No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 8 Disember 2013

Harum Sundal Malam and my Work Bench

 Tukang kebun punya tempat kerja di sudut sebelah, depan dan belakang dipenuhi bunga macam kedai florist pula dari petang semalam. Cantik tak fresh flower arrangement di gambar atas terdiri dari bunga harum sundal malam, orkid, mawar dan kekwa. Ini ole-ole tukang kebun bawa balik dari akad nikah dan kenduri kahwin first cousin tukang kebun semalam di Kelab Shah Alam. Masa mula-mula sampai tukang kebun memang dah terpegun nampak banyaknya batang bunga harum sundal malam yang segar menyambut tetamu dan juga di atas pentas mempelai. Syukur Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar, moga pasangan pengantin baru bahagia hingga pulang kepadaNYA.
  Masa mengemas-ngemas setelah majlis selesai, tukang kebun dengan muka tak malunya tanya sponsor wedding pengantin perempuan (Mak Lang & Pak Lang) pasal arrangement fresh flowers boleh ke nak ambik hehehe...sebab dalam firasat tukang kebun, wedding planner takkan re-used sebab all are fresh flowers. Pak Lang pun terfikir kejap, of course should be fine I already paid for it...huhuhu...apalagi bersuka ria tukang kebun ambil yang berkenan di hati. Pengantin perempuan punya bouquet flower pun sangat menarik, simple yet elegant, jambangan fresh pink peonies...very unique.
 Salah satu arrangement flowers di atas meja makan pengantin.
 Yang di sebelah gambar kiri, jambangan bunga di meja tetamu, antara koleksi flower arrangement yang tukang kebun bawa pulang semalam.
 Semalam dah penat sangat, jadi tumpang dalam baldi sekejap, tangkai-tangkai bunga harum sundal malam dan bunga ros. Wah pertama kali banyak begini tangkai-tangkai harum sundal malam duduk dalam rumah, terasa diri di awang-awangan hehehe... Hari ini pun penat juga seharian memotong rumput sebab tak hujan, sampai dah senja masuk rumah pun tak nampak longkang, termasuklah kaki dalam longkang...aduh...nasib terhentak je tak terseliuh. Malam ni sambil susun barang penghantaran esok bersama wangian harum sundal malam. Tukang kebun sebenarnya tak perasan yang Datin Paduka Shuhaimi Baba ada semalam datang dengan rombongan pihak lelaki, bila dalam kereta baru mama kasi tahu. Oh adakah disebabkan itu banyak pokok harum sundal malam???

Kalaulah kita berjiran Kak Mar, teringin nak kongsikan.

9 ulasan:

hijau berkata...

Uiskhhhh kerja keras sampai terpeleot dalam longkang.... Letak minyak diana... Takut masuk angin kaki tu....

Kebun Ibu berkata...

wah Diana..cantik2 bunga2 tu ..kalau akak pun mmg teruja bila tengok bunga2 tu.....

Kebun Ibu berkata...

Diana akak nak tanye bunga peonies boleh ke hidup di tempat kita...

Unknown berkata...

Geramnyaaaaaa tgk bunga2 tuh.....bila la agaknya dpt petik bunga byk2 mcm ni from kebun sendiri....:)

gina marna berkata...

bestnyer kalau dikelilingi bunga gni...segar jer rasa

TukangKebun berkata...

Bila dah buat kerja Ima, susah nak berhenti lebih lagi ada peluang masa panjang sikit hujung minggu dan tak hujan lebat. Bila terpeleot minyak entah pergi mana...huhuhu...

TukangKebun berkata...

Bunga peonies dekat lowland jadi perlu banyak loving tender care lebih lagi mereka perlukan masa yang sejuk untuk menghasilkan putik bunga. Tak pasti jika ada sudah spesies yang boleh hidup di tropika.

TukangKebun berkata...

Marigold Lynna pun dah makin banyak berbunga boleh petik-petik.

TukangKebun berkata...

Rasa motivated nak buat kerja kan Gina.