No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 25 Januari 2014

Mini Ice Age

  Seluruh Malaysia sekarang malam-malam dingin betul tak? Sowing suggestion sebelum tukang kebun jejak kaki ke kebun tengah tunggu dear hubby prepare breakfast (tukang kebun mengelat banyak biji benih nak kena kemaskan awal pagi lagi sebelum the kids bangun) ialah biji benih yang mencabar sikit di kawasan rendah perlukan suhu yang 25 degrees Celsius baru optimum seperti alpine strawberry, asparagus, carrots, parsnip, florence fennel, leek dan seangkatan dengannya for this weekend. Khabarnya malam akan dingin sampailah Tahun Baru Cina, jadi ambillah kesempatan ini. Cuma nak kena pantau moisture tanahlah ya, dingin-dingin ohhhhhhhhhhhh hujan tak de pula jadi kering tanaman.
 Gambar-gambar pada hari ini adalah dari kebun gardener William yang lokasinya di Seri Kembangan (Selangor). Gambar pertama alpine strawberry yang disemai dari biji benih begitu juga gambar kedua ialah kacang panjang yang baru sahaja bercambah. Untuk mengurangkan sejatan air dari tanah, gardener William menggunakan kaedah mulching seperti yang dilihat di dalam gambar pasu mengandungi tanaman alpine strawberry.
 Bagi mereka yang tiada masa nak siram tiap-tiap hari macam tukang kebun. Tukang kebun suggest semai biji benih adik-beradik jenis kacang macam kacang panjang, edamame dan kacang tanah sebab biji benih jenis kekacang ini tak memerlukan banyak air untuk bercambah, selang 2~3 hari OK. Selalunya biji benih kekacang kalau rendam lama-lama dalam air dia akan mudah reput. Walaupun biji benihnya besar dia mudah reput, tidak seperti biji benih dari keluarga 'Apiaceae' yang saiz sederhana seperti carrot, parsley, dill, florence fennel dan lain-lain perlukan moisture yang banyak untuk bercambah.

Dah kena panggil breakfast banyak kali ini. Happy Gardening!

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam diana, huhu suhu dingin2 x smpai tempiasnye ke sepang.panasnye cam biasa.matahari blom segalah tinggi, kain kat ampaian da bole dilipat :)
-eila-

Awin berkata...

patutlaaa saya tanam kacang busuk dan reput. tak nak air rupanya.

gina marna berkata...

Angin sejuk rasa mcm duk di cameron highlands :)... Dah 3 hari semai alpine strawberi tuu blom kluar lg bibitnya..hrp blh tumbuh cpt dgn suhu sejuk skrg nii.

qistina berkata...

Akak. Saya semai alpine strawberry tu mcm terbantut je. Huhu. Dah dekat 2 bulan baru nak masuk daun ke 4. Huhu.nak guna baja apa ye yang sesuai?

TukangKebun berkata...

Salam Eila.
Malam je ketara sikit ada rasa sejuk. Banyak hari mendung tapi cuaca kering dah lama tak hujan.

TukangKebun berkata...

Masa awal bercambah nak control bagi air dekatnya Awin.

TukangKebun berkata...

Mentua pun kata Terengganu sejuk sekarang Gina. Kena keluarkan jacket sejuk. Harap dah bercambah benih alpine strawberry.

TukangKebun berkata...

Mungkin tak cukup cahaya pun ada sebabnya Qistina. Boleh kalau nak bagi baja tahi arnab atau ayam.

qistina berkata...

owh. saya duduk apartment. mungkin sebab cahaya xcukup agaknya. huhu. kalau baja yang bau macam kopi tu boleh tak? tq

Tanpa Nama berkata...

Tukang kebun blur kalau cakap baja bau macam kopi kalau hampas kopi starbuck pernah dengarlah Qistina.

qistina berkata...

owh. hihi. sebab pergi beli dekat nurseri tu makcik tu describe as baja bau kopi. hampas coffee pun boleh eh? :)

TukangKebun berkata...

Hampas kopi dan teh pun boleh Qistina.

Azwa Azee berkata...

tukang kebun, ada lagi ke biji benihnya?

TukangKebun berkata...

Masih ada lagi Azwa Azee. Boleh pesan di (kebunkmg@gmail.com) .