No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Isnin, 6 Januari 2014

Cardinal Climber (Ipomoea multifida)

 Cardinal Climber (Ipomoea multifida) pokoknya memberikan bunga berwarna merah menyala dan saiznya lebih besar dari bunga Cypress Vine (Ipomoea quamoclit). Ada perbezaan juga antara daun pokok bunga Cardinal Climber dan Cypress Vine, di mana daun cardinal climber lebih mirip kepada bentuk buloh (bamboo-like leaf) manakala daun bunga Cypres Vine adalah lebih kepada 'fern'. Pokok Cardinal Climber adalah jenis pokok yang memanjat dan sukakan banyak cahaya matahari untuk hidup bahagia. Tukang kebun ada cuba trial tanam di pelbagai lokasi , pokoknya lebih cepat dan meriah berbunga di kawasan penerimaan cahaya matahari yang banyak. 
 Bermulalah kisah Cardinal Climber yang biji benihnya disemai dalam pasu gantung saiz kecil yang retak  (sayang nak buang) digantung pada pokok kemboja Bali. Pasu yang digantung pun lebih tinggi dari tukang kebun. Untuk menjimatkan ruang boleh sahaja gantung pasu di pokok kemboja untuk tumpangkan si Cardinal Climber. Lagipun pokok kemboja tak bushy jadi cukup penerimaan cahaya matahari. Cardinal climber tak perlu banyak baja untuk hidup subur.
 Seperti Cypress Vine, bunganya kembang sehari sahaja. Tapi pokoknya pemurah ada banyak sahaja pengganti yang akan mekar keesokan harinya.
 Seronok tengok pokok Cardinal Climber menghiasi batang pokok kemboja bulan lepas macam perhiasan pokok Krismas tropika style pun di kebun. 

~ Fresh Organic Open-Pollinated Cardinal Climber (Ipomoea multifida) seeds from Kebun Bahagia Bersama ~

Approximate 15 seeds per-packet (RM3.00).

Payment can be made into RHB, CIMB and Maybank Bank account.

Enquiries (kebunkmg@gmail.com) .


Minggu ini ada stok Frangipani Yellow Picotee White Balinese yang rooted dah ready tinggal tanam terus di full sun with well-drained soil.

8 ulasan:

nanims berkata...

nak book 1

nanims berkata...

reserve for me

sud@is berkata...

cantik color cardinal climber tu, terang, apa nama melayunya Tukang Kebun

TukangKebun berkata...

Boleh nanims tukang kebun simpankan sudah.

TukangKebun berkata...

Tukang kebun tak pasti namanya dalam bahasa melayu sebab pokok ini bukan native atau asal tempat kita.

Dayang berkata...

Boleh reserve utk saya tak benih cardinal climber tu?

Dayang berkata...

As salam, boleh reservekan cardinal climber ni utk saya..?

TukangKebun berkata...

InsyaAllah bole Kak Dayang.