No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Momo Iro No Suiren (温帯性睡蓮 )

  Salam Jumaat di pagi mulia ini, bahagianya hati bila melihat bunga water lily berwarna peach yang ditanam minggu terakhir Ramadhan tahun ini kembang berseri-seri minggu ini. Beloved husband kata berbaloi dia bawa balik jauh-jauh dan hampir tersumbat dibuatnya bilik air hotel sampai pukul 2 pagi. Rasanya ole-ole paksaan yang ini paling sukar beloved husband nak melayan permintaan si isteri difikir banyak kali. Nasib baik batch hardy water lily (temperate water lily) yang di bawa balik bulan Ramadhan lalu sudah ada yang kembang, ada peluang lagi, oh my danna yoroshiku onegaishimasuNe. Next hajat besar sikit nak tambah pokok bunga lotus pula wahai beloved husband.
 Daun yang terkulai layu tukang kebun trim dan tinggalkan pucuk-pucuk yang baru di tuber-nya sebelum ditanam. Batch kali ini tukang kebun pakai pasu setengah saiz lebih kecil dari pasu yang ditanam hardy lily batch pertama dulu. Pasu yang dipakai semua adalah pasu lama yang tidak dipakai lagi dan lubangnya sudah ditutupi dengan simen. Memandangkan ada pasu-pasu yang bertindan lagi dalam semak tepi pagar tu, adalah alasan nak tambah koleksi lagi. 
 Bila nampak kudup bunganya, hati ini berasa berdebar-debar dan menghitung hari bilalah ready nak kembang. Pada awal pagi mulalah bunganya mula nak buka, dan tahulah akhirnya warna bunga water lily yang berada di pasu ini.
Bila matahari mula naik menegak, kembangan bunga water lily pun mengikut rentaknya.
Momo Waterlily in full bloom di bawah pokok kemboja Bali!
Bila dah nak senja, bunganya mula nak masuk beradu, beginilah kitarannya lebih kurang 3 hari.
 Nelayan di kawasan air tawar yang mencari rezeki di tasik yang adanya water lily sebegini pasti tidak memerlukan jam, cukup sahaja melihat stage kembang bunga water lily sudah boleh agak waktunya berada ketika itu. Pokok hardy water lily bunganya sangat peka akan perubahan kedudukan matahari pada waktu siang hari.

13 ulasan:

nadia rashid berkata...

Cantik nyer

Unknown berkata...

Cantiknya water lily ni....saya igtkan lotus....rupanya bukan..:)

Unknown berkata...

waaa cantiknye.....tenang hati tgk bunga lily

Sean L berkata...

Wah, so pretty! You are very good with water lilies.

MUNA berkata...

tak terkata

TukangKebun berkata...

Tukang kebun pun terpegun dengan kecantikkannya Nadia.

TukangKebun berkata...

Tukang kebun mengidam lotus putih pula ni Lynna. Gambar terakhir tu nampak macam lotus agaknya.

TukangKebun berkata...

Memang tenang hati tengok.waterlily YUS.

TukangKebun berkata...

Just lucky lah Sean. Lucky they don't require any special care.

TukangKebun berkata...

Tukang kebun tersenyum saja MUNA.

samarinda berkata...

TK guna tanah ape tanam waterlily nie? subur je....

samarinda berkata...

tk guna tanah ape ek tanam water plant nie? lotus ker water lilly ker, coz my plant tak besar2 still stage floating leaf jer (lotus) sedangkan dah setngh thun tanam ptut ade emergent leaf..=(

TukangKebun berkata...

Tak de tanah special Samarinda. Tukang kebun gali ambik tanah kat kawasan bakar di kebun campur dengan tahi kambing je. Lotus yang TK tanam pakai fresh seeds di rumah about 3months dah banyak daun dan keluar menegak. Waterlily dan lotus suka jenis boggy tanahnya benda mereput. Yang kedai punya multipurpose soil tak berapa sesuai ada tukang kebun cuba.