No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 4 September 2013

NippleFruit (Solanum mammosum)

  Please forgive us, namanya ada dalam Bahasa Kebangsaan tapi tak terkeluar pula dalam kepala otak tukang kebun ni. Tetapi salah satu namanya dalam Bahasa Inggeris sangat menarik perhatian. Ia juga dikenali sebagai Muka Musang 'Fox Face' dalam bahasa Jepun Kitsune no kao. Buah Kitsune no kao berasal dari kawasan tropika benua Amerika dan tergolong dalam kaum kerabat terung. Buahnya tidak boleh dimakan. Tetapi bahagian-bahagian tertentu organ pokok ini dikatakan mempunyai fungsi dalam perubatan tradisional di pelbagai negara yang banyak tumbuh pokok ini. Dikatakan jus buahnya boleh digunakan sebagai detergent untuk cuci baju. Warna buahnya kuning-kuning keemasan menyebabkan pokok/tangkai buahnya menjadi popular digunakan sebagai hiasan untuk perayaan tahun baru cina. Pokok-pokok bunga bagi sambutan musim perayaan tahun baru cina kebiasaannya harganya 'skyrocket'. Untuk sesiapa yang hendak save budget bolehlah cuba-cuba menanam pokok ini untuk persiapan perayaan Tahun Baru Cina. Dalam kiraan tukang kebun jikalau disemai bulan ini dan pertumbuhannya baik, ada kebarangkalian untuk pokoknya sudah berbuah dan mula menguning/ranum semasa Tahun Baru Cina.

~ Biji Benih Terung 'Fox Face' ~

1 pek anggaran 10 biji benih (RM3.00).

17 ulasan:

Nudabuffy berkata...

kalau tak salah, nama tempatan dia terung susu kambung..

Tanpa Nama berkata...

Terung Susu Kambing cik Diana

MUNA berkata...

Keep one packet for me please Diana.

TukangKebun berkata...

Orang putih pun panggilnya Cow's Udder. Terima kasih berkongsi namanya dalam bahasa.

Muna ~ Ada reserved.

Ibu Qistina berkata...

nak satu pek juga yang ni ya diana. tq

TukangKebun berkata...

Tukang Kebun simpankan untuk Ibu Qistina.

Tanpa Nama berkata...

Slmt ptg..kalau ada lg stok terung ni blh bgtau sya...sy amat memerlukan..miscall no sya 0136599096..tq..

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana saya boleh beli benih pohon terung kambing susu @ nipple fuit

TukangKebun berkata...

Boleh membuat pesanan ke (kebunkmg@gmail.com). Ada limited stock. Butiran selanjutnya akan diberikan setelah confirmation order.

Unknown berkata...

akak, sy curious ni... buah dia tak boleh makan ye?

TukangKebun berkata...

Kami tak arif Zee Kelasik mengenai edibility buahnya.
Ada yang kata yang muda-muda kalau pandai masakkan boleh.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak benih terung susu kambing, sila beri butiran pembayaran di akaun fb saya, keyz yun

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Keyz Yun.

Further details boleh enquire ke email kebunkmg@gmail.com .

Unknown berkata...

Assalam
Dimana saya boleh dapat terung susu lambing INI?
Saya memerlukan 12 biji kalau ada...
Terima kaseh.
No tel: 01128809348

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ahmad Ali.

Sekarang cuma ada stok biji benih sahaja.

Unknown berkata...

Salam,

Saya Ismail dari sabah.. msh ada lg biji benih untuk terung susu kambing (Fox face)? klu msh ada, mcm mna saya hndk mndptknnya?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Ismail,

Kami tiada bekalan biji benih segar terung susu kambing sekarang.