No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 9 Jun 2013

Fresh Seeds Terung Asam Sarawak

 Ini adalah terung heirloom Malaysia yang telah dicop dalam Geographical Indication (GI) sebagai brand terung Sarawak lebih dikenali sebagai Terung Asam Sarawak ataupun Terung Dayak. Langkah yang bagus ini adalah initiative Jabatan Pertanian Negeri Sarawak pada tahun 2010 sebelum negara berjiran lain pula yang cop terung jenis ini brand berasal dari tempat mereka yang banyak terjadi dengan jenis tanaman-tanaman lain. Terung Dayak dikatakan native kepada Sarawak, di Tamu Sabah pun jarang-jarang sekali kelihatan terung Dayak ini. Pada asalnya, Terung Dayak ditanam bersama-sama padi bukit secara kecil-kecilan oleh farmers kecil, sekarang ini lebih meluas ditanam. Terung Dayak ini sangat unik sebelum masak berwarna hijau, ada jenis yang nampak berbelang-belang semasa pertukarannya ke warna bright orange setelah masak. Bila dibelah Terung Dayak yang masak kelihatan cross-section buahnya seperti buah tomato. Saiz buahnya dalam terung-terung jenis lain adalah sederhana tetapi lebih besar dari tomato jenis 'Beefsteak'.
 Terung Dayak rasanya unik juga agak berlainan dengan terung lain di mana ada rasa masam-masam. Terung Dayak sesuai masak bersama lauk ikan, kerabu mahupun curry. Aunty tukang kebun kata sedap juga digoreng bersama ikan bilis ataupun ikan masin. Semalam papa tukang-tukang kebun kecil terpaksa memasak sebab tukang kebun agak busy, jadi digorengnya Terung Asam Sarawak bersama ikan masin goreng tambah sedikit sos tiram. Tambah buah cili tapurak atau cili burung digoreng bersama pun best tapi tukang-tukang kebun kecil belum kuat pedas nanti diorang membebel je. Bunyinya simple tapi makan nasi kampung dari Sabah panas-panas amat menyelerakan. Kalau turun ke kebun atau bendang tapau lauk macam ni jalan jauh pun setelah kepenatan berkebun pasti berselera. Lauk macam ini kan sesuai kalau nak pergi potong getah ke atau buat kerja di sawah. Tapau pergi opis untuk lunch pun best.

~Heirloom Terung Asam Sarawak @ Terung Dayak ~
Approximate 50 seeds dalam satu pek ~ RM 3.00 .
Ready available seeds.

20 ulasan:

Kadazan sis.TRG berkata...

Salam.Sy x pernah jumpa lah terung ni kt Kg sy di Penampang. Interesting. Member dr Pahang kata, sesuai juga dibuat sambal - panggang dulu,buang kulit,cincang, campur dgn belacan, lada, garam, secukup rasa. Sedap dimakan dengan ikan panggang/goreng.Wau...sodapnye.

@na berkata...

sedapnyer lauk goreng ikan kering tu...mkn nasi panas2...mesti brtambah2 tu

Dr. H berkata...

Diana; nampak macam buah tomato kat dalam

Avia Mishat berkata...

Salam diana..avia nak satu pek..thanks

gina marna berkata...

Masam2...penah makan kat rumah abang di Serian..

aida_aminshah berkata...

Aida nak satu paket diana. Thanks!

aida_aminshah berkata...

Diana must upload recipe as well...hehe look delicious...nak cuba tanam..hopefully ada rezeki boleh rasa..

shafirul suffian berkata...

salam diana... saya nak satu pek...

TukangKebun berkata...

Jarang-jarang ada di tamu Kadazan sis.TRG. saya hanya terserampak di tamu Kiulu dan tamu Tamparuli. Itupun hanya seorang penjual je. Terima kasih share resepi. Memanh sedap buat sambal bertambah nasi. Macam ni susah buang beratlah saya.

TukangKebun berkata...

Memang berselera bertambah nasi @na. Satu lauk pun dah cukup.

TukangKebun berkata...

Ya nampak macam buah tomato bila dibelah Dr. H. Rasanya pun masam lain dari jenis terung lain.

TukangKebun berkata...

Sudah dipos Avia. Hope dah terima.

TukangKebun berkata...

Ya masam-masam. Orang gemar masam pasti suka kan buah terung ini Gina.

TukangKebun berkata...

Kami pun cuba-cuba je masak Aida. Bahan main ikut sedap hati tiada sukatan. InsyaAllah kalau dah makin mahir masak terung ni nanti.

TukangKebun berkata...

Salam bonda Shafirul. Tukang kebun ada simpan kan.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak buah asam tu. Isteri mengandung mengidam nak makan.. Berapa sekilo ye,? (hazrul)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Hazrul.

Buah terung asam kami tak mula bekalkan lagi.

Tanpa Nama berkata...

Ada penerangan...bagaimana nk tanam, penjagaan, kesesuaian tanah,kaedah tbaru n lama n pasaran...

Tanpa Nama berkata...

Saya nak beli buahnya bole pos?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Biji benih dan buah tiada bekalan sekarang.