No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 24 Januari 2014

Gading Gold Water

 Antara jenis koleksi kelapa yang Big Boss ada ialah kelapa jenis gading yang berwarna kuning keemasan. Kelapa ni nampak kuning keemasan bukan sebab dah tua tapi memang masa kecil lagi warnanya kuning keemasan. Dari jauh memang dah boleh nampak ketara buahnya sebab lain dari warna daun hijau pelepah kelapa. Kalau nak dibandingkan dengan kelapa-kelapa jenis lain, kelapa gading adalah sederhana tingginya takdelah setinggi kelapa lain di tepi laut tu. Kekanda tukang kebun kalau ambil tangga masih bolehlah nak tuai kelapanya tak susah nak upah monyet. Kerana warna pokok kelapanya yang unik nampak ornamental serta tidak begitu tinggi sesuai ditanam di laman rumah.
 Sabtu lepas sambil merumput, kekanda tukang kebun baiknya hati tiba-tiba tanya nak minum air kelapa tak? Mood romantiklah pula sambil berkebun (ada udang sebalik batu, kalau dalam kebun sebalik batu ada siput menyorok). Tukang kebun suka minum air kelapa gading ni rasa very refreshing sambil-sambil berkebun gerakkan badan dapat minum air yang berkhasiat lagipun malas juga nak balik rumah basahkan tekak. Bahagian kelapa muda gading yang dituai untuk anak-anak yang setia menunggu di dalam rumah, kebetulan nenek dan atuk ada di rumah boleh tengok-tengokkan.
 Minggu lepas tukang kebun dapat jugalah tuai biji benih lotus yang kembang tahun lepas, dan biji benihnya moga tahun ini tukang kebun dapat sambut cucu di Petak Hijau dan laman Sis Haslina yang menetap di area Shah Alam.

2014 Project: Nak susun bibit kelapa gading dalam kebun darling kekanda, jadi nak alert simpan bibit yang dah bercambah.

6 ulasan:

Awin berkata...

sudah semai cucu pagi tadi. bismillah

sud@is berkata...

jiran sy ada tanam pokok ni, sekali sekala dapat juga rasa air kelapa gading ermm nikmat tak tekata

Farah berkata...

Diana, tak jual ke benih lotus tu? macamane nak semai benih lotus ye?

TukangKebun berkata...

Awin ~ Semoga cepat bercambah dan berbunga. Amin.

Sudais ~ Ya nikmat airnya berkhasiat dan menyegarkan.

Farah~ Yang 3 biji lotus dalam gambar tu dah dijual. Tengok kalau ada rezeki lagi dengan kembangan Tahun Baru Cina. Bijinya rendam dalam air je kena cahaya nanti bercambah.

hijau berkata...

Sedapnya air klapa.... Kat kampung saya orang berebut ambil kelapa muda buat jual. Sampai kadang tuan punya pokok pun tak merasa... Sebab kebun jauh dari rumah

TukangKebun berkata...

Sekarang ni memang banyak pasaran kelapa muda dan tua Ima. Tak perlu cari orang nak jual sebab banyak mencari pembekal yang ada kebun kelapa.