No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 31 Oktober 2013

Mary Washington Asparagus

 Kelmarin semasa mencabut  pelbagai jenis rumput di raised bed (bekas tangki air) dekat ampaian terserempak dengan 'tombak/spear' asparagus heirloom Mary Washington. Tidak tahan dugaan, tukang kebun tuailah rasmi campur dengan nasi goreng cina. Seronok dapat tuai asparagus walaupun saiznya tak sebesar di benua Eropah tapi dari hasil tangan sendiri di tanah rendah Malaysia teruja untuk menambah bilangan pokok-pokoknya lagi. Tambahan pula nak beli asparagus dari supermarket mahal di Malaysia ini tak akan masuk dalam budget grocery kami. Ada juga nampak biji benih asparagus Mary Washington yang dituai bulan ini sudah bercambah. Lupa bila weeding baru nampak dan teringat, sebab seedling ni memang tukang kebun tak ada tolong siram, naturally biji benih dia bangun with the help of mother nature di bawah canopy pokok durian. Sebagai nota tukang kebun supaya tak tercampur jenis-jenis heirloom dalam kebun. Heirloom asparagus Connover's Colossal yang hampir setengah tahun sudah usianya pokok ditanam dari biji benih berada di petak No. 1 Kebun Bahagia Bersama.

 Stok Heirloom Asparagus minggu ini yang ada ialah:

~ Heirloom Asparagus Mary Washington

~ Heirloom Asparagus Connover's Colossal

Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00) .

Selasa, 29 Oktober 2013

Moving out Sale for Hymenocallis

 Kawasan Kebun Bahagia Bersama sejak dulu kalau musim hujan yang mendebar-debarkan ialah banjir. Bukanlah kerap tapi dalam 5~10 tahun sekali tu ada terjadi. Prihatin jugalah Majlis Daerah terkejut juga dengan kedatangan personally pegawai-pegawai datang ke rumah meminta kebenaran untuk membesarkan parit di depan rumah untuk persediaan mengelakkan banjir. Tambahan pula sungai di kampung kami ini pun selalu dipantau dan akan dikorek untuk mendalamkan sungai dan melancarkan arus air. Ada kemungkinan satu kawasan parit tembok depan Kebun Bahagia Bersama akan dibesarkan di mana deretan pokok-pokok spider lily tumbuh. Memandangkan nasib spider lily yang nak elakkan dari terkubur di situ jika projek besarkan parit akan dibuat, nak kena berhijrah ke tempat lain pokok-pokok bunga spider lily tersebut. 
 Info selanjutnya mengenai Spider Lily boleh lawat posting dulu (klik sini).

 ~ Moving out Sale for Hymenocallis ~

10 bawang untuk RM10.
Kos penghantaran RM10.

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .

Isnin, 28 Oktober 2013

Rare Heirloom Mammoth Spineless Lady's Fingers

 Bendi Heirloom Mammoth Spineless yang buahnya berusia 2~4 hari bersebelahan dengan Bendi Heirloom Burgundy yang berusia 3~4hari. Seperti binatang mammoth yang dah pupus dalam cerita animasi Ice Age, bendi heirloom Mammoth buahnya pun gemok gebu agak berbeza dengan jenis bendi-bendi lain.
 Paling sesuai dituai bila dah usia buahnya agak-agak 3 hari, sebab buahnya cepat besar. Kalau dibiarkan lebih 5 hari buahnya dah mula mengeras. Bendi mammoth kalau masakkan yang berkuah lama dalam periuk sesuai atau yang banyak kali dipanaskan macam kari. 
 Ada juga persoalaan mengenai jarak antara pokok-pokoknya? Ini keluasan 100cm X 50 cm. Jadi anggaran tukang kebun jarakkan antara semasa pemindahan anak-anak pokoknya lebih kurang 40cm. Pokok-pokok ini duduk di bawah pokok jambu yang baru diberi hard pruning oleh beloved husband jadi penerimaan cahaya matahari yang banyak sebab tak terlindung sementara pokok jambu tumbuh daun yang baru. Sebelah kiri pokok-pokoknya terhalang sikit dengan tembok penerimaan cahaya matahari jadi boleh nampak perbezaan pertumbuhan dengan kanan. Baja? Memadai dengan persiapan tanah sebelum dipindahkan anak-anak pokok digembur dengan tahi kambing.
 Antara serangga perosak bulan ini ialah yang lebih 3 hari pun melekat sesama mereka on the same spot tak gerak-gerak, sekurang-kurangnya tukang kebun sacrifice 1 buah sebab yang lain tidak diusik oleh mereka. Kemudian pokok-pokok bunga telang yang tumbuh sendiri menjalar pandai-pandai berkawan dengan pokok-pokok bendi mammoth (natural companion planting?). 

ALERT : Bendi Mammoth Spineless perlukan bantuan Seed-Savers supaya mereka tak pupus seperti furry 4-legged Mammoth.

~ Fresh Rare Heirloom Mammoth Spineless Lady's Fingers ~

Approximately 15 seeds per-packet for RM3.00 .

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .

Ahad, 27 Oktober 2013

Rare Heirloom White Balsam Multi-Layer Purple Splash

 Biji benih balsam putih multi-layer purple splash ini juga seperti Balsam multi-layer tuaian biji benih segar bulan ini diambil dari kebun mother-in-law tukang kebun. Bunga balsam berwarna putih ini berlapis dan seperti secara rambang diwarnakan dengan warna ungu di kelopaknya. Balsam putih dwi-warna ini adalah jenis heirloom.
 Pokok bunga balsam putih dwi-warna dengan iklim di Lembah Klang ini sungguh mudah tumbuh tidak memerlukan banyak pemerhatian. Pokok bunganya hidup kembang berseri di kawasan yang penerimaan cahaya matahari yang banyak. Pokok bunga balsam jarang-jarang ada musuh.
 Ada juga yang balsam putih dengan random splash warna merah. Tetapi stok bekalan balsam jenis ini, kali ini lebih kepada random splash warna ungu.

~ Rare Heirloom Fresh White Multi-Layer Balsam with Purple Splash Seeds ~

Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek (RM3.00) <Limited Seasonal Offer>.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Anak Pokok Sweet Basil Large Italian Leaves

 Jawapan untuk yang berkongsi pasu dengan pokok-pokok bunga seri pagi dari posting semalam ialah pokok-pokok herba Sweet Basil Large Italian Leaves. Sebenarnya pokok-pokok herba sweet basil dalam pasu di atas bukan ditanam oleh tukang kebun cuma ianya tumbuh dengan sendiri dari biji-biji benih yang jatuh bertaburan dari asal pokok yang ditanam untuk pertama kali di kawasan tersebut awal tahun ini. Tukang kebun saja suka-suka tanam biji-biji benih Ipomoea tricolor antara pokok-pokok herba sweet basil large Italian leaves sebab tabiat lama tukang kebun pantang nampak kalau ada ruang di dalam bekas. Bagi gardeners yang dah lama kenali kami kenal yang kami memang selesa dengan container gardening. Tidak disangka ngam pula hubungan bunga seri pagi yang dah menjalar menghala ke atas pokok Ri Ri Ying dengan pokok herba sweet basil large Italian leaves. Memandangkan Sweet Basil Large Italian Leaves dan Ipomoea tricolor sukakan sangat cahaya matahari (Full Sun), mereka sesuai tumbuh bersama.
 Tukang kebun suka biarkan pokok-pokok basil berbunga untuk makanan si lebah-lebah pelbagai jenis berterbangan di kebun. Cuba perhatikan daun-daun pokok sweet basil apabila tanda-tanda mula menghasilkan kuncup-kuncup bunga, daunnya akan tumbuh menjadi mengecil. Biji-biji benih fresh Sweet Basil Large Italian Leaves masih dibekalkan (klik sini). Memandangkan ada juga pesanan untuk pokok-pokok sweet basil, Kebun Bahagia Bersama juga membekalkan pokok sweet basil sekarang bagi gardeners lain juga.

~ Anak pokok Sweet Basil Large Italian Leaves ~

1 pokok RM4.

Boleh juga campur dengan pokok jenis lain dalam pakej '3 Plants Mix for RM10' .

Jumaat, 25 Oktober 2013

Pink Ipomoea variada


 Antara warna bunga seri pagi dari pek random mixed Morning Glory Tricolor (Ipomoea variada) berwarna merah jambu kembang berseri pada waktu pagi di kebun kami melilit pokok jenis citrus yang tumbuh sendiri di antara batu-bata depan dapur. Daun-daun pokok citrus yang identiti-nya masih belum diketahui kena makan ulat bulu bertanduk, si seri pagi tolong cover-coverkan sikit. Pokok seri pagi ini berkongsi pasu dengan siapa ya (jawapannya esok).

Isnin, 21 Oktober 2013

Pinto Peanut

 Tumbuhan pinto peanut atau dikenali juga dengan 'Arachis pintoi' adalah tumbuhan kacang yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan kacang tanah ataupun tergolong dalam kumpulan Fabaceae berasal dari sebuah kawasan di Brazil. Bila dilihat secara dekat daunnya memang mirip macam kacang tanah tapi tiadalah kacang tanah yang lumayan yang dihasilkan seperti kacang tanah. Sifat pembiakannya lebih kepada 'creeper' plant  atau menjalar menggunakan rizom yang tumbuh dalam tanah perlahan-lahan spreading bukan jenis tumbuhan yang self-seeded.
 Rupa bentuk muka bunga kacang pinto ini mirip dengan bunga sweet pea yang harum tu seperti bunga pokok kekacang yang lain. Keluarga kekacang adalah jenis tumbuhan yang boleh mengikat unsur nitrogen yang penting dari udara ke tanah dan membantu menyuburkan tanah. Nitrogen adalah unsur penting untuk tumbuhan membesar disebabkan itu ada yang mensyorkan untuk menanam jenis tumbuhan kekacang untuk menyuburkan tanah. Salah satu alternative ialah menggunakan kacang pinto untuk membantu menyuburkan tanah. Ianya juga salah satu tumbuhan yang dapat digunakan di dusun untuk menghalang pertumbuhan rumput dari bermaharajalela dan juga digunakan untuk tumbuhan yang diragut oleh binatang perternakan sebagai makanan.
 Tumbuhan kacang pinto juga sangat rajin berbunga, kalau dah banyak seakan macam bunga liar menutupi padang macam di luar negara sejuk. Setelah mempunyai sistem akar yang kuat, jangan risau kalau pakai mesin rumput yang jenis tolak tu tiap-tiap bulan boleh potong, lagipun pokoknya jenis sangat renek jadi blade di mesin rumput  tak beberapa menjejaskan pokoknya cuma macam kena trim sikit je bila lalu atasnya. Pokoknya bila dah well-established sangat kuat dah biasa dipijak-pijak jalan atasnya. Tumbuhan kacang pinto sudah berbelas-belas tahun menghuni Kebun Bahagia Bersama, slow and steady menjalar di kawasan depan pintu dapur, bukan jenis yang invasive type. Tumbuhan kacang pinto adalah tumbuhan yang bagus sebagai tumbuhan menutupi tanah dan juga mengurangkan rumpai jenis lain untuk bercambah.

~ Pokok kacang pinto ~

1 bekas RM4.

Atau 3 bekas RM10.

Ataupun boleh campur dengan tumbuhan jenis lain di page ' 3 plants mix for RM10 ' .

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen (jangan lupa email) ataupun di (kebunkmg@gmail.com) .


Ahad, 20 Oktober 2013

Fresh Angle Luffa Seeds

 Biji-biji benih petola segi yang disemai terus ke tanah pada pertengahan bulan Mei lalu telah banyak memberikan buah-buah petola kepada kami sehinggakan pada musim Raya Aidilfitri lalu banyak dapat kami jadikan sebagai hadiah hamper hari raya untuk saudara mara. Setelah biji benihnya disemai tidak sampai 2 bulan sudah dihasilkan buah-buah untuk stok sayuran segar dari kebun. Ketika peti ais asyik rosak, buah-buah petola segi segar adalah antara penyelamat utama dibuat lauk untuk kami sekeluarga. Tidak pernah langsung diberi makan dan minum semasa pertumbuhannya, tapi galak sungguh ia berbuah. Memadai dengan persiapan tanah digemburkan dengan tahi kambing sebelum benih disemai, kemudian nasibnya bergantung sepenuhnya dengan rezeki air hujan, almost maintenance free. Biji-biji benih yang disemai sudah beberapa generasi benih yang dituai sendiri oleh tukang kebun di Adelaide dahulu, tak disangka betapa seronoknya benih tersebut mendapat perubahan cuaca di Sungai Buloh. Kebetulan pula semasa rancak berbuah musim panas berjerebu di Sungai Buloh (Jun~Julai) . Nenek moyang biji benih yang dituai dahulu kerap terdedah dengan heat wave, panas dan kering serta malam yang lebih sejuk dari mana-mana Tanah Tinggi di Semenanjung ni. Salah satu hikmah mengumpul biji benih dari kebun sendiri dan bukan dari 'greenhouse', dari satu generasi ke satu generasi biji benih tersebut akan imprint dalamnya keadaan cuaca yang sudah adapt perlahan-lahan.
 Sebenarnya ada satu sifat yang tukang kebun selalu hairan dan tertanya-tanya dengan timing rancak kembang bunga petola segi dari kebun Adelaide hingga ke kebun Sungai Buloh. Dari pemerhatian tukang kebun, bunga-bunga petola segi kebanyakkan lebih mula berkembang banyak di sebelah petang berbanding pagi. Dulu di kebun Adelaide, tukang kebun rasa mungkin cuma perasaan tukang kebun sahaja kut, tapi rupanya sama juga pemerhatian di kebun Sungai Buloh kembangnya lebih kepada sebelah petang. Untuk mereka yang bekerja, di mana pollinators kurang sempatlah nak pollinate petola segi selepas balik kerja kalau sampai rumah sekitar pukul 6 (Gambar di atas diambil waktu senja).
 Petola segi yang ditanam sebenarnya pancangnya dikitar semula dari buloh bendera PRU13 tahun ini. Petola segi tak perlu tunggu besar nak tuai, saiz 20cm pun dah sedap nak tuai. Lama-kelamaan si petola asyik nak menceroboh kawasan hutan rimba roselle sampai tak perasan duduk celah-celah roselle hinggalah masa mengutip buah roselle.

~ Open-Pollinated Organic Angle Luffa Seeds ~
Anggaran 10 biji benih 1 pek (RM1.00)

Sabtu, 19 Oktober 2013

Pokok Ulam Raja

 Pucuk-pucuk pokok ulam raja adalah salah satu salad tradisional tanahair kita. Yang berminat kebun herba, atau makan ulam-ulam, pokok ulam raja jadi kewajipan nak ada dalam kebun. Confession of this gardener, tukang kebun kalau ulam jenis dikategorikan pahit ni susah sikit nak masukkan dalam mulut. Oleh itu, pada mula-mulanya tukang kebun memang tiada rancangan (hajat) rajin nak tanam pokok ulam raja di kebun. Tetapi tiba-tiba tumbuh sepokok ulam raja di depan arah pintu dapur cepat besar sendiri bagaikan johan tanpa tukang kebun sedari. Agaknya biji benih yang diambil oleh beloved husband dari kampungnya ada yang terbang kut dari tempat mengering benih (ataupun yang sorok-sorok teringin nak makan campakkan benihnya) buatkan adanya sepokok ulam raja berdiri dengan segaknya di dalam kebun kami. Bila makan pucuk ulam raja dari kebun sendiri rasa sedap pula setelah kena goda tengok beloved husband makan macam berselera je dengan budu. Tukang kebun pun sekarang dah pandai makan pucuk daun ulam raja. Akhirnya, kami biarkan pokok ulam raja tersebut berbunga-bunga dan benihnya terjatuh-jatuh di tanah mengakibatkan banyak anak-anak pokok ulam raja tumbuh sendiri sehingga menutup pokok-pokok asal lain. Ramai juga gardeners yang bertanyakan mengenai pokok-pokok ulam raja tukang kebun ada atau tidak sebab sudah beberapa kali dicuba dengan biji benih tapi belum ada rezeki. Tanam satu pokok, bila dah berusia pokoknya biarkan sahaja berbunga, InsyaAllah lepas ni tak perlu tanam lagi dengan anak-anak pokok yang muncul bagaikan magic di celah sini sana.

~ Pokok ulam raja ~
1 pot RM4.
Atau 3 pots for RM10.

Ataupun boleh campur dengan tanaman lain dalam kategori ' 3 plants mix for RM10' (klik untuk visit page tersebut).

Jumaat, 18 Oktober 2013

Fresh Cupid's Flower Mixed Seeds (Ipomoea quamoclit)

 Pokok bunga cypress vine yang ada pada satu era pernah menjadi popular menjadi pokok bunga hiasan yang melilit-lilit pagar rumah. Pokok bunga cypress vine memang mudah tumbuh di kawasan tropika di kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak. Warna bunga cypress vine yang biasa kelihatan adalah warna merah. Sebenarnya ada juga yang berwarna putih dan juga merah jambu.
 Walaupun pokoknya nampak seperti hiasan, ada nilai perubatan juga pokok cypress vine digunakan di merata-rata dunia ini. Salah satu nilai perubatannya, daun pokok cypress vine boleh ditumbuk lumat kemudian ditampalkan di kawasan yang mengalami pendarahan akibat buasir (hemorrhoids). Ada laporan mengatakan daunnya boleh dimakan tapi perlu dimasak terlebih dahulu, menyejukkan dan boleh mengakibatkan seseorang menjadi mengantuk. Sebab itu, ada yang kata boleh membantu mengurangkan demam (elok mendapatkan nasihat pakar dahulu sebelum mencuba).
 Tuaian biji benih fresh minggu ini di Kebun Bahagia Bersama salah satunya ialah biji-biji benih pokok bunga cypress vine (Ipomoea quamoclit) random mixed warna merah, putih dan merah jambu. Biji benihnya lebih mudah disemai terus di tempat ianya hendak biarkan tumbuh. 
Anak pokok bunga cypress vine baru bercambah dari biji benih (cotyledon stage).

~ Fresh Cypress Vine Mixed Colour Seeds ~

Approximately 30 seeds for 1 packet RM3.00.

Boltardy Beetroot

 Beetroot Boltardy warna isinya sangat merah ke arah warna coklat. Bentuk bulat dan jenis tahan cuaca panas apabila pokoknya sudah dewasa. Beetroot yang muda usianya adalah sebenarnya lebih manis dari yang dibiarkan membesar. Beetroot boltardy sesuai juga ditanam dalam bekas.
 ~ Biji Benih Beetroot Boltardy ~
Anggaran 50 biji benih 1 pek RM3.00 .

Khamis, 17 Oktober 2013

Hurricane Lily (Lycoris Radiata)

 Moga Raya Haji minggu ini, semua bergembira bersama keluarga tersayang. Di dalam Kebun Bahagia Bersama Lycoris radiata menyambut dengan girang raya haji bersama-sama tahun ini. Tidak disangka-sangka antara bawang-bawang lycoris yang ditanam, yang paling baru ditanam bersebelahan veteran Lycoris aurea yang bangun dari tidur dahulu. 
 Jangan risau jika bawang lycoris duduk sahaja diam (dormant) sekian lama bila ditanam sebab memang tabiatnya begitu, the silent ninja. Biasanya lycoris akan terus berbunga tanpa mengeluarkan daun dahulu. Kalau keluar daun dulu tunggu kitaran hidup seterusnya, biar sahaja berdaun hingga dirinya sendiri tahu bila nak terkulai layu setelah cukup tenaga disimpannya untuk musim bunga seterusnya. Bawang lycoris jenis yang suka berjemur di tengah panas, bukan jenis bawang yang perlukan pre-chilling untuk berbunga seperti tulip mahupun daffodil. Cukup sahaja seminggu sekali disiram bila bukan musim hujan. 
 Lycoris radiata berasal dari kawasan 'warm temperate' di bahagian selatan Jepun, Korea atau China yang tidak ada 'frost' kerana bawangnya dikatakan hanya boleh bertahan hingga suhu 5 darjah Celsius. Kebiasaannya ditanam pada musim panas, dan bangun pada musim luruh bila musim hujan ribut melawat kembali, disebabkan itu di belah benua America diberi gelaran 'Hurricane Lily'. Pokok bunga Red Spider Lily banyak ditanam di tepi sawah padi di Jepun untuk mengelakkan dari binatang perosak mendekati kawasan penanaman padi kerana bawangnya adalah toxic jika dimakan mentah. Binatang adalah lebih arif dan peka terhadap unsur-unsur yang mengandungi racun, untuk menghalang ayam-ayam dan kucing kami dari mencakar rancangan sekarang adalah membina benteng pertahanan dengan bawang-bawang lycoris menjaga tanaman lain yang baru dipindahkan.
 Bawangnya boleh makan cuba nak kena masak dan minta tunjuk ajar pakar herba dahulu untuk mengendalikannya. Ianya bukan sekadar pokok hiasan tetapi Lycoris radiata adalah herba ubatan traditional berkurun-kurun lamanya di negara China. Akarnya dikatakan membantu merawat sakit ulcer atau bengkak. Banyak kajian sekarang dijalankan untuk menggunakan bahan semulajadi yang ada dalam tumbuhan Lycoris Radiata seperti galantamine berpotensi untuk merawat pesakit Alzheimer, paralysis dan . Kajian juga dijalankan untuk merawat penyakit seperti tumor dan cancer.

~ Hurricane Lily / Red Spider Lily (Lycoris radiata) ~

 1 Bawang RM12.00 (Stok terhad).

Minggu ini mungkin tukang kebun masih bekalkan dalam bentuk bawang.
Tapi minggu depan ada kebarangkalian tukang kebun akan tanam semua bawang lycoris radiata.
Bentuk bawang kos penghantaran adalah lebih murah berbanding dengan yang sudah ditanam.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Crinum Kembang Malam Jumaat

Tukang kebun ingatkan crinum jenis ini mula kembang di waktu pagi setelah kena kiss dengan matahari. Rupanya mula kembangnya di waktu malam. Tidak akan tambah ilmu tukang kebun semalam jika secara kebetulan semalam kami keluar menghantar Ilhan ke kelas piano. Terkejut tukang kebun bila keluar dari pintu dapur nak buka frontgate nampak bunga crinum sudah kembang ingatkan esok hari. Adakah disebabkan crinum warna putih kembang malam untuk attract nocturnal creature dengan baunya?
 Pokok bunga crinum ni tangkai bunganya jenis tinggi, lebih tinggi dari Rayyan Haniel yang berusia 4 tahun. Cepat-cepat ambil gambar sebelum menghantar Ilhan.
 Ilhan Mikhail berusia 6 tahun juga nak ambil gambar bersebelahan dengan pokok bunga crinum yang rendah sedikit daripadanya lepas pulang pakai baju tido pun tak betul takut photo session over.
 Terubat pula rindu nak balik Kiulu asal usul Crinum jenis ini dibawa pulang kali terakhir berada di sana June lepas. Papa dan Mama beraya di Sabah, anak-anak semua di Sungai Buloh sahaja. Besar bawang saiz flowering Crinum ini lebah besar dari penumbuk tukang kebun. Pagi ini, bunga crinum ini masih kembang berseri dan putik-putik bunga lain akan kembang menyusul satu demi satu macam nak menyambut Raya Haji.

Khamis, 10 Oktober 2013

Pot Pet Pot Petak 1

 Rupa-rupanya ini salah satu puncanya...
 Dah banyak kali ditariknya kemas daun keledek setiap kali operasi mencabut petak tempat weed bermaharajalela tapi meriah je daunnya menjalar memanjat sini sana. Sedang tukang kebun cabut cabut anak-anak pokok hutan tiba-tiba tergali keluar baby keledek-keledek tanpa disangka. Bila tukang kebun ikut akarnya terkejut nampak ada ubi besar tersembul bahagian atasnya keluar nampak macam sengkuang je rupa bentuknya. Rupa-rupanya ubi keledek yang besar dari 2 tapak kaki tukang kebun ini menjadi punca keledek-keledek memanjat segala tanaman dan pagar petak 1. Selalunya setiap kali tukang kebun tanam keledek dalam deretan petak bahagian ini dahulu tak berisi gara-gara digali oleh si tikus sebesar lengan. Kali ini gara-gara keledek tumbuh sendiri sampat petak No. 3 Rimba Roselle pun dijumpai ubi keledek,
 Petak No. 1 ni pun memang ginseng jawa ditarik will come again dengan pantasnya. Setiap kali kemas banyaklah stok akar ginseng jawa diberinya. Kalau rajin dikutip semua tak cukup 1 bakul.
 Di petak No. 1 ni ada pokok limau tinggi. Tukang kebun hairan tengok ada sangkar besar dekat atas dahan pokok limau ni, Tengok rupa bentuknya macam bukan sarang burung. Ada kemungkinan besar ni sarang tikus nak selamatkan diri dari natural predator yang banyak di rumah dan juga uninvited feline suka meronda di bekas sangkar ayam/burung dahulunya. Tak tau kenapa banyak sangat kucing-kucing jantan asyik nak mengorat kucing-kucing betina di rumah. Pokok salak gigantic dekat belakang pun yang banyak berduri si tikus boleh buah sarang.
 Si Putih , Puss next to the boots, kucing jantan paling tua (at least 14 years old) di rumah having siesta. 
 Petak No. 1~3 dah kemas, tengah fikir nak tanam apa yang sesuai yang tak perlu dijaga ikut musim ini.