No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 17 Jun 2013

Anak Pokok Ceri Terengganu

 Ceri Terengganu adalah buah nadir Malaysia yang menjadi peminat kelawar, tupai dan burung serta Homo sapien. Bila buahnya masak merah menyala memang mirip macam buah ceri kecuali membentuk gugusan seperti anggur. Tukang kebun dah berapa kali menunggu buah ceri dari yang muda hijau bertukar ke warna merah hati setelah ranum betul-betul, konon-kononnya nak cuba buat jus. Tapi 'right timing' selalu kalah dengan peminat-peminat buah ceri yang lain. Ada yang kata buah Ceri Terengganu ini rasanya manis kelat. Kalau masak betul rasanya mesti manis sebab gugusan Ceri Terengganu boleh lenyap tanpa kesan begitu sahaja. Kuat betul deria kelawar pada waktu malam mencari makanan.
 Ceri Terengganu ini juga mempunyai pelbagai khasiat dan bacaan seterusnya boleh lawat laman lain mengenai penggunaan dan khasiat buah ceri Terengganu (klik sini).
 Bunga ceri Terengganu juga sangat lawa mengingatkan tukang kebun kepada pokok-pokok adik beradik keluarga ceri seperti pokok bunga sakura (cherry blossom). Bunga sakura warna merah jambu tapi bunga Ceri Terengganu merah menyala. Rindu tengok bunga sakura, tengok Ceri Terengganu.
Mari zoom in tengok bunga Ceri Terengganu.
 Pokok Ceri Terengganu boleh hidup di kawasan yang menerima separa cahaya matahari. Rasa macam teringin nak piknik setiap tahun di bawah pokok sakura yang berbunga di zaman student di Jepun dahulu. Tapi kalau piknik kat bawah ni macam dikerumun oleh angsa-angsa dan itik-itik di kebun semua nak makanan. Takpelah sambil weeding dekat petak-petak menanam di sebelah pokok Ceri Terengganu bolehlah cuci mata rehat tengok buah dan bunganya. Pokok ceri Terengganu kelihatan seperti pokok yang sesuai untuk dijadikan pokok hiasan juga. 
 Sangat unik pucuk muda Ceri Terengganu berwarna ungu.
 Kali ini yang pandai-pandai sendiri rajin membaja batch anak pokok Ceri Terengganu yang ditawarkan kali ini adalah Si Turkey handsome bersama 2 ekor ayam mutiara (mereka bertenggek di atas fence yang bawahnya ada anak-anak pokok). Dekat dasar bekas juga dah dibubuh Turkey manure juga.

~ Anak Pokok Ceri Terengganu ~

1 anak pokok RM10.

Kos penghantaran satu pokok RM10.

32 ulasan:

gina marna berkata...

nama je org Terengganu, x pnh mkn ceri Terengganu nii :)

smRose berkata...

sy terpikat dgn ceri ni, teringin nk tanam tapi malangnya tak de kawasan, kena beli tanah baru ni....hehehe

Narshifa Jannat al-naim berkata...

Salam Diana,blh tnm dlm pasu x?

SriKota Garden berkata...

Banyaknya tumbuhan exotic di rumah Diana. Kagum sungguh.

TukangKebun berkata...

Gina- Saya balik Ganu tapi tak nampak pokok ni lagi. Mungkin sebab saya tak berjalan lagi banyak di Terengganu. Mungkin di Muzium ada pokoknya

TukangKebun berkata...

SMRose -Nanti pencen bolehlah pindah kawasan luas sikit ada lebih masa nak teroka menanam pelbagai. Pokok ceri dekat rumah ni tak delah besar sangat sebesar pokok nam nam je. Mungkin boleh pruning jadi bonsai hehehe. ..

TukangKebun berkata...

Narshifa- Saya tak pastilah. Tapi mungkin boleh dicuba cuma nak rajin trim kut.

TukangKebun berkata...

SriKota Garden-Diana pun tak habis teroka apa yang ada dalam kebun ni lagi.

Bean berkata...

dapat kirim anak pokok
ke sarawak?

halaman-bumihijau.blogspot.com berkata...

salam..nak order 1 pokok boleh tak?

TukangKebun berkata...

Bean boleh email kami untuk arrangement shipment ke Sarawak.

TukangKebun berkata...

Boleh Zairee email kami untuk membuat pesanan (kebunkmg@gmail.com ).

ct aju berkata...

ade lg tak stok anak pokok ceri ni...blk ganu pun dah xjumpa pokoknya...

TukangKebun berkata...

Ada satu ready stok untuk bulan ini CT AJU. Boleh email (kebunkmg@gmail.com).

zol hunter berkata...

Masih ada stok? Sy nk.. bleh cod ke sbab duk ganu gk

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Mat Zul.

Bulan ini ada stock Ceri Terengganu.
Kalau ke Terengganu penghantaran via Pos Laju Malaysia dan payment in advance.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. mana nk dptkan pokok ni.. duk kemaman pn x prnah knal pokok ni.. hehe

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Anak pokok ceri Terengganu ada ready stock.
Boleh buat pesanan ke email (kebunkmg@gmail.com) untuk butiran lanjut.

Unknown berkata...

boleh saya tahu di mana lokasi untuk dapatkan pokok ini di terengganu?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia MsAbel Nabila.

Di Terengganu kami kurang pasti.

Unknown berkata...

Bagaimana untuk saya daptakan pokok ceri ni.? Saya sedang mencari daun pokok ceri ni untk tugasan FYP..Harap dapat membantu :-)

jun berkata...

boss ceri terengganu ada lagi tak?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia MsAbel,

Kami boleh juga bekalkan daun pokok ceri Terengganu.

Salam Bahagia Jun,

Anak pokok ceri Terengganu InsyaAllah hujung bulan ini ada ready stock semula.

Mein berkata...

Bos, saya nak pokok cheri terengganu.

Sila whatsapp saya 0162570009

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Pokok Ceri Terengganu ada ready stock.

Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com).

Tanpa Nama berkata...

saya berminat .. boleh pm saya 0145488603

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Tiada stock ceri terengganu sekarang.

InsyaAllah tahun depan.

Nia berkata...

Assalam..ada stok ceri terengganu ke

Nia berkata...

Assalam masih ada ke stok ceri terengganu

Unknown berkata...

Salam masih ade lg ke...nk beli pokok

Unknown berkata...

Mane lah pokok ni

TukangKebun berkata...

Kami ada bekalkan anak pokok ceri Terengganu. Boleh contact Nizam untuk maklumat lanjut (0192931340)