No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 18 Mei 2014

Bloody Red PaintBrush Lily

 Minggu ini perlahan-lahan kembang penuh paintbrush lily di Kebun Bahagia Bersama mengaburkan pandangan mata si tukang kebun pada weed yang cepat naik kala hujan kerap bertandang. Kurang sakit mata tengok weed apabila semarakkan semangat tukang kebun tengok blood lily di lokasi ini pemberian Kak Ros di Jasin. Ini adalah kali kedua bawang paintbrush lily yang ini kembang di Kebun Bahagia Bersama. Kali pertama kembang adalah bulan August lepas (klik sini).
 Tidak pernah pun tukang kebun berikannya baja. Masa musim kemarau pun tak disiram. Bawangnya duduk diam-diam berehat dalam tanah tanpa sebarang kesan. Lama sudah daunnya yang muncul setelah bunganya keluar layu secara semulajadi meninggalkan tanpa sebarang kesan sampai tukang kebun pun lupa. Tiba-tiba bulan February lepas, semasa mencabut rumput baru tukang kebun perasa ada sudah sedikit pucuk tersembul keluar. Tukang kebun ingat bunganya akan keluar dulu sebelum daun yang akan menyusul kemudian.
 Tetapi daunnya yang keluar dulu kali ini sebelum tangkai bunganya menonjolkan diri. Kebiasaannya blood lily keluar tangkai bunga dulu sebelum daun. Tukang kebun syak bawangnya mungkin dah mula beranak bawang baru disebabkan itu daunnya yang keluar dulu.
 Bunganya tidak kembang serentak dari yang bahagian luar dulu kembang. Kemudian satu-persatu sampai yang di tengah akan kembang.
 Bila dah kembang penuh, bunganya semakin berat untuk tangkai bunganya nak memikul. Tambahan pula hujan dari pagi semalam yang sungguh lebat. Lega hati tukang kebun hari Sabtu hujan mula turun membasahi Kebun Bahagia Bersama. Rumput di background tu pejam mata jelah tak cukup tangan nak merumput.
 Bawang yang belum berbunga di KBB, tukang kebun intai cari tadi dalam rumput pun dah keluar pucuk. Bila agaknya giliran dia pula kembang? Kawasan ni huru-hara sedikit belum dikemaskan.

11 ulasan:

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Wah, Diana punya dah kembang ya! Mak Aji punya baru ada bayang bunga, dah excited semacam, he he! Suka sangat bunga ni!

Julie M berkata...

Cantiknya bunga ni kak, bila bleh jual ni kak?

nadia rashid berkata...

Mcm janji pula entry mak aji n Diana...bunga dan daun sama cantik

Normala Saad berkata...

Cantik bunganya.

sud@is berkata...

Cantik menarik saya panggil bunga rambut merah..hehe

hijaudaun berkata...

comel bunganya.mcm mainan budak2 yang bulat lembik2 tu.bunganya keluar satu tangkai je ke Diana?

TukangKebun berkata...

Salam Mak Aji,

InsyaAllah nanti Mak Aji punya kembang semarak merah. Cuaca kita agak sama, timing blooming pun agak-agak sama. Yang ni dekat full sun.

Salam Julie,

Bawang bunga ni nak matang berbunga dari baby ambik masa dear bertahun-tahun. Antara jenis bawang bunga yang ambil masa membesar.

Salam Nadia,

Kebetulan masa Diana published posting ni, baru perasan Mak Aji pun baru buat posting. Macam telephaty pula. Lagipun kami duduk dekat je.

Salam Kak Mala,

Bunga yang exclusive nak tengok sebab bukan kembang selalu.

Salam Sudais,

Ada orang panggil berus jamban ;). Sedap lagi dengan nama bunga rambut merah hehehe...

Salam Hijaudaun,

Satu bawang satu tangkai bunga. Tapi bentuk bola bunganya memang besar.

gina marna berkata...

Cantik sangat :). Pernah mintak benih dgn kakak tapi dia tersilap bagi benih peruvian lily. Kebetulan semua daun dh x ada masa tu. Kempunan adiknya :)

TukangKebun berkata...

Gina,
Kena claim baliK dari kakak hehehe :) bawang paintbrush lily.

Ismail N berkata...

Ya.. memang besar betul bunga tu. Tak boleh kah kalah tangkai itu diikat dengan kayu ke supaya dia boleh berdiri dengan steady? Apa-apa pun bunga tu nampak cantik juga.

TukangKebun berkata...

Boleh nak diikat dengan kayu Ismail. Cuma sekarang ni hujan lebat sebelah petang takut terpatah bila diikat.