No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 23 Ogos 2013

Anak Pokok Terung Dayak dan Mulberry Ranum

 Anak pokok terung dayak dah mula membesar dan nak kena pindahkan dari bekas semaian yang kecil. Semoga hujung minggu jika semuanya menginzinkan nak pindahkan juga ke batas-batas belakang. Musim perayaan bulan ini belum berpeluang nak bergotong-royong di belakang lagi. Anak pokok terung dayak atau terung heirloom Sarawak permukaan daunnya berbulu (velvety) dan makin berduri jadi berhati-hati bila nak pindahkan ianya ke batas ya. Tukang kebun hampir lupa kewujudannya dan semaian ini sebab tersorok di bawah kanopi pokok roselle.

 Daun-daun kering yang menutupi mini patch pokok mulberry banyak membantu menyejukkan tanah dan mengurangkan sejatan air dari tanah pada musim panas dan kering. Bukan sahaja itu, rumpai pun tak bermaharajalela jadi tak perlu nak weeding di patch ini. Sekarang dah mula hujan, daun kering dah mula mereput dan secara semulajadi membajakan tanah semula. Seronok memetik mulberry setiap hari sejak minggu lepas di mini patch mulberry ini untuk fresh berry makan dengan cereal breakfast Rayyan bersama susu. Mini patch ini terima full sun. Kalau ada masa ingat nak buka lagi satu mini patch mulberry berdekatan kawasan ini.

 Dah 2 hari ada masalah internet connection, email dan komen ada belum lagi dapat tukang kebun balas dengan segera. 

3 ulasan:

Umm AA berkata...

salam diana..
terung dayak nie same ker ngan terung biasa..?bestkan dpt petik mulberri hari2...

Sean L berkata...

Oh rupa-rupanya berduri macam nih. Patutlah nama lamanya S. ferox. Ada colleague saya dari Sarawak berikan buahnya, saya pun taburkan benihnya dalam petak kai lan. Dah naik dan daun dah mula bersegi-segi (dari bentuk bujur).

TukangKebun berkata...

UmmuAidanArissa ~ Terung Dayak ni rasanya lain berbanding dengan terung lain, ada rasa masam-masam. Kalau tak sempat breakfast bolehlah isi perut sikit dengan berry dari kebun.

Sean~ Rasanya pokok terung ni kalau ngam tanah, cahaya dan air boleh tumbuh besar juga. Selalunya kalau terung lain bila dah nak dekat mature size baru berduri , yang ni seedlings stage dah mula berduri daunnya.