No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 13 Jun 2013

Pasar Kebun Bahagia Bersama ~ Buah Mentaga atau Buah Marjerin

 Kembali dari Sabah belum lagi sempat nak meluangkan masa di kebun cuma pusing-pusing dan tuai yang mana urgent dahulu sahaja. Sebelum bergerak holiday ke Sabah, pokok buah mentega (ini bukan pokok mangga) lebat berbuah dan ada juga yang sudah tukang kebun petik bawa ole-ole pulang ke Sabah sebab saudara tukang kebun gemar makan buah mentega ini. Di tamu Sabah pun hanya sekali tukang kebun terserempak dengan buah mentega@marjerin iaitu di Tamu Donggongon. Itupun tukang kebun mula-mula ingatkan buah lain sebab saiznya setengah saiz kecil dari yang biasa buah saiz pokok kami ada rezeki petik. Mahal juga buah ini dijual walaupun di tamu sebab jarang-jarang ada. Tukang kebun mula-mula tak tahu apa nama buah ini, tukang kebun panggil buah Afrika je sebab katanya buah ni asal dari Afrika. Bila tanya penjual ada yang panggil buah mentega/marjerin ataupun buah keju. 
 Buah Afrika ni rasanya sangat berlemak macam avocado lagi lemak. Isinya  masak berwarna kuning terang dan rasa berlemak krim macam namanya mentega. Seperti buah avocado yang jarang masak penuh di atas pokok, buah Afrika ini pun baik diperam sekejap yang buahnya dah lama kuning atas pokok setelah dipetik. Bila dah ada bau dan picit-picit dah lembik bolehlah makan atau buat juice/smoothie/ice cream. Sebagai baby food pun boleh juga macam avocado. Abby yang baru masuk berusia 10bulan, papanya suka bagi buah Afrika untuk breakfast, scoop je dengan sudu (senang time papa Abby jaga tak payah panaskan dapur, instant food). Abby pun suka ditelan-telan sahaja sambil kaki-kakinya bergoyang-goyang tanda suka. Macam avocado sedap dibuat juice campur susu pekat dan milo/serbuk koko. Sekarang ni banyak sudah ready dipetik macam gambar di atas, jadi tukang kebun buat pasar online. Penghantaran tukang kebun akan pakai Pos Laju Prepaid Box S (RM13) yang boleh diisi barang maksimum 2kg. InsyaAllah akan tukang kebun isi sekurang-kurangnya 7 biji buah mentega. Pasar online minggu ini untuk penghantaran Isnin depan ada sekurang-kurangnya 5 biji jenis tanaman tuaian segar dari Kebun Bahagia Bersama.
 Kunyit.
 Buah terung pipit. Pokok terung pipit yang ini bahagia betul kat sini sampai akar dani pun tak menang tempat dengan dia. Kesian bunga akar dani nampak kelibat sikit je di bahagian bawah.
 Yang ini tak janji, tengok keadaan hujung minggu ini. Buah belimbing masa peak season masa kami bercuti, dah kurang sikit sekarang ni. Cuba nak bahagi-bahagi tengok berapa order pesanan Pasar Isnin depan.
 Ubi sengkuang pun  tak dapat janji lagi untuk Isnin depan, tengok ada rezeki ke tidak sebab tukang kebun plan nak clear satu-dua tempat pokok sengkuang ni tumbuh. Tak boleh nak agak selagi belum digali weekend nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih tanaman-tanaman jenis lain juga akan kami packing sekali nak cukupkan dekat-dekat berat 2 kilogram.

Jika ada pesanan biji-biji benih pun boleh combine dengan shipment ini sekali. Jimat kos penghantaran.

Pasar Online Kebun Bahagia Bersama (17hb Jun 2013) ~ RM23 (termasuk sudah kos penghantaran).

Pesanan ditutup pagi Ahad pukul 10 pagi.

Limited quantity available. 

Untuk reservation boleh tinggalkan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .

11 ulasan:

smRose berkata...

saya cop! serius

linna linn berkata...

KBB nak ... nak pastikan sama tak buah mentega ni dgn yg dulu makan...

NarsHiFa berkata...

Me too!teringin nk rasa buah mentega tu :-D

gina marna berkata...

Slm...sy nak juga. Teringin nk rs :)

Bib Mohamed berkata...

saya nak, teringin nak rasa buah mentega tu.

diana, biji buah mentega tu kita boleh terus tanam ke?

Avia Mishat berkata...

Avia pon nak..teringin nk rasa buah mentega tu.

Gardener Ayu berkata...

Macamana cara tanam buah mentega ni?

TukangKebun berkata...

Tukang kebun dah kirim dengan pos laju hari ini. Dapatlah rasa tak lama lagi. Tunggu buah dah lembut boleh picit atau cucuk dengan jari baru sedap makan. Abby snack petang makan manis buahnya.

Bib biji dia boleh terus tanam.

Gardener Ayu, kami punya tanam dari biji.

yus berkata...

saya nk order buah mentega...mengidam sngt

Tanpa Nama berkata...

salam, saya ada sent email, order seeds & anak pokok.
rosniwatiamir@yahoo.com

TukangKebun berkata...

Yus Dear, nak order boleh hantar enquiries dekat email (kebunkmg@gmail.com) . Kalau awal July InsyaAllah ada atau minggu depan jika mengidam buah mentega.

Rosniwati ada saya terima, nanti saya check barang dan reply.