No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Gaillardia (Indian Blanket)

Gaillardia

Bunga Gaillardia juga dikenali dengan nama Indian Blanket. Pokok gaillardia yang jenis single petal lebih sesuai tumbuh bersama tanaman jenis sayur-sayuran untuk menolong menarik Sang Lebah-Lebah datang bagi membantu pendebungaan seperti pokok mentimun. Warnanya yang terang menceriakan kebun bukan sahaja sebagai tanaman hiasan tapi juga ada peranannya.
DSC08795
Biji benih gaillardia jenis berbulu dan ringan mudah ditiup angin jadi pastikan biji benihnya tidak ditabur sahaja di atas tanah, tapi tanam ke dalam tanah lebih kurang 0.5cm. Biji benihnya yang baru sahaja bercambah.DSC09065
Pembesaran anak-anak pokok yang sudah ada daun sebenar.
DSC00019
Pokok bunga gaillardia tidak cerewet dengan jenis tanah (jangan bertakung air sudah) tapi cerewet dengan berapa cahaya matahari yang diterimanya dalam sehari. Pokok bunga gaillardia sukakan cahaya matahari jadi pastikan dalam sehari ianya mendapat ciuman sinaran cahaya sekurang-kurangnya 6 jam.
DSC08245


Gaillardia blooming
Pokok bunga gaillardia yang sudah matang tahan panas dan kering, tidak perlu kerap menyiramnya. Cuma apabila cuaca kelembapan tinggi, perlu hati-hati supaya kitaran udara kawasan pokok bunga gaillardia adalah baik supaya tidak mendapat serangan ‘powdery mildew’ seperti mentimun. Jadi elok siram ke tanah bahagian akarnya bukan atas pokok daun-daunnya. Sebagai ingatan sahaja, yang menolong siram dalam kebun bahagia bersama ini pun selalu tukang kebun pesan bukan siram atas pokok, nak siram bawah pokok kat tanah sebab akar yang menyerap air, atas pokok siram air pun membazir air sahaja.


~ Open-pollinated Biji benih bunga gaillardia (Indian Blanket) ~
Anggaran 50 biji benih satu pack RM3.00

3 ulasan:

Sean L berkata...

Hahaha, siram atas pokok rosak karpet bunga. Btw, Lycoris sanguinea is the first to take off, dah nampak off-white pointy shaped leaf dengan hujung runcing berwarna pink-red, belum hijau lagi sebab baru bangun tidur kot. Yang dua lagi tengah tidur lagi kot.

TukangKebun berkata...

Sean ~ wah wah wah seronoknya dengar berita ni, hopefully the others will wake up soon too.
Tapi betulkan secara psikologi many still siram on the plants hoping will look refresh like sayur kat pasar hehehe...

Bib Mohamed berkata...

nak 1 pek