No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 20 Julai 2013

Tapak 3 Hutan Rimba Roselle

 Semaian biji-biji benih roselle yang telah tumbuh banyak generasi di Kebun Bahagia Bersama pada bulan Mac-April tahun ini sangat memberangsangkan dan tidak memerlukan pemerhatian yang banyak. Dari trial tukang kebun menanam roselle kali ini tanpa menyiramnya banyak boleh kira dengan jari-jari di tangan sahaja cuma pada masanya baru dipindahkan cuma apabila 3 hari tak hujan, pokok roselle yang dipindahkan sekitar bulan April sangat baik dan pantas pertumbuhannya. Selain itu, tukang kebun cuba tanam anak-anak pokok roselle di pelbagai kawasan yang berlainan di KBB untuk mengkaji di manakah tempat yang paling sesuai pokok-pokok roselle hidup bahagia sendiri tanpa pertolongan tukang kebun. Kiranya nak amalkan teknik permaculture. Antara tempat-tempat pertumbuhan roselle yang sangat mengujakan sampai setiap kali tukang kebun kembali dari bercuti di Sabah bagaikan kilat meninggi dan merimbun adalah di belakang rumah dan bersebelahan tempat menyidai kain. Gambar yang diambil adalah 2 minggu lepas dan tingginya pun sudah lebih 2 meter. Tanah di situ jenis berpasir sedikit dan menerima banyak cahaya matahari, walking iris juga hidup subur di sini, cuma sengkuang tidak begitu menjadi ubinya walaupun daunnya nampak subur. Kerana tukang kebun tidak sangka pokok roselle ini akan merimbun sehinggi begini,terpaksa ada beberapa bunga jenis bawang sedang rilek-rilek di bawah kanopi pokok roselle ini seperti lycorice dan hippeastrum. Bawah kanapi roselle ini juga adalah salah satu tapak semaian pokok-pokok tukang kebun berehat.
BULAN APRIL
 Salah satu lagi kawasan yang memberikan pertumbuhan roselle yang baik adalah di tapak No. 3 KBB. Alangkah terkejutnya tukang kebun apabila bila kembali dari trip pertama ke Sabah tahun ini melihat perkembangan pokok roselle di tapak ini tumbuh mendadak setelah baru sahaja anggaran sebulan dipindahkan dengan tinggi kurang dari 20cm.
BULAN MAY
 Sebelum tukang kebun bertolak ke trip Sabah kali ke-2 tahun ini pertumbuhannya sudah lebih 2 kali ganda sebelum ditinggalkan. Tukang kebun tak pernah beri baja semasa pertumbuhan pokok-pokok roselle, yang dah biasa dengan tabiat tukang kebun akan tahu tukang kebun sebelum mula proses pemindahan anak-anak pokok akan prepare tapak menanam dengan baja seminggu sebelum menanam. Kali ini kami hanya pakai baja tahi kambing ditaburkan di atas tanah dan digembur-gemburkan tanah kemudian. Roselle tak perlu beri baja yang mahal-mahal macam pellet tahi ayam, cukup sahaja dengan jenis baja-baja ternakan lain yang boleh didapati dengan murah terdekat di kawasan anda. Kos tapak No.3 kami cuma mengeluarkan kos baja tahi kambing sahaja anggaran RM2.00, sebab kami tiada perlu keluarkan kos belanja lain seperti racun ataupun air. Bila mereka sudah saiz di atas InsyaAllah cukup dengan rezeki air hujan yang diterima sepanjang bulan Mac-July.
BULAN JUNE 2013 BULAN JEREBU
Masa yang ditunggu-tunggu di tapak semaian No. 3 ialah ketibaan musim menuainya. Dah jadi hutan rimba, tukang kebun pun dah tak boleh lalu di celah-celah pokok terpaksa berjalan meniti di tepi sempadan simen batu. Pokok-pokoknya pun kebanyakkan melebihi 2 meter. Masa digunakan di tapak No.3 setiap minggu bulan June dan Julai ialah 1 jam nak memetik buahnya.
 Ini tapak No. 7 tapi pertumbuhan roselle tidak segalak yang di tapak No.3 yang sederet dengannya walaupun mereka dipindahkan serentak. Faktor utamanya ialah tidak cukup menerima cahaya matahari kerana terlindung dengan pokok-pokok besar seperti jambu air, durian dan lain-lain. Roselle memerlukan penerimaan cahaya matahari yang banyak untuk pertumbuhan yang baik.
 Tidak perlu risau dengan saiz yang mana sesuai untuk memetik buah-buah roselle seperti bendi lebih rajin kita memetiknya lagi rajin ianya berbuah. Tukang kebun biasanya lepas putik bunga roselle kembang setelah 3~5 hari dah petik buahnya. Ini supaya pokoknya akan teruja menghasilkan putik bunga lagi seperti dalam gambar di atas untuk memberi peluang dan tenaga dipindahkan ke putik bunga berdekatan untuk membesar, jadi yang saiz macam di atas boleh dah nak petik nanti makin tua buahnya pokoknya pun cepat tua dan mula kurang menghasilkan buah.

Ini adalah antara pokok-pokok roselle yang dituai buahnya untuk Pasar Ramadhan Roselle bulan ini (bolehlah bayangkan dari mana buah roselle yang diterima diperolehi). Terima kasih atas sokongan yang diberikan dengan tempahan-tempahan yang diterima untuk Pasar Ramadhan Roselle. Yang berminat masih boleh buat reservation Pasar Ramadhan Roselle.

8 ulasan:

Umm AA berkata...

Wah suburnya roselle..pokok besar2 semua..ingat lps pantang nie nak tanam yg tukang kebun jgklah..biar tumbuh berhutan2 lebat gitu..

Awin berkata...

diana....saya nak tambah lg satu box roselle nak buat jus raya rossele

Unknown berkata...

sukanye tengok pokok roselle nih....teringin nak tanam jugak satu...tp mcm dah tade space pulak

TukangKebun berkata...

Syukur alhamdulillah UmmuAidanArissa , roselle sesuai tanam di kebun kami dan tidak memerlukan penjagaan banyak.

TukangKebun berkata...

InsyaAllah minggu depan kami pos for Awin.

TukangKebun berkata...

Boleh cuba selit-selit satu pokok lagi Yus.

Unknown berkata...

Ada jual ke? Brapa utk 1 pokok..tq

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Momo,

Anak pokoknya kami tiada stock sekarang.