ada pelbagai dari buluh, paip dan kayu, tapi semuanya boleh dikitar semula. Ambil pun tiada salahnya dan tidak perlu segan, bila kontraktor datang mengemas pun kebarangkalian tinggi akan dibuang juga. Mula-mula kami kutip pukul 3 pagi lepas anak-anak dah nyenyak tidur sampai 2 kali trip dengan kereta terjonjol keluar buluh panjang dari but kereta sampai tingkap depan. Kali kedua pula tengahari buta, hubby tukang kebun jalan kaki ke main road kampung kutip tiang-tiang yang masih ada. Ada pakcik tegur sebelum mengundi beriya-iya pasang ramai-ramai, bila mengemas sorang-sorang pula. Kepada gardeners semua, tidak payah segan ambil lagipun sambil itu kita tolong kemas juga. Dari membeli pancang, baik kita kitar semula tiang-tiang yang dipakai untuk berkempen tempoh lalu. 
  Tangkapan tiang tukang kebun semuanya buluh melebihi 2 meter panjangnya, sangat puas hati boleh buat pancang tepee tinggi atau pergola sementara untuk tanaman melilit. Tinggikan tangkapan tiang tukang kebun macam dalam gambar. Setakat ini ada lebih 50 tiang telah ditangkap. Kain bendera tiang tangkapan pun ada kegunaannya, boleh balut buah-buahan. Kebetulan bulan ini ada rezeki pokok-pokok nangka dan cempedak meriah berbuah, jadi kami kitar semula bendera kempen untuk balut buah-buah nangka dan cempedak yang sedang membesar di dalam kebun.
 Malam ini bila anak-anak dah lena tidur, InsyaAllah kami tolong kemaskan kawasan kampung kami. 

12 ulasan:

zamzurina zulkafli berkata...

saya lepas balik keje malam2 berkeliaran dgn hasben cari buluh yg sudah dikumpul di tepi2an. tak dpt nak ambik panjang2 sbb keta comel sgt. mmg dah lama dok usha. puas hati dpt ambik. dan akan ambik lagi :)

bonda berkata...

Betul-betul... sy pun dah aim je buluh2 tersebut. tapi sayangnya kat taman ni tak de plak terpacak bendera-bendera tuh. kalau nak ambil pun terpaksa pergi ke bandar dan di tepi-tepi jalanraya.

nadia rashid berkata...

rezeki jugak ni namanya..awk ada ahli ramai boleh jugak g kutip...sy hmm pandang sorg2 jela...mmg tergedik2 nak kutip...tapi x berani sorg2

@na berkata...

salam diana, mmg kreatif la awk...manfaatkan apa yg ada...tk membazir...hehehe...meriah la kebun dgn bendera2 tu, mereka bersatu di kebun KBB

emmatam berkata...

salam. . Tumpang lalu. . Saya pn same . .dah usha2 tgk tiang org pasang bndera tu. . Tp bkn pg amk sendiri . Kerah anak buah pg amik . . Dah dia org longgokkn kt tepi jaln 2 . . Kira rezeki lah kn. . ;)

ummuaidan berkata...

mmg bagus betul idea tuh..sambil tlg mengemas bolehlah mnafaat yg bakal dibuang kan..sy pun terasa teringik gak nak gie kutip letak kat kebun nie...:)

olive berkata...

Like tis post ! *grin* i pun dpt hasil jugak

Tanpa Nama berkata...

Kat tempat eila isu bendera ni agak sensitif. Jadi,lebih baik eila biar jerk petugas2 tu kemas tiang2 tu. Tapi mmg habis semua tiang x kira apa warna bendera da siap dikemas... semua parti simpan benderA elok. Takut dipijak pihak pelampau...heheh

Sean L berkata...

Wah, banyak tiang yang Diana dapat.

suka suka berkata...

ala.. dah dapat ya... akak tidak kebenaran dari big boss untuk ambil tiang-tiang tu... putih mata...

Ibu Qistina berkata...

Saya dah plan nk amik lepas pru,tak sempat ambik derang dah turunkan bendera. Punya la cepat.....yg ada pun atas tiang lampu yg tinggi. Mmg x tercapai akal la nk mengambiknye.....hehe

TukangKebun berkata...

Zamzurina~ Bagus buat stok nanti ada je banyak projek vertical gardening akan datang kan.

Bonda~ Mungkin masa sambil pulang kerja boleh juga berhenti ambil seketika.

Nadia~Muscleman saya rajin nak kutip, sebab selalu terkial-kial nak cari kayu buat pagar atau pancang. Jadi seronok dia tengok banyak stok sekarang.

@na~ Ada bendera balut buah warna lain-lain ni dari jauh senang nak nampak dan ingat kena check kadangkala ada yang masak atau tidak.

Emmatam~ Wah bestnya dah longgok-longgok tepi jalan, cepat je boleh ambil. Saya banyak ambil dekat jambatan kena bawa gunting nak potong tali.

UmmuAidan~ Kawasan kampung ni lambat mengemas. Takut jadi sampah je nanti tak syok memandang. Takpelah kita tolong mengemas ambil tiang tu kira upah...heheheh...

Olive~ Hope ramai gardeners pun dapat hasil gini kan , 5 tahun sekali.

Eila~ Oh tak cuba tanya ke kat petugas tu minta tiang je tanpa bendera kata nak buat pancang. Mana tau rezeki ;). Diorang pun senang tak perlu buat trip banyak kali nak kosongkan lori. Faham separuh tempat agak sensitif memang boleh takut-takut nak ambil. Hubby saya pakai pakaian macam dah petugas jadi nampak natural je dia ambik hehehehe...

Sean~ I am so greedy ;). Padahal dekat rumah pun ada dah pokok bamboo kuning tu. Cuma cepat habis stoknya.

Kak Mar~ Kalau ada rezeki bila dah reda sikit demam PRU yang tertinggal tu InsyaAllah ada rezeki nak ambil.

Ibu Qistina~ Oh mungkin tengok kawasan area bandar cepat sikit kut kena kemas. Kami kampung jadi lambat sikit. Orang-orang kampung lain pun ada juga nampak yang mengambilnya.