No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 28 Mac 2014

Rare Multi-Layer White Balsam Pink Red Blush

 Si pemalu bunga balsam yang berwarna putih berlapis-lapis kelopaknya memakai blusher merah jambu atau merah garang antara yang mewarnai petak sayur di Kebun Bahagia Bersama minggu ini. Ketinggian baka balsam ini adalah jenis rendah ke sederhana. Sesuai dijadikan sebagai border plant atau sempadan adalah juga sesuai untuk ditanam dalam pasu. Balsam juga adalah tergolong dalam jenis pokok annual yang boleh digunakan sebagai sumber makanan jadi sesuai ditanam bersama dalam tapak-tapak sayur-sayuran. Tambahan pula madunya juga sumber makanan kepada serangga-serangga. Ianya membantu beri balance eco-system di dalam kebun organik.
 Bud bunga baka ini yang baru sahaja malu-malu menonjolkan diri sedikit amat menarik kelihatan mirip seperti bunga mawar. Musim cuaca sekarang ini adalah lebih baik menyemai biji benihnya di kawasan yang separa cahaya matahari (partial shade) sebelum dialihkan. Tukang kebun perhatikan di mana lokasi yang partial shade banyak anak-anak pokok balsam tumbuh sendiri (self-seeded) dari minggu lepas dan di kawasan full sun jarang-jarang ada untuk musim ini. Bagi gardeners yang duduk di kediaman yang air restricted, tukang kebun nasihat tanam balsam di kawasan separa cahaya matahari untuk musim ini lebih sesuai atau tapak yang menerima cahaya matahari di sebelah pagi sahaja. Kalau musim hujan, di kawasan cahaya matahari penuh (full sun) lebih berseri-seri pertumbuhannya.
~ Rare Multi-Layer White Balsam Pink Red Blush ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

8 ulasan:

Julie M berkata...

Cantiknya kak, subur sungguh pokok2 bunga tu :)

nadia rashid berkata...

Salam Diana...reserve yer 1 pek

Normala Saad berkata...

Kat kampung kami panggil pokok ni Inai Pacar. Semenjak ada kambing2 durjana meronda kat perumahan ni,terasa fed up nak tanam pokok2 kat depan rumah. Nak order benih baru pun terbantut.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Julie. Ada juga daunnya dimakan tapi tiada ketara mengganggu pertumbuhan nya.

TukangKebun berkata...

Salam Nadia. Boleh ada disimpankan.

TukangKebun berkata...

Salam Kak Mala.
Tuan punya binatang perliharaan kena pastikan dan bertanggungjawab binatang yang dibiarkan tak menganiaya pihak lain.

frafliza berkata...

Nak satu pack ada x? Email frafliza@gmail.com

TukangKebun berkata...

Yang warna merah ini out of stock frafliza. Tapi yang jenis ungu punya ada.