No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 14 Ogos 2013

Hamper Hari Raya

  Beraya tahun ini, Syukur Alhamdulillah disebabkan ada tanaman di kebun yang dapat dituai hampir setiap hari dapatlah kami bawa Hamper Hari Raya sambil berkunjung ke rumah sanak saudara dan juga kawan-kawan. Hilang sedikit rasa segan sebab datang bukan dengan tangan kosong, untuk warga emas bukan sekadar duit raya tetapi dapatlah berkongsi organic food from our own backyard and frontyard. Warga emas pun sangat gembira bila menerima hamper raya yang begini berbanding dengan hamper yang dah disusun dengan process food di pasaraya yang ingredientnya kalau dibaca pun banyak gula, garam, pewarna tiruan dan bahan pengawet (selalunya saya sendiri pun tak recall bila ditulis namanya dalam istilah kimia). Ramai warga emas yang semasa mereka upaya juga pernah menanam sendiri seperti kita, bila dah berusia mungkin ada yang tidak mampu hendak mengusahakannya seseorang. Mereka juga merindui true flavour sayur-sayuran yang ditanam sendiri. Sekiranya tinggal di kawasan perumahan bolehlah ambil peluang ini untuk berkenalan dengan jiran-jiran warga emas dengan membawa 'Hamper Hari Raya' , tak banyak pun tak pe, tak pelbagai pun tak pe. Bolehlah nak merisik sekiranya boleh jadi rakan kongsi gunakan ruangan tanah mereka yang tak pakai sebab dah kurang tenaga untuk mengemaskannya ada untuk menanam dan kongsi hasil nanti. Tentu mereka suka apabila melihat ruangan luar rumah mereka yang dulunya terbiar mula dipenuhi tanaman yang boleh dimakan, bagus untuk rohani mereka dan juga jasmani gerak badan-badan sikit bergotong-royong. Tak rugi bertanya, kalau malu pun hanya sekali sahaja. Dapat pahala dan ganjaran juga sambil membantu nampak ruangan orang lain nampak rapi sambil kita pinjam ruangnya.
 Tukang kebun pun lebih 4 tahun hanya mempunyai tanah ruangan yang terhad tambahan menyewa lagi jadi tak boleh buat suka-suka hati. Container gardening dan Guerilla gardening pun sudah cuba praktik sepenuhnya. Bila merasai nak ruang lagi menanam, tukang kebun buat tebal muka tanya jiran sebelah gunakan tanah sebelah drivewaynya. Syukur alhamdulillah diluluskan `asalkan tumbuhan ornamental asal dibiarkan sahaja. Kemudian tukang kebun tanya lagi jiran depan sekali yang berkongsi driveway dengan kami, diluluskan juga asalkan pokok-pokok yang sedia ada tidak diusik. Bila tukang kebun buat Guerilla Gardening gunakan tanah reserve Majlis Perbandaran di belakang pagar rumah, belum lagi tanya jiran sebelah pelawa gunakan tanah di belakang pagarnya pun boleh juga. Maggie pengasas Hills and Plains Seedsavers juga pernah membantu tukang kebun dengan menawarkan ruangan kenalannya yang sudah berusia tidak mampu daya untuk berkebun lagi yang tinggal berhampiran rumah sewa tukang kebun tetapi terpaksa ditolak kerana tukang kebun sudah sarat mengandung dan tidak lama lagi ingin kembali ke tanahair. Cuma cadangan tukang kebun salah satu alternatif untuk menambahkan ruang berkebun sambil mengeratkan silaturahim.
 Hamper hari raya di atas untuk nenek saudara di Kelana Jaya.
 Hamper Hari Raya yang ini pula untuk gathering jamuan berbuka puasa kenalan di Kota Kemuning. 
 Hamper Hari Raya yang ini express diambil senja Isnin lepas di bahagian frontyard sahaja sebab tiba-tiba confirm lepas Maghrib beraya di Cheras rumah Pak Long dan Mak Long. Antara jenis-jenis hasil-hasil yang diperolehi dari kebun untuk Hamper Hari Raya dari kami tahun ni. Tak beberapa ada masa nak ambil gambar tuaian musim raya ni. Tapi untuk projek kalendar semaian dan tuaian rekod mana yang dapat.

 Pasar Roselle Kebun Bahagia Bersama atau Hamper Hari Raya Box untuk yang dikasihi masih KBB menerima tempahan untuk bulan Syawal ini. Boleh email pesanan ke (kebunkmg@gmail.com) .

 Pesanan untuk delivery Isnin minggu depan InsyaAllah dalam 'Hamper Box' will try to include buah roselle, petai, daun assam gelugor, belimbing buloh dan tuaian of the day bergantung kepada rezeki dari kebun. Kalau hujan hujung minggu, pokok petai tu tak dapatlah nak memanjat.

7 ulasan:

ummuaidan berkata...

selamat hari raya..
seronok siadik memilih roselle yer
banyak sungguh roselle tuh..mmg wajar dijadikan hamper...

olive berkata...

Wah! sis, remember to timbang berat roselle tu as a memory!

aida_aminshah berkata...

Diana....tq for d roselle and petai..memang teringin nak tanam...balik dari kl aida terus semai benih nye..ada yang dah kering...mudahan-mudahan hidupla.boleh buat air roselle nanti =)

TukangKebun berkata...

Selamat Hari Raya UmmuAidanArissa.

Rajin sangat si Abby nak keluarkan dari upih hehehe...

TukangKebun berkata...

Olive dear. Tak larat nak timbang dah. Everyweek average 10kg at least roselle harvest.

TukangKebun berkata...

Salam Raya Aida.

Mudah-mudahan in 3 months banyak roselle di garden Aida. Parcel received before or after Raya?

aida_aminshah berkata...

Before raya diana..amin.. :)