No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 13 Mac 2014

Ulam Pucuk Nam Nam

 Pada musim kemarau ni sebab tak lumayan pilihan di kebun bulan ini, mulalah si tukang kebun rajin-rajinkan diri memetik bahan-bahan yang boleh dimakan sebagai ulam. Entah tak tahu kenapa bulan Mac ini tukang kebun ketagih pula makan budu minggu ini. Sampai beloved husband pun hairan, dia kata buang tabiat mana ada orang makan ayam goreng cicah budu. Sebab mengidam nak cicah apa-apa jenis ulam boleh dibuat budu maka berlegar-legar di kawasan frontyard pada waktu senja mencapai apa yang ada boleh dibuat ulam segar untuk makan malam sebelum beloved husband balik dan selepas ambil Ilhan dari sekolah. Syukur Alhamdulillah pucuk daun asam gelugor, ulam raja dan buah belimbing buloh ada sahaja awal bulan Mac ini. Cili juga untuk pedaskan budu juga sentiasa ada fresh stock. Pucuk daun yang dijadikan pilihan baru untuk bulan Mac ini adalah dari pucuk daun pokok katak puru (nam nam). Ya pucuk daun pokok katak puru boleh dijadikan ulam yang sangat berkhasiat jadi double happiness sebab buah dan pucuk daunnya boleh dinikmati dan bagus sesuai untuk orang yang hidup di iklim tropika. 
 Elok tuai yang pucuknya masih sangat muda masih berwarna kemerah-merahan dan lembut lebih sesuai dicicah dengan budu atau sambal belacan. Mama Pongkey at Homely Chaos yang sebenarnya memaklumkan kepada tukang kebun bahawa ada kenalannya yang memberitahunya bahawa pucuk pokok nam nam boleh dimakan. Jadi tukang kebun pun katalah tukang kebun tunggu kedatangan Mama Pongkey dari tahun lepas ke Kebun Bahagia Bersama untuk testing sama-sama. Tapi Mama Pongkey syukur alhamdulillah selamat menunaikan ibadat haji tahun lepas dan belum lagi ada masa kelapangan nak sampai di KBB. Bila tengok bulan ini terbuai-buai pucuk muda merah daun pokok nam nam ini, tukang kebun tak tahan pula tengok. Maka dibuatlah sebagai menu ulam kami bermula bulan Mac tahun ini dengan musim kemarau masih berlanjutan. Rasa daunnya macam makan ulam, tak delah rasa masam macam buahnya yang belum masak. Rasanya takde lah kuat biasa-biasa sahaja tetapi banyak khasiatnya.
 Antara khasiatnya yang dibincangkan adalah banyak membantu dalam masalah membuang air kecil ataupun 'kencing'. Untuk orang yang menghidapi penyakit kencing manis bagus sekali-sekala menjadikan daun katak puru sebagai ulam. Bagi yang menghidapi masalah susah nak kencing pun bagus makan pucuk daun katak puru untuk mengatasi masalah tersebut. Bukan sahaja manusia tetapi jika binatang perliharaan anda menghadapi masalah susah nak kencing pun bolehlah bagi mereka makan pucuk daun pokok nam nam (atau dalam bentuk rebusan air sebagai minuman mereka). Nak hantar ke vet pun kos sekarang tinggi, bolehlah usaha cara perubatan tradisional. Ada kebarangkalian salah satu usaha untuk rawatan sakit batu karang atau nak mencegah dengan mengamalkan sekali kala dalam diet mingguan kita sebagai ulam. Ada sumber juga mengatakan untuk membantu melancarkan pengaliran air mani (option untuk yang ingin menimang zuriat). Turut membantu dalam mengurangkan cirit-birit atau diarhea. Pucuk daun nam nam boleh membantu dalam mengurangkan penyakit darah tinggi. Bagi mereka yang bercita-cita untuk melangsingkan atau menguruskan badan juga bolehlah amal-amalkan dalam diet sekali kala berulamkan pucuk daun katak puru dan daun pucuk asam gelugor. Sekiranya anda jenis tak pandai makan ulam macam tukang kebun, selain dari cara makannya sebagai ulam: Salah satu kaedah alternatif ialah ambil pucuk daun nam nam dibuat rebusan air dan minum airnya macam ala-ala minum teh. Rasanya tak berapa ada jadi mudah untuk ditelan tidak kira umur dan senang nak trick orang yang susah nak makan ubat tu.
 Ketika separa buah ini masak masih ada rasa masam-masam maka buah ini juga kaya dengan vitamin C. Juga boleh dibuat sebagai jus. Ada kenalan doktor tinggal di sekitar kawasan Shah Alam yang suka sangat buah nam nam ini kalau ditahu di Kebun Bahagia Bersama ada buahnya, rajinnya ke mari nak borong. Katanya buat jus pun sedap. Pokok katak puru adalah pokok nadir kita yang berbuah sepanjang tahun. Pada musim kemarau ini, buahnya tak berapa banyak dan tak sebesar dibandingkan dengan musim ada hujan. Selain dari burung atau tupai yang juga gemar buah nam nam, semut yang berwarna hitam juga suka gali lubang ke dalam buah nam nam. Seperti gambar di atas, walaupun tidak nampak jelas di mana lekok lubang-lubang besar di atas dipenuhi dengan semut berwarna hitam. Tukang kebun tidak berapa kisah berkongsi dengan mereka kerana selalunya ada sahaja bahagian yang masih elok untuk dimakan. Beloved husband mula-mula blur sekejap, dia tanya kalau pucuknya selalu diambil macam mana nanti nak berbuah? Wahai sayang, Buah katak puru berbuah di batang pokok dan bukan di tangkai daun baru. Bunga-bunganya kan berkerumurun di dahan/batang pokok. Berbanding dengan pokok-pokok tropika lain, masa matang pokok katak puru juga tidaklah lama, average mula berbuah dari mula tanam kebarangkalian dalam 6-8 tahun. Pokoknya juga tidaklah besar seperti pokok-pokok buah tropika lain. Tetapi akar tunjangnya sangat kuat, nak kena hati-hati semasa buat pemindahan takut dia merajuk jenis tak suka pindah rumah. Kalau boleh akarnya tidak diusik, bekas semaian elok dikoyakkan dan dipindahkan beserta tanahnya sekali. Biasanya selepas berumur setahun setelah dipindahkan ke tempat yang menjadi lokasi tetapnya dia boleh hidup bahagia tanpa penjagaan yang banyak. Pada musim kemarau, pokok-pokok yang sudah berusia setahun lebih walau tidak disiram boleh hidup selesa kerana akar tunjangnya yang panjang itu mampu menyerap sumber air jauh dalam tanah. Sambil menunggu ianya berbuah bolehlah menikmati pucuk-pucuknya yang muda sebagai ulam yang sangat berkhasiat. 
~ Anak pokok katak puru ~
1 Bekas RM10.00
<Enquiries kebunkmg@gmail.com>

10 ulasan:

sud@is berkata...

saya suka sangat buahnya cicah garam..taktau plak pucuk pun berkhasiat...tq TK bg info

BungaTulip berkata...

terliur pla tengok belimbing buluh hijau-hijau tu. wat sambal belacan sedap ni lebih kurang macam sambal belacan mangga

Salam sejahtera....... berkata...

Teringin nak tanam pokok nam2. Kebun bahagia kkb kat mana? Nusery ke?

nadia rashid berkata...

Boleh juga buat ulam..baru tahu...bagus juga...pelbagaikan jenis ulam...sekarang dah tak boleh mkn ulam yang menjalar...nanti kena demam urat

Awin berkata...

Hari tu saya tanam biji benih dari buah yg Diana bagi....tumbuh elok pula. Boleh laaa nak tanam depan rumah ni

TukangKebun berkata...

Saya pun gemar buahnya. Tak sangka ada nilai perubatan juga jenis pokok yang sangat berguna ada nilai Sudais. Walaupun bentuk buahnya sangat pelik.

Bunga Tulip, terliur mendengar ya sedap juga jadi pengganti untuk buat sambal belacan di kala pokok mempelam tengah berehat.

Salam Sejahtera, kami berurusan secara online sahaja. Sekiranya berminat boleh contact kami di (kebunkmg@gmail.com) .

Nadia Rashid ~ Ya bagus sekiranya bertukar-tukar menu makanan ulam dalam seminggu untuk balance diet.

Awin~ Syukur Alhamdulillah dapat zuriat. Bolehlah kasi redup sikit dan kurangkan bahang di kala kemarau bila membesar di Petak Hijau.

Tanpa Nama berkata...

Mcm mane cara nak buat jus nam nam ni ye?Kalau tahu boleh x nak mntak share, sbb nk buat produk inovasi mnggunakan buah ni..

Tanpa Nama berkata...

Post kt sy pkok nam nam sy nk beli...

Tanpa Nama berkata...

Sy tgl prt bntar...bley wat phntrn pos pokok nam2

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Pokok nam nam kami boleh hantar ke Parit Buntar via Pos Laju Malaysia. Details email (kebunkmg@gmail.com)