No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 31 Disember 2013

2013 yang istimewa buat Kebun Bahagia Bersama

 Sekejap sungguh tahun 2013 berlalu, beberapa minit berdetik lagi akan masuk tahun 2014. Mengimbas kembali detik-detik manis pada tahun 2013 bagi Kebun Bahagia Bersama team members ialah peluang yang telah diberikan oleh rakan-rakan yang berminat berkebun kepada kami untuk mengenali lebih mesra dengan kunjungan ke Kebun Bahagia Bersama ataupun memberi peluang untuk kami melawat kebun-kebun mereka. Dengan ini dapat mengeratkan tali silaturahim sesama kita hilangkan rasa segan. Antara peluang lawatan yang diberi kepada kami ialah:

~Awin, tukang kebun di Petak Hijau (Errr...kotak itu masih kosong tapi menjadi sokongan kepada sepokok Frangipani Bali Kuning.

~ Mama Pongkey di Kuantan tukang kebun 'Homely Chaos' sentiasa memberi dorongan dan berkongsi tips-tips kesihatan. Syukur Alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah haji dan mendoakan kesejahteraan kami.

~ Mak Aji @ Ummu Madihah tukang kebun 'Greenfingers' pun kurang 10 minit je drive dah sampai betapa dekatnya jarak antara kami. 

~ Setelah lama mengidam dan terliur-liur tengok masakkan  'Jom masak,jom makan-makan' dapur CikManggis, langkah kanan kami tahun ni.

Semasa tukang kebun terguling-guling menghadapi peak postnatal depression dahulu Kak Mar tukang kebun 'SUKA-SUKA' memberikan semangat kepada tukang kebun bertanya berita. Kak Mar jugalah antara tulang belakang yang memberikan keyakinan kepada tukang kebun untuk membuka 'Kebun Bahagia Bersama' (kalau ingat biji benih carnation mesti teringatkan Kak Mar). Kebetulan papa tukang kebun pun orang Negeri jadi seronok membaca posting kak Mar.

Tukang kebun pula kantoi di dalam group gardening di Facebook dengan Madam ChickChick tahun ni sebab watermark di dalam gambar memberikan hint yang buat posting di Facebook tersebut adalah tukang Kebun Bahagia Bersama (Malay-Kadazan Girl). Di facebook tukang kebun kebiasaannya anonymous tak declare dirinya penulis Kebun Bahagia Bersama. Tidak disangka bahawa Madam Chick Chick sudah lama mengikuti perkembangan kami dari Adelaide lagi. Thank you for the visit and wisdom Madam Chick Chick semoga dapat kami berkunjung ke kebun madam Chik Chik bersama CikManggis nanti. Rupa-rupanya menerusi penulisan blog, kami berpeluang untuk bertemu dengan bekas-bekas pelajar dari Adelaide.

Antaranya juga adalah Sean, tukang kebun 'Half a pound of treacle' sudi melawat kebun kami dengan ole-ole yang sangat bernilai. Terima kasih tidak pernah lokek dengan ilmunya. Sudah banyak kali membantu tukang kebun identify tanaman di Kebun Bahagia Bersama.

Terima kasih kepada Kak Ros (Jasin), Kak Azira dan Kak Yanna selalu bersabar atas kelewatan tukang kebun balas email dan perkongsian pengalaman bukan sahaja gardening-related tapi kehidupan.

Tukang kebun nak ucapkan terima kasih kepada semua sebenarnya atas sokongan yang diberikan kepada Kebun Bahagia Bersama tak sempat nak tulis semua ni sebab masa dah nak masuk tahun 2014.

Sebelum itu, tukang kebun sekeluarga ingin mengucapkan takziah kepada Nudabuffy sekeluarga dan Al-Fatihah.

Tahniah kepada Eila yang baru sahaja mendapat cahaya mata baby girl.
 
 Minggu lepas, baby lotus tukang kebun beri kembangan bunga yang ketiga (atas) dan serentak mula kembang bersama baka original (bawah) di Kebun Bahagia Bersama macam celebrate juga kelahiran Baby girl Eila.
 Dari minggu lepas tukang kebun agak sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Tahun 2014 Ilhan masuk darjah satu dan adiknya Rayyan pertama kali masuk tadika. Tukang kebun rasa tiada masalah dengan Ilhan cuma papa Rayyan nak kena sabarlah ya beberapa hari hantar Rayyan ada rasa gerenti menangis bila nak ditinggalkan di tadika. Hujung minggu lepas bawa mereka ke Sunway Pyramid , Ilhan nak tengok perhiasan Krismas.

 Semoga tahun 2014, Kebun Bahagia Bersama mendapat peluang melawat kebun-kebun tukang kebun lain juga. Antara yang teringin kami nak lawat ialah Kebun Kak Mala di Langkawi (My Green Eye's). Gambar morning glory yang pertama di atas adalah dari Kebun kak Mala sangatlah meriah berbunga. Terima kasih juga kepada Kak Ros di Jasin memberikan undangan. 

Rabu, 25 Disember 2013

Suasana SemulaJadi Krismas di Kampung

 Ahli Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Selamat Hari Natal bagi yang menyambutnya. Selalunya kalau Hari Natal tukang kebun akan teringat kampung mama tukang kebun di Kampung Poturidong Kiulu Sabah. Memang terasa rindunya lebih-lebih lagi minggu ini ternampak pula gambar di atas yang dipaparkan di facebook first cousin kami Freddy. Dia dah bagi signal dah tak lama lagi musim mengetam padi bukit dah nak dekat minta anak-beranak yang free standby mode untuk bergotong-royong. Sesiapa yang nak bakar lemak di badan dialu-alukan. Gambar di atas padi huma/bukit yang ditanam secara tradisional dan manual labor. Kebun Bahagia Bersama di Sungai Buloh pula sebenarnya bekas kawasan sawah padi. Masa kecik-kecik bila gali tanah musim kering pun ada belut/keli.
 Ini gambar mama tukang kebun ambil, baru-baru ini dia balik kampung sekejap ada mesyuarat untuk pembangunan kampungnya di kawasan 'Tagal' atau sanctuary ikan kelah. Seronokkan dekat sungai ikan-ikan kelah manja-manja datang keliling (more info klik sini). Kawasan perkampungan biasanya nak kena seberang sungai dengan jambatan gantung. Jadi sukar juga nak bawa barang besar atau bahan macam batu-bata nak menyeberang sungai sebab kenderaan tak boleh lalu. Angkat barang nak kena guna kereta sorong pastu jambatan dah lah goyang-goyang kena ada skill sikit. Dengan adanya jambatan ini bolehlah membantu penduduk di kampung ini. Walaupun kalau musim hujan gerenti tak boleh lintas dengan kenderaan, dapat jugalah memudahkan urusan penduduk kampung ini.
 Minggu ini penampilan pertama menceriakan Kebun Bahagia Bersama ialah bunga jenis sweet pea yang biji benihnya ada dijumpai di dalam makam Firaun Tutankhamun (King Tut Pea klik sini)<Lathyrus sativus>. Hadiah Hari Natal dari Kebun Bahagia Bersama menceriakan tukang kebun, punyalah lebar senyum sorang-sorang dalam kebun. 

Wishing you a Merry Christmas.

Isnin, 23 Disember 2013

SunRoot

 Akhirnya sudah 2 generasi Sunroot (Sunchoke/ Jerusalem Artichoke/ Earth Apple) berjaya tumbuh dengan mudah di Kebun Bahagia Bersama tanpa banyak penjagaan (minimum care). Azam seorang ibu kepada anak-anaknya ialah memperkenalkan dan pendedahan pelbagai jenis makanan kepada anak-anaknya. Diet dalam bentuk tenaga zat karbohidrat bukan sahaja dari nasi tetapi pelbagai bentuk. Sebenarnya tanam Sunroot adalah lebih mudah dari menanam ubi kentang di kawasan tropika. Tambahan lagi sunroot adalah alternatif lebih sihat untuk dimakan dari ubi kentang bagi mereka yang menghidap diabetes. Sunroot adalah kaya dengan inulin (bukan insulin). Sunchoke yang ditanam di kawasan panas lebih mengandungi inulin berbanding dengan kawasan yang kurang panas. Perbandingan pengalaman menanam sunroot di Mediterranean dan Tropika, lebih cepat tuaian ubi sunroot di tropika dalam masa 6 bulan. Jadi kitaran semula menanam sunroot boleh 2 kali setahun di kawasan tropika.
 Sunroot sebenarnya adalah spesis yang sama keluarga dengan bunga matahari. Oleh itu, bentuk bunganya memang berwarna kuning mirip dengan bunga matahari. Dilaporkan bahawa di tempat yang lebih bermusim sejuk pokok sunroot jarang sekali berbunga. Tetapi di kawasan yang lebih panas seperti Mediterranean akan menghasilkan bunga. Kawan blogger tukang kebun yang biasa menanam Sunchoke di allotment nya di Britain mengatakan tumbuhan sunchoke beliau tidak pernah menghasilkan bunga. Dari pengalaman tukang kebun di kawasan Mediterranean di South Australia ianya menghasilkan bunga. Kemudian mari kita lihat adakah di kawasan tropika ianya berbunga? Semasa menanam anak pokok sunchoke November tahun 2012, pokoknya tidak menghasilkan bunga. Tetapi bila menanam pada bulan Mei 2013, pokok sunchoke menghasilkan bunga-bunga matahari di dalam Kebun Bahagia Bersama. WHY? Mudah sahaja jawapannya sebab pokok sunchoke adalah pokok yang sensitive kepada perubahan daylight. Pokok sunchoke akan menghasilkan bunga apabila hari siang atau day-light bertambah pendek. Kita mungkin rasa di Malaysia ini tiada perubahan day-light yang ketara. Tetapi perubahan day-light makin panjang atau singkat itu ada. Disebabkan Semenanjung Malaysia ini terletak di sebelah Hemisphere Utara garisan khatulistiwa maka sekarang ini hari siang makin memanjang ikut orang sebelah Eropah baru sahaja lepas Winter Soltice. Bulan June nanti Summer Soltice hari akan bertambah pendek, sebab itu bila tukang kebun tanam seedlings sunchoke pada Mei lepas, ia dapat menghasilkan bunga sebab day-light makin pendek masa pertumbuhannya. Kita seorang manusia tidak begitu peka dengan perubahan day-light yang tidak begitu ketara di Semenanjung Malaysia, tapi seperti pokok sunchoke mereka sangat peka dengan perubahan day-light sesingkat mana pun. Untungnya tanam pokok sunchoke macam tanam bunga matahari dan dapat hasil ubi yang berkhasiat untuk dimakan.
Tukang kebun pun nak pesan kepada gardeners di kawasan tropika kalau nak tanam bawang besar (brown onion) atau bawang besar merah (red onion) dari biji benih/bawang untuk hasil bawang berhati-hati sebab mereka adalah adalah antara tanaman yang sesitive dengan perubahan day-light yang ketara untuk pembentukan bawangnya. Timing penyemaian biji benihnya adalah penting. Disebabkan itu perlu check dahulu sama-ada bawang besar tersebut adalah jenis long atau short day-light untuk pembentukkan bawangnya. Kalau shallot (bawang merah kecil) bukan semua yang sensitive dengan perubahan day-light.
 Gambar di atas pokok sunroot yang remaja sedang membesar. Pokok sunroot daunnya juga seperti pokok bunga matahari. Jika kesemua faktor mencukupi untuk tumbuhan sunroot tumbuh boleh sampai lebih 2 meter. Sunroot boleh tolerate full sun ke partial shade.  Gali sunroot selepas pokoknya mati macam mencari harta karun.
 Antara tuaian sunroot bulan ini yang terjumpa selepas mengemaskan salah satu ruang di backyard. Campur dalam kurma dan sup ayam untuk substitute ubi kentang juga boleh. Dulu tukang kebun suka roast sunchoke ni dengan ayam dalam oven.
 Pertumbuhan sunroot juga sangat cepat dan meninggi di kawasan yang banyak menerima cahaya matahari. Ini gambar diambil seminggu lepas, sekarang dah 2 kali ganda tinggi yang tukang kebun sedang semai untuk penanaman semula di Kebun Bahagia Bersama. Memandangkan sudah 2 generasi kami tanam sunchoke di Kebun Bahagia Bersama jadi sekarang ada limited extras untuk gardeners yang berminat menanam sunchoke di kebun mereka sendiri. Kalau boleh tanam bunga matahari, InsyaAllah bolehlah tumbuh Jerusalem Artichoke di kebun/taman anda. Boleh juga ditanam dalam bekas seperti yang diperlukan untuk menanam ubi kentang.

~ Pokok Sunroot ~
1 pot for RM10.00 .
Ini adalah seasonal offer, kalau dah habis stok ini kena tunggu lagi 7 bulan kut for the next batch.
Siapa cepat dia dapat.
Sorry no reservation.
Kalau tumbuhannya dah lebih tinggi 25cm, tukang kebun akan tanam yang extra di Kebun Bahagia Bersama.

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .

Ahad, 22 Disember 2013

Evans

 Yang ditunggu-tunggu sejak minggu lepas akhirnya kembang juga minggu ini, sempat jugalah tengok wajahnya sebelum balik kampung dear hubby Jumaat lepas. Dah lama tak balik sejak Raya puasa, memandangkan ada baki cuti yang dear hubby kena habiskan sebelum masuk tahun baru, kami baliklah Terengganu. InsyaAllah bila balik ke Kebun Bahagia Bersama hari ini pun masih sempat nak belek-belek Si Evans ni esok. 
 Ini antara koleksi hippeastrum tukang kebun yang baru tahun ini dan nama yang telah diberikan untuknya ialah 'Evans'. Si Evans ni rupa-rupanya hippeastrum jenis double bloom. Besar juga kembangannya dan ada 4 kuntuman bunga. Setakat ini koleksi hippeastrum yang dah berbunga-bunga, satu-persatu kelopak putik bunga berbuka. Tapi kali ini hampir kesemuanya mekar kembang serentak.
 Yang ini mekar bongsu, paling last sekali nak kembang.
 Minggu ini terasa seperti musim bunga, satu persatu yang ditunggu-tunggu sudah bersedia nak kembang tanpa bantuan apa-apa. Hati juga rasa berat nak tinggalkan Kebun Bahagia Bersama untuk beberapa hari. 

 Mesti ramai yang berjalan-jalan nak habiskan cuti kerja atau membawa keluarga bersiar-siar hujung tahun ini.
Pergi santai mana hari ini?

Sabtu, 21 Disember 2013

Batang Nangka

 Dalam sejarah anak-anak tukang kebun, pertama kali mereka dibawa ke Muzium Negara Ahad lepas. Mama dan Papa mereka pun dah lama tak pergi, lagipun dari rumah dengan menaiki kereta kurang dari 20km sahaja perjalanannya bersama dengan bekalan Malaysian Fries yang digoreng oleh papa Abby. Smooth traffic tak sampai 15~20minit pun. Salah satu artifact yang dipamerkan bulan ini di Muzium Negara yang menarik perhatian tukang kebun ialah hiasan kepala kapal yang berusia sudah melebihi seratus tahun diperbuat dari kayu pokok nangka.
 Tak disangka batang pokok kayu nangka pun boleh tahan sebegini lama dan boleh menjadi hasil ukiran yang sangat menarik. Mulalah tengok pokok kayu  nangka madu Thai yang sentiasa berbuah di backyard KBB, tapi malas dibalut oleh tukang-tukang kebun buahnya. Lagipun kami pun tak termakan isinya semua, jadi kalau teringin makan yang masak pun masih ada bahagian untuk kami. Angsa pun tak usik nangka bila musim buah sebab banyak makanan lain mereka tengok-tengok sahaja bersama tukang kebun. Rupanya pokok nangka bukan sahaja buahnya berharga tetapi batangnya juga mempunyai nilai untuk membuat perabot yang kukuh.
 Minggu ini untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang pesanan kotak prepaid bagi saiz medium (<5kg) ada kami selitkan buah cempedak, jangan semerbak sangat bila sampai dahlah ya. Kalau belum bau semerbak peramlah dulu. Bulan ini musim cempedak di Kebun Bahagia Bersama. Pasar Online Kebun Bahagia Bersama masih open untuk tempahan minggu depan.

Jumaat, 20 Disember 2013

Daun Mulberi dan Kaligrafi

 Syukur Alhamdulillah hujung minggu lepas berkesempatan untuk singgah ke Muzium Kesenian Islam Malaysia yang bersebelahan dengan Masjid Negara. Disebabkan hanya ada 1 jam sahaja sebelum Muzium tutup tak sempat nak explore semua. Rasanya kalau sehari pun tak cukup. Hubby yang cukup memahami tukang kebun gemar tamadun dan khazanah lama tolong tengok anak-anak. Anak-anak pula sukakan gemaan pantulan dari bentuk replika dome jadi agak bising jugalah jadinya. Visitors yang ada pada ketika itu pun hampir semuanya Caucasian dan tak ramai, jadi mereka tak berapa kisah sebab di negara mereka Muzium boleh menjadi playground untuk kanak-kanak membesar berbanding dengan shopping complex. Errr... sebenarnya tukang kebun tak sempat pun menjelajah habis 1 tingkat baru je satu setengah section. Tapi rasanya an hour worth-spent banyak ilmu dapat. Salah satu yang menarik perhatian tukang kebun, ialah kerja sambilan pun tukang kebun jadi bila nampak perkataan 'Mulberi' mata terus blink blink.
  Kagum sungguh tukang kebun amati hasil kerja kreatif zaman dulu yang menggunakan daun mulberi dengan  berhias kaligrafi. Dikongsikan gambarnya untuk mereka yang tidak berkesempatan.
 Cuti-cuti ini ramai ibubapa mengambil peluang membuat projek gardening dengan anak-anak. Mungkin boleh meminjam ilham dari zaman dulu ini. Tak perlu sadur emas, pakai something economical.
 Tukang kebun kerap dapat risikkan mengenai ada stok pokok mulberry atau tidak. Ya, ada. Susunan pokok-pokok mulberry bersebelahan puding belacan stok terkini.

Khamis, 19 Disember 2013

Pigeon Orkid

 Subhan'Allah, the garden send me a message today if we are observant enough and take time to notice the little changes around you in the business of juggling our daily life.  Hari ini tukang kebun agak kelam kabut sebab anak-anak bangun awal, tak dapat my pace ikut anak-anak punya pace. Anak-anak menunggu di dalam rumah nak break their fast dan yang di luar tu bising-bising memanggil suruh kasi makan. Sebelum keluar beri makan binatang perliharaan di luar tu, masukkan instant pau dalam steamer automatic dulu. Sementara tunggu pau instant dihangatkan, keluar rumah feed the grumpy pets terkejut nampak kawasan kebun sini sana dipenuhi dengan kembangan putih bunga pigeon orchid setelah beberapa hari lamanya hujan tak turun. Bulan Disember tahun ini, tukang kebun rasa kurang hujan berbanding tahun lepas. Rasanya tahun lepas di hujung tahun hampir setiap petang hujan turun. Tapi tahun ini tidak. Tukang kebun ada inform hubby kalau beberapa hari rasa panas terik macam ni dalam wet season its like the calm before the storm, takut hujan ribut turun.
 Tak disangka-sangka sebelum hujan ribut turun petang ini, pagi-pagi cerah hari ini, pokok-pokok bunga pigeon orchid kembang sangat meriah hari ni di keliling Kebun Bahagia Bersama. Di sudut corner di atas, tukang kebun teringat lagi semasa Sean datang hanya sekuntum sahaja bunganya seminggu lalu. Hari ini semua pokok-pokoknya berbunga meriah, terkejut dibuatnya pagi ini. Pagi-pagi lagi bunga pigeon orchid sudah berkata-kata dengan tukang kebun. Setengah-tengah pendapat mengatakan pokok bunga pigeon orchid berbunga lepas hujan lebat ataupun penurunan perubahan suhu yang mendadak. Tetapi di Kebun Bahagia Bersama meriah berbunga sebelum kedua-dua faktor ini berlaku. Tukang kebun pandai-pandai membuat andaian sendiri ialah 'Atmospheric pressure' yang akan menghasilkan hujan ribut menjadi perangsang faktor utama trigger pokok bunga ini kembang sebelum hujan ribut petang ini sampai tukang kebun kena tutup pintu dapur sambil masak sebab tempias hujan masuk banyak.
 Tak perlu tengok weather forecast di Television, lebih accurate tengok perubahan di dalam kebun sendiri. Bila tengok ianya kembang begitu meriah, tukang kebun dah agak tak lama lagi ni hujan ribut turun walaupun bila pandang langit so blue blue blue clear sky. Tanaman-tanaman di dalam kebun sebenarnya ada yang amat peka dengan cuaca dan perubahan mother nature sekiranya kita kenali diri mereka dengan lebih dekat. Salah satu tanaman yang peka dengan kedatangan hujan ialah Si Pigeon Orchid. Tambahan pula bunga ini juga berbau harum tak rugi ada selit di sana sini di dalam kebun. Sebagai contoh, gambar di atas adalah pokok pigeon orchid yang menumpang di atas pokok susun kelapa. Sama-sama kembang warna putih.
 Boleh juga kalau nak ikat pokok pigeon orchid di atas batang pokok mangga. Tak perlu cari pot, ikat sahaja di pokok-pokok yang batangnya kuat. Pokok bunga orkid lagi satu di atas ialah Cymbidium finlaysonianum. Hari ini ambil gambar kelam kabut sebab dekat pintu dapur dah dengar Ilhan banyak kali panggil pau dah siap masak. Sorry I am little bit curt and grumpy this week on replying mails, bila notice this small changes in the garden makes the tukang kebun feel happy again.

Petikan dari Pocahontas Lyric lagu Colors of the Wind.

" How high will a sycamore grow?
If you cut it down then you'll never know
And you'll never hear the wolf cry to the blue corn moon
For whether we are white and copper skinned
We need to sing with all the voices of the mountain
We need to paint with all the colors of the wind

You can own the earth and still
All you'll own is earth until
You can paint with all the colors of the wind"

~ Pigeon Orchid ~

1 anak pokok RM8 (bare-rooted).
Kos Penghantaran melalui pos laju sepokok RM6.

Selasa, 17 Disember 2013

Fragrant Frangipani Bali Blushing Red

 Baka Frangipani ini diambil dari Bali dan telah bertahun-tahun tumbuh dan beranak-pinak dalam Kebun Bahagia bersama seperti kawannya Frangipani Yellow Bali Picotee juga popular dan berasal di Bali. Kedua-dua baka adalah jenis fragrant. Pokok Frangipani sukakan matahari yang banyak dan tidak memerlukan siraman air yang banyak di kawasan tropika dengan purata penerimaan air hujan diterimanya sepanjang tahun sudah cukup memadai.

 Tukang kebun sedang mencari nursery atau tadika yang ada childcare di sekitar kawasan Shah Alam, nak minta recommendation jika ada yang sudi membantu.

~ Fragrant Frangipani Bali Blushing Red ~

1 cutting for RM15.00 .

Isnin, 16 Disember 2013

Heirloom Merry-Go-Round Fuji Morning Glory

 Good Morning, Setiap pagi tukang kebun sangat bahagia melihat kembangan bunga morning glory dari Jepun yang klasik ini. Memang jenis bunga morning glory ni menjadi kesukaan warga negara matahari terbit. Bila melihatnya seakan terubat rindu nak duduk di negara Jepun lagi. Pada musim panas corak pakaian yukata mesti ada yang memakai motif bunga seri pagi Fuji ini, seronok memakai yukata sambil melihat fireworks meletup-letup pelbagai corak di udara. Tukang kebun mesti nak makan takoyaki tak ketinggalan. Asyik papa Abby je pergi Jepun tahun ni, bila nak bawa kami semua.
 Satu keistimewaan bunga seri pagi Fuji ini ialah ianya bukan hanya kembang pada sebelah pagi tetapi sehingga ke petang sampai senja. Saiz bunganya juga adalah besar, anggaran dalam 10cm ada jugalah. Cuba perhatikan pancang buluh kuning di sebelah seri pagi warna pink, boleh agak yang kembangnya adalah besar. Pokok bunganya berbunga dan membesar dengan cepat. Tambahan pula, musim bunganya juga adalah panjang berbanding dengan bunga jenis seri pagi lain. Daun pokok seri pagi Fuji adalah seperti daun pokok buluh, jadi sesuai digandingkan dengan pancang buluh.
 Ada juga yang berwarna merah warnanya kali ini kembang di dalam kebun. Batch kali ini biji benihnya sudah tukang kebun testing dan percambahannya elok hampir 100%. Musim bunga batch biji benih yang dikumpul kali ini hampir penghujung, tukang kebun dah kira-kira seed pod dan jumlah tuaian yang ada, dan check simpanan bank biji benih Kebun Bahagia Bersama extras yang ada ditawarkan kali ini ialah limited edition 4 pek sahaja. Ada kemungkinan campuran random tersebut lebih banyak ke arah warna purple sebab rasa banyak seed pod warna purple yang membentuk dengan baik untuk dituai.

~ Fresh Fuji Morning Glory random mixed color organic seeds from Kebun Bahagia Bersama Backyard ~

Approximate 5 seeds per-packet (RM3.00).

Limited Fresh Stock.

Ahad, 15 Disember 2013

Komatsuna NANANE 菜々音

 Ada satu raised bed (anggaran satu meter persegi) yang berjemur dengan sinaran matahari dari matahari terbit hingga terbenam yang cuma tukang kebun luangkan masa 1 jam sahaja dalam sebulan. Lebih dari itu memang tak mampu sebab banyak ruang lain yang perlu supervise. Bawah raise bed ini pun telah dikuburkan seekor angsa yang mati awal tahun ini, jadi kadangkala tukang kebun panggilnya petak angsa. Apa yang tukang kebun buat setiap bulan ialah kemaskan petak ini, semai-semai biji benih (semua direct-sowing) dan biarkan sahaja biji-biji benih tersebut nasibnya terletak kepada mother nature. Gambar di atas adalah rezeki bulan Disember kami dari petak ini yang perlu buat treasure hunt setelah dibiarkan dalam sebulan.
 Oh terkejut nampak ada sejenis salad heirloom Jepun cantik pula tu.
 Rasanya ini tomato Roma.
 Lepas dikemaskan, terkejut ada anak-anak pokok kohlrabi purple vienna masih gah. Tapi lepas tukang kebun cabut rumpai di keliling nampak layu sikit sebab tiba-tiba bogel jadi terjemur panas. Gara-gara sakit mata memandang dan semalam ada masa sedikit setelah dari minggu lepas memang dah pasang niat nak kemas tempat ini, tukang kebun pukul 1 tengahari buta sabtu semalam kemaskan tapak ini. 
 Morning Glory Merry-Go-Round Fuji masih berkembang lagi, yang ini memang dari sowing sebelumnya dah berbunga dan dibiarkan sahaja.
Eh anak pokok carrot pun ada dalam semak-semak ini. Teringat kisah lucu si Rayyan buat beberapa bulan lalu semasa petak ini dipenuhi dengan Sweet Basil Large Italian Leaves. Tukang kebun lupa ada tanam carot, bila kemas-kemas petak angsa ini, terjumpalah beberapa carrot yang disorokkan oleh rimbunan pokok-pokok Sweet Basil Large Italian Leaves. Sebab sambung buat kerja, tukang kebun letak carrots dekat berhampiran sinki. Bila tukang kebun masuk rumah dah selesai kerja luar, terkejut tengok kenapa carrots tinggal separuh bahagian ekornya hilang. Tukang kebun dah boleh agak siapa yang munched. Muncher (Rayyan) tu berkata 'Mama the carrot said best to eat raw, tak payah masak makan gitu sahaja'. Beriya-iya explain several time makan macam tu je tapi cakap carrot yang cakap. Mama Rayyan buat muka expressionless (dalam kepala hah the carrot said? carrot said? carrot boleh cakap pulak, ni mesti tak nak mengaku Rayyan makan ni). So Mama Rayyan pun reply, you want to finish all this?. Wah Rayyan cepat-cepat angguk kepala. Makanlah kesian lama tak merasa home-grown carrot.
 Hasil treasure hunt yang boleh dituai tengahari buta nampaklah layu, sebab tak dapat masuk rumah terus simpan sebab nak selesaikan dulu petak tu sebab itik-itik dah berlegar kalau tak tutup pagarnya cepat nanti tukang kebun pergi tempat lain dia dah sekejap masuk dalam raised bed. Masuk terus cuci-cuci simpan dalam peti ais. Segar balik. Papa Rayyan campur dalam sup bakso bujangnya tadi, komatsuna hari ini manisnya rasa. Bulan ini musim buah cempedak juga di Kebun Bahagia Bersama. Hasil organik komatsuna adalah juga lubang sini sana tapi tukang kebun tak complaint sebab ianya tak dibelai dan selamat dimakan. Walaupun kurang 1 jam masa kita digunakan dalam sebulan di petak ini tapi syukur alhamdulillah masih ada hasil. Sekurang-kurangnya dapatlah juga anggaran 4~5 bunches nilai komatsuna yang dijual di Jusco. Bolehlah stok beberapa hari.
 Disebabkan itu, tukang kebun sejak hujan rajin tanam sayur sawi jepun komatsuna sebab tak perlu banyak penjagaan. Kalau tumbuh di full sun pertumbuhannya sangat cepat, biasanya dalam sebulan memang boleh tuai. Bila pertumbuhannya cepat, ia mampu bersaing dulu dengan pertumbuhan rumpai. Itulah theory asal tukang kebun yang resultnya tukang kebun dah analysis batch bulan Oktober, November dan Disember. Komatsuna membesar dahulu sebelum rumpai timbul dan meninggi. Patutnya 2 minggu lepas dah elok nak tuai, tapi sebab supply sayur tempat lain pun overflowing, tukang kebun biarkan sahaja dahulu. Rumpai dukung anak tu dah catch up meninggi minggu ini jadi komatsuna nampak kena tenggelam. Kalau di partial sun juga boleh tumbuh tapi tak sepantas berbanding di full sun. Gambar atas petak yang sama tapi gambarnya adalah rezeki bulan November. Komatsuna juga ada pelbagai jenis. Salah satu jenis yang amat sesuai untuk ditanam pada cuaca ala-ala tropika ialah 'Nanane'.
Di dalam semak tempat lain semalam di bawah pokok cempaka putih terjumpa alpine strawberry yang dah ranum, walaupun kecil manisnya jauh berbeza dari jenis strawberry besar. Hujung tahun ini makin terasa sibuk tapi InysaAllah walaupun ada 1 jam, 1 meter persegi masih juga boleh kita menanam dan menerima hasil.

~ Komatsuna Nanane (菜々音) ~

Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek (RM1.00)

Sabtu, 14 Disember 2013

Malaysian Fries

 Syukur Alhamdulillah dari bulan November lepas hingga sekarang dapat kami tuai setiap minggu 1 pokok ubi kayu yang kami tanam keratan batangnya awal tahun ini di petak B Kebun Bahagia Bersama. Juga dapat dikongsi bersama di Pasar Online Kebun Bahagia Bersama hujung tahun ini (asal bahan makanan yang dimakan tumbuh). Selalunya hasil dari 1 pokok juga dah lumayan untuk dimakan oleh kami kalau consistent hasilnya seperti gambar di atas. Kali ini jangka masa pertumbuhan sehingga dituai syukur Alhamdulillah isinya bila digoreng gebu. Pulur pun jarang-jarang ada. Kebiasaannya dalam anggaran 8~10 bulan adalah masa yang baik untuk mula menuai ubi kayu.
 Memandangkan kali ini hasil ubi kayu memuaskan, tambahan pula langsung tak dijaga terujalah tukang kebunnya nak tanam ubi kayu lagi di kawasan ini nampaknya amat sesuai. Rumpai pun tak banyak tanam ubi kayu dan lebih mudah nak merumput takdelah nak tersilap cabut batang pokok ubi kayu yang besar tu. Sebagai nota tukang kebun, bulan December 2013 batch ubi kayu yang ditanam adalah di petak C dan D. Tukang kebun tengah pelik kali ini cabut ubi kayu kenapa ubi kayu yang saiz paling besar batch ini tanahnya berliat berbanding dengan yang lain tanah hitam. Isinya sama sahaja dengan lain cuma tanah lain.
 Anak-anak yang membesar di negara Kangaroo kami ini mana biasa makan ubi kayu, jadi sekarang ni tukang kebun beri makan 'French Fries' versi 'Malaysian Fries'. Dulu dengan cuaca dekat Adelaide tu ubi kentang memanglah senang hidup kalau ada yang tercicir dalam tanah, nanti bila cuaca sesuai maka tumbuhlah dia sendiri. Membesarlah mereka once upon a time dengan home-grown potato. Nenek tukang-tukang kebun kecil kata tukang kebun dah manjakan sangat mereka dengan home-grown potato jadi sekarang ni membazir je kalau masak ubi kentang import yang dibeli dari pasaraya. Beli yang diimport dari Australia pun tak makan jadi tukang kebun tak beli dah ubi kentang sekian lama untuk anak-anak. Sekarang ni mereka dibesarkan pula dengan home-grown 'Malaysian Fries'. Bila roti dah habis, maka tergesa-gesalah pagi-pagi tukang kebun berlari ke petak B mencari ubi kayu untuk digoreng untuk tukang-tukang kebun kecil yang dah bangun. Adik-beradik kadang-kadang duduk bersila di lantai makan bersama-sama sambil tukang kebun siap-siapkan penghantaran pesanan.
 Bila musim-musim hujan ini, tumbuhan yang berubi elok dituai secepat mungkin kalau takut nanti ubinya reput atau membusuk bagi kawasan banyak hujan. Dengan cuaca di Lembah Klang sekarang, sesuai nak mulakan penanaman tanaman berubi macam ubi kayu tak perlu siram, bila dah masuk musim kurang hujan balik tak perlu risau sebab pokoknya dah matang boleh hidup dengan sendiri cukup dengan hujan yang turun sekali-sekala. Kalau orang Eropah gunakan pokok ubi kentang untuk pecahkan tanah yang baru dibuka masih keras, kita pakailah ubi kayu yang lagi isinya besar tu nak pecahkan tanah.

Wahai kekanda, lepas ni di petak No.6 pula kita bersihkan dan adinda tanam ubi kayu di situ.

Khamis, 12 Disember 2013

Cosmos caudatus Fresh Sseeds

 Ada gardeners yang sudah ketahui bahawa Cosmos caudatus yang memegang status Raja ulam di Malaysia adalah sebenarnya ahli keluaga bunga cosmos. Cuma di Asia Tenggara sahaja dimakan sebagai ulam tetapi di tempat asalnya bunga Cosmos caudatus iaitu benua Amerika pula tidak makan daun ulam raja seperti Semenanjung Malaysia. Kajian terbaru mengatakan ulam raja dapat membantu mengurangkan osteoperosis.
 Ulam Raja amat mudah sekali tumbuh di cuaca tropika terutamanya di kawasan yang menerima cahaya matahari banyak. Keluarga bunga cosmos memang amat sukakan cahaya matahari. Ulam raja kalau dibiarkan berbunga boleh mencecah ketinggian 2 meter. Tanam sepokok biarkan berbunga, banyaklah anak-anaknya timbul di sini sana jadi hutan ulam raja. Di dalam Kebun Bahagia Bersama, di mana ulam raja hidup sibur di situ juga gladiolus suka tumbuh juga. Gambar bawah siapa boleh nampak pokok gladioli membesar bersama pokok ulam raja. Tukang kebun pun dah tak ingat yang ni tukang kebun tanam ataupun yang dibiarkan bawangnya di dalam tanah kemudian bangun semula dari tidur. Kita tengok sajalah warna apa bunganya nanti untuk kepastian. Untuk gardeners yang mempunyai kesukaran menanam gladiolus mungkin boleh cuba menanam tanah yang sama di mana ulam raja boleh juga hidup subur (manalah tahu ada rezeki kali ini). 

~ Biji benih segar ulam raja ~
Anggaran 50 biji benih dalam 1 pek (RM1.00)

 Yang menghadapi kesukaran mencuba pelbagai sumber biji benih ulam raja, boleh juga mendapatkan anak pokoknya dari Kebun Bahagia Bersama dengan 1 bekas RM4.00 (klik sini).


 Dalam banyak-banyak spesies bunga cosmos, bunga Cosmos bipinnatus lebih banyak jenis pilihan dan daunnya berbeza dari ulam raja (Cosmos caudatus).  Ruang di gambar bawah di Kebun Bahagia Bersama menerima cahaya matahari penuh di sebelah petang yang panas. Tanahnya juga adalah jenis berpasir berbanding dengan tempat lain dan kawasan yang tak tersampai tukang kebun nak siram jadi hanya akan menerima rezeki hujan sahaja untuk minumannya. 2 minggu lepas ada tukang kebun pindahkan anak benih Cosmos bipinnatus di ruangan ini, ianya hidup bahagia tanpa penjagaan bersamping hippeastrum 'Knight's Star Lily' dan lycoris (tak ingat jenis mana satu) sehingga kini. Sebelum dipindahkan tukang kebun dah perhatikan anak pokoknya dalam bekas semaian yang tukang kebun biar je di kawasan menerima cahaya banyak masih nampak bahagia walaupun 3 hari tak disiram. Itulah sebabnya cosmos telah dikategorikan dalam bunga annual yang drought-tolerant, keperluan airnya tidak banyak. Dalam reality juga yang kita tengok dalam majalah pokok-pokok cosmos bahagia kembang semasa musim panas di padang luas bagaikan wild flower. Kita gambarkan kawasan padang luas ataupun orang putih cakap 'prairie' masa musim panas, macam mana alam sekitarnya yang bunga cosmos berseri-seri kembang masa peak summer.

(1) SUN SUN SUN !!!
Cosmos nak banyak matahari jadi untuk maximize penggunaan ruang di rumah, tanam cosmos dekat 'red zone' yang paling terik lebih lagi musim hujan ini. Musim hujan ni kalau tak cukup kiss kiss kiss dari cahaya matahari mudah demam tau cosmos. Begitu juga kalau nak berjaya percambahan tinggi biji benih cosmos.

(2) Tanah yang kurang subur
Cosmos lebih suka tanah yang kurang subur dari tanah yang sangat subur kalau nak pokoknya keluar banyak bunga. Tak payah baja kecuali kalau tanah tu langsung tak subur. Kalau rumpai boleh tumbuh, maknanya cosmos pun boleh juga.

(3) Pengaliran air dan Kadar penyiraman
 Tak suka kakinya sentiasa basah, tanah yang saliran airnya baik tak bertakung. Musim hujan tak perlu siram. 3 hari tak kena siram pun OK. Lepas semai bijinya pun jangan terlebih siram, tak perlu banyak air. 

Ini adalah hanya perkongsian penjagaan dari tukang kebun yang malas, gardeners lain mungkin ada tips lain.
 Antara koleksi Cosmos Sensation Mixed (Cosmos bipinnatus) mula berbunga di Kebun Bahagia Bersama minggu ini.