No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 12 Mac 2014

Jenjuang Merah the Good Luck Plant

 Mengikuti perkembangan MH370 di berita semalam sambil dinner, terlihat berita mengenai kesan kemarau di negara lain. Contohnya hiba melihat kesan musim kemarau di Pakistan mengakibatkan kematian ramai kanak-kanak di bawah umur 5 tahun akibat kebuluran, tidak cukup zat dan jatuh sakit. Sebagai seorang tukang kebun yang ibu kepada 3 kanak-kanak berumur 7tahun boleh bayangkan bagaimana perasaan ibu-ibu walaupun mereka sendiri tidak bermaya di pendalaman Pakistan mengendong anak mereka yang jatuh sakit berjalan kaki berpuluh-puluh kilometer untuk ke hospital terdekat dan mendapatkan bekalan untuk anak-anak mereka. Dalam musim kemarau ini, dicatitkan dan diperhatikan beberapa pokok yang tiada masalah dan hidup bahagia sendiri tanpa belaian yang boleh dijadikan sumber makanan pada masa darurat ini dengan kekurangan air. Di kawasan lembah Klang juga banyak kawasan perumahan yang sekarang menerima catuan air yang terhad. Di Kebun Bahagia Bersama untuk penggunaan air di luar rumah, air dari palung yang dijana dengan pump generator ke hampir semua paip air menyelamatkan kami di musim kemarau ini. Sekiranya bekalan air terputus, air dari palung adalah back up kami. Salah satu tumbuhan yang bukanlah rare tetapi kerap dilihat di sekeliling kita adalah pokok jenjuang (Cordyline fruticosa) yang sebenarnya bukanlah sekadar nilai ornamental atau hiasan kerana pokoknya tidak memerlukan banyak penjagaan sebagai pokok untuk landscape. Cuba perhatikan dalam musim kemarau ini, walaupun dibiarkan sahaja pokok jenjuang merah (Cordyline fruticosa) hidup sendiri dengan bahagia. Pokok jenjuang (Cordyline fruticosa) sebenarnya adalah pokok yang mempunyai nilai dijadikan sebagai makanan dan juga digunakan untuk perubatan tradisional. Sekiranya ada masa google 'Cordyline fruticosa' akan terpegun mengenai banyak penggunaan pokok jenjuang dari segi perubatan dan untuk dijadikan sumber makanan.
 Pokok jenjuang (Cordyline fruticosa) berasal dari kawasan Asia Tenggara tetapi rekod mengenai penggunaannya lebih banyak sekitar dari orang Polynesia terutama di Kepulauan berdekatan Hawaii dan Papua New Guinea. Bukan pokok asal di Hawaii tapi pokok ini telah dimanfaatkan oleh penduduk di Hawaii. Di Hawaii, pokok jenjuang(Cordyline fruticosa)  dikenali sebagai pokok 'Ti'. Ianya juga dikenali sebagai the Good Luck Plant. Daun dan ubi akar pokok jenjuang adalah sebenarnya sumber makanan. Rizom akar pokok ini boleh diproses untuk membuat minuman ala-ala tapai. Dikatakan ubi/rizom yang dibakar dimasak  dari pokok ini rasanya lemak dan manis. Daun dari pokok ini boleh dibuat untuk membalut makanan ataupun dessert. Takde daun pisang, barangkali daun jenjuang merah boleh menjadi alternatif. Tambahan pula kalau ada company dinner tema 'Hawaii' bolehlah buat daunnya untuk cover hula skirt ala-ala style hawaii. Pokok jenjuang (Cordyline fruticosa) adalah pokok yang selamat untuk dirumah untuk kanak-kanak dan haiwan perliharaan sebab ianya adalah pokok yang tidak toxic. Kerana pokoknya jenis meninggi boleh digunakan sebagai border plant atau di depan pagar rumah untuk memberikan sedikit privacy dari orang yang lalu-lalang di depan jalan rumah. Pokok jenjuang dan pokok kemboja juga serasi tumbuh bersama-sama. Sebelum tukang kebun lupa nak catit, kemboja bali yang berwarna merah dan kuning picotee yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama, kelopak bunganya juga adalah jenis bunga yang boleh dimakan. Masa Abby belum masuk setahun dulu kerap kami bagi dia duduk kunyah-kunyah kelopak bunga kemboja sambil perhatikan tukang kebun buat kerja. Biasanya abang Abby si Rayyan yang rajin hulur-hulurkan bunga kemboja kepada Abby. Rayyan yang sekarang berumur 4 tahun selalu jadi rekorder tukang kebun, dia ingat mana tukang kebun kata boleh makan dan mana tak boleh makan.
 Kalau sakit gigi dikatakan bolehlah gunakan daunnya gosok di tempat yang sakit itu (tukang kebun tak pernah cuba tak pasti effective atau tidak). Akarnya juga membantu mengurangkan sakit gigi. Bagi yang mengandung tidak digalakkan untuk mencuba sebab ada ekstrak unsur bahagian di pokok ini boleh menggugurkan kandungan yang digunakan secara tradisional untuk menggugurkan kandungan. Bagi yang menyusukan anak boleh, sebab ekstrak campuran dari akarnya membantu ibu yang sedang menyusu yang mengalami masalah infection di mammary gland (lupa panggil apa sympton ni dulu dengan Abby ada kena) . Pokok jenjuang merah (Cordyline fruticosa) bahagia di lokasi yang menerima banyak cahaya matahari. Untuk gardener yang baru berjinak dalam berkebun, ini adalah antara tumbuhan sesuai yang mudah untuk memberi keyakinan dalam dunia gardening.
~ Jenjuang Merah, the Good Luck Plant (Cordyline fruticosa) ~
1 bekas RM6.00 (enquiries kebunkmg@gmail.com) .

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam diana, pokok ni mmg merata tumbuh.famous jadi teduhan kawasan kubur :) rupanya ada nilai perubatan -eila

School Of Tots berkata...

Kemarau panjang ini bala Allah pada manusia yg banyak dosa dan maksiat. Tapi manusia tetap lupa dan buat dak je..

TukangKebun berkata...

Salam Eila.
Ya banyak tumbuh di mana-mana sebab tak perlu banyak penjagaan. Happy go lucky plant. Kemboja dan jenjuang banyak di perkuburan keperluan air tak banyak sama ngan musim kemarau bila dah besar rajin berbunga. Tak sangka banyak penggunaan tapi tak berapa diketahui umum.

TukangKebun berkata...

Bila ditimpa musibah dan dugaan diberi kita peluang untuk beringat dan rapat kepada Allah kembali, School of Tots.