No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 20 Mei 2014

Japanese Heirloom Matsushima Morning Glory

 Si Seri Pagi yang berasal dari Jepun bernama "Matsushima" (Ipomoea nil) mula kembang di Kebun Bahagia Bersama. Tapi minggu ini baru tukang kebun perasan sebab dia terlindung di sebalik pasu yang berair. Tukang kebun semai semasa penghujung kemarau lepas. Ketika itu cuacanya menjadikan lokasi ini cerah. Sekarang ni lokasi ini jadi kurang terang. Canopy pokok atasnya nak kena prune ni. Tukang kebun tersilap perhitungan jadi rasanya kali ini tiada extra biji benih yang akan ditawarkan cuma mencukupi untuk private collection tukang kebunlah ya. Ada juga morning glory jenis-jenis lain yang sedang kembang tapi biarlah rahsia dahulu.
 Matsushima sifat biji benihnya secara random genetiknya (genetically not random tapi too complicated to discuss), akan menghasilkan samaada corak warna bunga seperti gambar di atas atau gambar di bawah. Warna birunya sangat unik lain dari rona warna biru heavenly blue ataupun FUJI. Gambar di bawah (atau yang pertama) menunjukkan keunikan corak warna si Matsushima di mana sebelah kelopaknya yang putih akan berjalur dengan warna biru dengan sedikit sana ada titisan biru. Daun Matsushima adalah berbentuk seperti daun buloh.

6 ulasan:

nadia rashid berkata...

Rare nya yg putih bertapok biru tu..Mmg tak pernah tgk

Normala Saad berkata...

Cantikknyaa...alah Diana, tak ada ke biji2 benih warna lain yang nak dijual. Stok2 lama dah habis ke ? Kalau ada kak nak beli. Kesian la kat peminat setia morning glory ni...

Tanpa Nama berkata...

So beautiful.... can only admire & envy from afar (sob!sob!) Perhaps the nxt time when u have more blooms & seeds, do consider
to sell, ya ?:P
Awaiting anxiously for the Matsushima seeds in the near future and suspend saje to wait & see your new MG..

ChoiMin

TukangKebun berkata...

Dear Nadia.

Yang ni memang lebih jarang nampak dari jenis yang dikongsikan sebelum ini.

TukangKebun berkata...

Dear Kak Mala.

Peminat morning glory makin ramai. Selalunya stok fresh baru masuk catalog terus dah kena sambar. Especially jenis kikyo dan fuji.

TukangKebun berkata...

Dear Choi Min.

Hopefully next sowing batch have more succes to collect seeds. This one a bit secluded from the pollinator eyes.