No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 22 Februari 2014

Jambu Mawar (Syzygium jambos)

 Jambu mawar yang ranum baunya setanding dengan bau haruman bunga mawar maka diberikanlah gelaran jambu mawar. Air sulingan dari pokok jambu mawar juga digunakan dalam industri komestik sebagai 'rose water' untuk wangian (kebiasaannya bukan dari pokok bunga mawar tapi dari daun pokok jambu mawar bahannya digunakan untuk memberikan aroma mawar).  Berbeza dengan jambu batu yang bijinya banyak kecil-kecil tu, jambu mawar ada 1 biji besar di dalamnya jadi mudah makan. Buah jambu mawar elok dipetik ketika betul-betul masak. Jenis jambu mawar di Kebun Bahagia Bersama bila ranum berwarna ke arah kekuningan dan bila kita goncong-goncong buahnya boleh rasa bijinya dah bergoyang-goyang tak lekat dengan isi.
 Jambu mawar adalah spesis jambu yang adalah buah nadir di tanahair kita. Bagi mereka yang suka lebah, tanamlah pokok ini bila berbunga berpesta lebah berterbang-terbangan hinggap pada bunga jambu mawar. Masa tukang kebun berdiri di bawah pokok jambu mawar tengah galak berbunga, mereka tak endah pun dengan tukang kebun punyalah menyanyi-nyanyi bunyinya kuat di telinga. Kalau anda adalah animal lover tanamlah pokok ini, memang binatang seperti tupai, monyet, burung, musang dan lain-lain berebut-rebut nak makan buah jambu mawar yang masak. Tukang kebun pun tak sempat merasa tengok-tengok banyak bijinya di bawah pokok mangga, kelapa dan lain-lain yang telah buahnya dibawa lari dari pokok asalnya untuk dinikmati jauh dari peminat atau rival lain. Tapi bulan lepas tukang kebun rasa pelik sangat, tempat di mana ada bekas-bekas buah yang jatuh selepas di makan tukang kebun jumpa banyak kali juga buah langsat yang cantik-cantik belum di kupas dekat sisa-sisa makanan koleksi makhluk bertuah tu. Kenapa pula buah langsat ni tak dimakan yang lain dimakan, hadiah nak kongsi dengan tukang kebun ke? Buah langsat dari mana  pula diambil buat tukang kebun terpinga-pinga intai-intai semua pokok langsat di rumah yang dah besar tapi belum berbuah lagi. Hairan sungguh tukang kebun sebab bukan dari satu hinggapan pokok yang di bawahnya ada sisa campur langsat tapi beberapa lokasi berlainan pada hari yang berlainan. Macam tahu-tahu je tukang kebun takde langsat nak tuai, dibawanya langsat dari kebun siapa pun tukang kebun tak pasti. Tanah-tanah jiran keliling tak nampak pula ada pokok langsat. 
 Iya buahnya kalau dah masak memang mereka berebut-rebut. Dulu ada sebuah pokok dekat dengan halaman depan rumah, big boss dah tebang tak tahan dengan bising musang-musang bergaduh atas pokok jambu mawar masa musim buahnya. Di Zoo Negara Malaysia ada pokok jambu mawar bagi sesiapa yang ke sana teringin nak tengok ada kat tengah-tengah kawasan zon taman burung Zoo Negara. Kalau rajin boleh buat bonsai pokok jambu mawar di rumah jika ruang terhad. Bunga yang telah berguguran dan akan bermula pembentukkan buah.
 Buah jambu mawar kaya dengan vitamin C. Orang barat asyik promote oren mereka kaya dengan vitamin C. Orang zaman kita dulu mana ada oren nak makan masa pakai kapal layar, ini adalah salah satu sumber natural vitamin C baik untuk badan orang kawasan tropika. Ada sumber mengatakan buah jambu mawar elok dimakan oleh ibu yang baru bersalin secara C-section untuk mencuci kandungan (elok mendapat nasihat pakar). Di Indonesia, bunganya diawet sebagai penenang. Kulit kayu pokok jambu mawar dikatakan boleh membantu meredakan asma, bronkitis dan suara serak. Biji buah jambu mawar dikatakan boleh meredakan cirit birit.
  Proses perkembangan buah jambu mawar ranum adalah cepat berbanding dengan pokok buah-buah lain. Harum seperti bunga mawar tapi isinya tak juicy sepert jambu air.

~ Anak pokok jambu mawar ~

1 bekas RM15.00 .

37 ulasan:

Julie22 berkata...

Warna buah jambu yg dlm pic tu belum masak kan? kalo dh masak warna merah kan?

B-ha berkata...

Brapa lama twmpoh matang untuk berbuah ya?

Tiny gardener berkata...

The flowers are lovely. Hope you'll be able to offer the fruit online one day coz I'd like to taste it.

MUNA berkata...

Dulu kat kampung ada sepokok, tanam sendiri masa sekolah darjah 5 dapat benih biji kawan bagi. Buah asal masak warna oren dan lebih juicy berbanding buah yang terhasil daripada hasil tanaman sendiri yang lebih mirip dengan gambar di atas. Sekarang mak dah tebang pokok tu. Pokoknya agak cantik dan quite ornamental.
Simpan sepokok utk kak ye!

Kak Ros berkata...

salam Diana,

Tak sangka wujud lagi pokok jambu mawar...memori masa zaman kanak-kanak..harum bau buahnya dan manis rasanya.

Normala Saad berkata...

Ya la..suka Diana post tentang jambu mawar ni..masa budak-budak dulu berebut nak dapat sebiji pun. Kadang-kadang buah tu belum pun masak betul..nostalgia betull...

TukangKebun berkata...

Julie M ~ Yang ni dah hampir masak ke kuning-kuningan.
Ada juga baka jenis jambu mawar yang ada hint hint warna merah jambu sedikit bukan kuning.

B-ha~ Saya tak berapa pasti tapi jambu mawar ni cepat pertumbuhannya dan matang, senang pelihara. Banding dengan pokok-pokok nadir buah lain jambu mawar cepat berbuah.

Tiny Gardener~ Yes the flower is lovely and attract many bees. Wish I can have some for myself but the other garden creatures love the fruits so much that I always lost to them.

Kak Muna~ Yang jambu mawar oren sekarang susah nak nampakkan. Tukang kebun simpankan untuk Kak Muna.

Salam Kak Ros ~ Harumkan buahnya...terpupus sebab ramai pilih jambu air nak tanam.

Kak Mala ~ Seronok imbas zaman kanak-kanak berebut nak cari buah yang ranumkan.

AfiqHussin berkata...

assalam, macam mana nak buat pembelian pokok jambu mawar ni?

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam AfiqHussin, Pembelian adalah secara online dan penghantaran dengan pos laju. Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) .

Fuzy berkata...

Ya Allah..lamanya sy tak jumpa buah ni. Suka bau buahnya tu..ermm..ade lagi ke anak pokoknye.?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Fuzy,

Untuk bulan ini ada tinggal 1~2 pot lagi rasanya yang ready available.

Fuzy berkata...

mcm mn nk oder..ke trg boleh ke?

TukangKebun berkata...

Pesanan boleh hantarkan ke (kebunkmg@gmail.com) supaya mudah disertakan butir-butiran yang diperlukan.
Ke Terengganu boleh Via Pos Laju Malaysia InsyaAllah.

NHY NURSERY berkata...

Saya perlukan satu pokok jambu mawar seperti diatas.. Boleh tau nursery kat mana.. Boleh collect sendiri..

NHY NURSERY berkata...

Boleh beritahu lokasi anda di mana.. Saya ingin membeli dengan kuantiti yang banyak

TukangKebun berkata...

NHY Nursery,
Thank you for the patronage, hope you have received the goods.

Sabariah ( Sapt ) berkata...

Kalau biji buah jambu jual tak??nak beli buat ubat

TukangKebun berkata...

Kami tidak bekalkan biji buah jambu mawar Sabariah. Sekarang pun bukan musim buahnya di sini.

Sabariah ( Sapt ) berkata...

Takpe la kalau mcm tu..terima kasih ye :)

Unknown berkata...

Blh bg no phone tukang kebun

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia DIN SBY.

Boleh hantar enquiry email to (kebunkmg@gmail.com).

Unknown berkata...

masih ada benih?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nur Sahidah,

Ada anak pokok kami bekalkan.

Unknown berkata...

Salam, kat mana nak cari buahnya? saya nak beli

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Redzuan,

Buahnya kami tak bekalkan, kalau anak pokok ada stock.

Unknown berkata...

Berapa harga sepokok jambu mawar? Saya kat Shah Alam jer...memang nak sepokok...teringat zaman kanak2.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Jeffri Samad.

Harga sepokok jambu mawar RM15.00 .

Ada stock.
Boleh pesan melalui email ke (kebunkmg@gmail.com)

Unknown berkata...

Semoga allah merahmati puan krn berusaha berbudi pd tanah dan menanam pokok2 yg semakin pupus.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Halina,

Terima kasih banyak-banyak sudi datang hingga ke Sungai Buloh untuk collect pesanan-pesanan.
Sebenarnya pokok-pokok yang makin pupus ni lebih mudah bela, pandai-pandai mereka jaga diri tak perlu banyak belaan bila dah matang.
Jadi pupus pun sebab ditebang.
Tapi syukur ada juga benihnya di bawa terbang oleh makhluk Allah lain supaya dapat membiak di tempat terbiar.

Tanpa Nama berkata...

Tuan. Saya berminat nak membeli anak benih jambu mawar. Hubungi saya 0196547890

Syarifah Syifa Resources (SA 0233165-D) berkata...

Salam..masih ade anak pokok Jambu mawar ni? Sy berminat nak beli. Kalau ade boleh hubungi sy whatsapp / call (017-244 9387)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Terima kasih kerana datang self-collect.

Ikhtiargangguanjin berkata...

Saya nak beli ank pokok jambu mawar. Hubungi saya 0133887067

Ikhtiargangguanjin berkata...

Kat.mana tmpt ni?

Unknown berkata...

Saya juga berminat nk beli beli anak pokok jambu mawar. Boleh hubungi saya 0185777724.

ummi insyaiqfaim berkata...

Saya masih ingat lagi pokok ni banyak tumbuh di kampung saya, Sandakan Sabah. Selalunya tumbuh di tebing sungai, suka makan buahnya, manis dan Wangi. Selalunya bila sudah habis makan bijinya kami budak budak buat baling kawan hahahah !. Tapi sekarang kampung sudah banyak pembangunan, jadi pokok ni macam tidak ada sudah. Seronok tengok gambar buahnya..

Eileen berkata...

Saya berminat nak beli anak pokok jambu mawar,berapa harga sepokok termasuk pos ke Sabah?