No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 10 Julai 2013

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

 Tukang-tukang kebun ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Selamat mengerjakan ibadat puasa. Kebiasaannya tukang kebun mana yang tuaian dapat direkodkan dalam selit-selit harian sambil menguruskan rumah dan kebun yang lintang pukang keadaannya posting tuaian di Kebun Malay-Kadazan Girls blog. Disebabkan hari ini hari pertama berpuasa dalam bulan Ramadhan ini, tukang kebun buat lencongan di Kebun Bahagia Bersama. Syukur alhamdulillah rezeki hari pertama dalam bulan Ramadhan ini seperti gambar tuaian di atas. Betik tu semalam intai baru separuh oren, pagi ini masa bagi ternakan makan tengok dah oren penuh lekas-lekas ambil sebelum kena kongsi dengan mahluk lain. Durian belanda sebiji dah kena kongsi, lekas-lekas ambil tengah fikir nak buat jus ataupun makan begitu sahaja.
 Masih tergendala kalendar semaian Kebun Bahagia Bersama disebabkan itu gambar-gambar tuaian akan menjadi rujukan kemudian bila ada terluang masa. Gambar yang terambil jadi rumusan tuaian untuk pertengahan hingga akhir bulan June. Buah bidara/ Epal Sarawak mula membesar di atas pokok, yang rajin makan begitu sahaja ialah tukang kebun Rayyan (plan ambil buat juicing tapi selalu tak menyempat). Cili ambil mana yang hendak pakai baru petik di pokok selebihnya berkongsi dengan burung. Alasan tukang kebun malas selalunya tukang-tukang kebun kecil kalau ada mood nak menolong mereka yang ambil. Buah-buah lemon masih ada cukup untuk keperluan dapur tiap-tiap hari. Bunga-bunga telang sekarang tak terambil sebab masa luang petiknya kena kongsi dengan roselle, tak sengaja kena neglected.
 Selalunya daun ginseng jawa atau akarnya dituai masa mengemaskan kawasan untuk tanaman baru. Sengkuang tidak menjadi di kawasan yang berpasir pastu tak siram masa musim kemarau. Terjumpa sebiji Labu Butternut Waltham di celah-celah pokok-pokok jagung baby blue jade.
 Buah Nam Nam baru mula hendak membesar jadi kes berebut dengan makhluk lain. Buah Serala juga galak berbuah tapi tak terambil sebab pokoknya nak dekat penghujung tanah belakang tak kesampaian nak pusing-pusing.
 Jambu juga tengah membesar tapi mungkin ada ulat sebab takde masa nak balut buah-buahnya. Garu-garu kepala terjumpa buah markisa tak perasan ada buah atas pokok. Betik musim kemarau lepas cepat sungguh buah-buahnya masak.
 Tuaian paling terkejar-kejar bulan June-Julai yang perlu dituai selang 2-3 hari ialah Bendi Burgundy, Bendi Mammoth Spineless dan buah roselle yang galak sungguh berbuah sampai tukang kebun jadi stress pun ada asyik nak kena beringat tuai buahnya selalu supaya pokok-pokoknya rajin berterusan berbuah. Tak lama lagi Bendi Clemson Spineless yang telah mula berbuah minggu lepas juga perlu nak kena ingat check selalu. Semua jenis-jenis bendi tersebut sedang tumbuh sekurang-kurangnya jarak 10meter berasingan untuk jenis yang lain.

11 ulasan:

Gardener Ayu berkata...

Salam Ramadhan, Diana, Alhamdulillah kiriman selamat diterima hari ini. Labu Butternut Waltham tu nampak menarik hehe. Ada plan nak jual benihnya kah?

HangKebon berkata...

Banyaknya hasil tuaian.....selamat berpuasa to u & ur family too...:)

NarsHiFa berkata...

Salam Ramadhan :-)

Seronoknya kalau hdgn sahur & berbuka adalah fresh dari kebun sendiri.saya menunggu reply dari tukang kebun Diana ;-)

Kadazan sis.TRG berkata...

Salam. Tuaian yang sangat memberangsangkan. Pokok Mulberi sy selamat berbuah(1st harvest-this week), itupun berebut dgn burung. Selamat berpuasa.

gina marna berkata...

Selamat berpuasa tukang2 kebun semua :) banyaknya hasil tuaian..

TukangKebun berkata...

Salam Ramadhan Gardener Ayu.

Syukur Alhamdulillah selamat terima bungkusan. Hehehe...InsyaAllah nanti kalau ada rezeki lebih adalah tu dalam list stock Kebun Bahagia Bersama untuk biji benih organik Butternut Waltham.

Salam Ramadhan HangKebon.

Selamat mengerjakan ibadat puasa to you and your family. Syukur alhamdulillah ada rezeki dari kebun di belakang tu.

Salam Ramadhan Narshifa ~

Bolehlah ada alasan tidak perlu ke bazaar Ramadhan yang selalu beli terlebih. Sini pun kekadang terbuang juga hasil sendiri tak terguna sebab ada pilihan pelbagai.

Salam Ramadhan Kadazan sis.TRG.

Kalau makanan yang selalu kena berebut dengan burung dan makhluk lain bermakna very good food :) .

Salam Ramadhan Gina.

Syukur alhamdulillah ada juga hasilnya walaupun setelah banyak kali tinggalkan sebab asyik travelling.

cikin_amin berkata...

as salam,
saya nak tny kat mana nya tmpt sy nak dpt kan bunga telang. tujuan utk masakan. sy duduk di kl. tak tau tmpt menjual bunga tersebut. ada di jual di pasar tani ke?

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Cikin_amin,
Saya tak berapa pasti ada tempat yang menjualnya atau tidak.
Sekiranya kawasan persekitaran perumahan ada tanamnya mungkin boleh tanya.
Saya duduk Sungai Buloh, bunga ni setiap hari rajin berbunga.

Bib Mohamed berkata...

diana, kalau ada extra benih waltham butternut, simpankan utk saya 1 pek ye. tq.

jk berkata...

Hi Diana, do you have any Burgundy Okra seeds for salel?
- Beginner gardener from Selangor.

TukangKebun berkata...

Hi JK.

Yes we do have fresh burgundy okra seeds upon request.